Anda di halaman 1dari 7

BIL DISKRIPSI CATATAN

FARAH KETIBAAN VIP


Mengumumkan ketibaan
Yang berusaha,
Tn. Hj. ISMAIL BIN BAKAR
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sulaiman

Diiringi oleh,
Yang berusaha,
Ustaz Junaidi bin Mohamad
Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid

Yang berusaha,
En. Zihan bin Mohd Zaki
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Yang berusaha,
Ustaz Muhammad Heiqal Attar bin Mukhtar
Selaku Penyelaras Majlis Penyampaian
Hadiah,Sumbangan Asnaf & Duit Raya Sekolah 2022
FARAH PROTOKOL MAJLIS
Assalamualaikum w.b. t. Dan selamat sejahtera.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Yang berusaha,
Tn. Hj. ISMAIL BIN BAKAR
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sulaiman

Yang berusaha,
Ustaz Junaidi bin Mohamad
Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid

Yang berusaha,
En. Zihan bin Mohd Zaki
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Berusaha
Barisan GPK

Yang berusaha,
Ustaz Muhammad Heiqal Attar bin Mukhtar
Selaku Penyelaras Majlis Penyampaian
Hadiah,Sumbangan Asnaf & Duit Raya Sekolah 2022

Barisan guru-guru dan Kakitangan Sokongan Sekolah

Seterusnya Murid-murid yang saya kasihi sekalian.


FARAH KATA ALU – ALUAN
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan


limpah dan kurnianya dapat kita bersama- bersama
berkumpul bagi menjalankan Majlis Penyampaian
Hadiah,Sumbangan Asnaf & Duit Raya Sekolah 2022.
Dengan penuh rasa hormat dan takzimnya kami
mengucapkan

SELAMAT DATANG KE MAJLIS PENYAMPAIAN


HADIAH,SUMBANGAN ASNAF & DUIT RAYA
SEKOLAH 2022
FARAH BACAAN DOA

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Dijemput Al- Fadhil Ustaz Norazaludin Azrin bin Razaly/


Ustaz Suffian Asthauri bin Shafie untuk memimpin
bacaan doa. Dipersilakan.

(Bacaan Doa)
Amin-amin ya robbal a’lamin. Majlis merakamkan ucapan
terima kasih kepada Al- Fadhil Ustaz Norazaludin Azrin
bin Razaly/ Ustaz Suffian Asthauri bin Shafie atas
pimpinan bacaan doa itu tadi.

FARAH UCAPAN GURU BESAR


Pergi ke kota membeli selasih,

Sayang si dara buat halwa,

Berilah kata simpulan kasih,

Salam kan mesra satukan jiwa

Justeru, bagi meneruskan majlis kita pada hari yang


berbahagia ini, majlis dengan penuh takzimnya
mempersilakan

Yang Berusaha,

Tn. Hj. ISMAIL BIN BAKAR


Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Sulaiman

untuk menyampaikan ucapan

(Ucapan)

Majlis merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih


kepada

Tn. Hj. ISMAIL BIN BAKAR


Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Sulaiman


atas ucapan yang disampaikan oleh beliau sebentar tadi.

FARAH PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG


IHYA’ RAMADAN
Kini, tibalah saat yang dinanti-nantikan iaitu pengumuman
pemenang pertandingan yang di adakan sepanjang bulan
Ramadan atau pemenang PEMENANG IHYA’
RAMADAN. Oleh itu, majlis menjemput

Yang berusaha,
Tn. Hj. ISMAIL BIN BAKAR
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sulaiman

Diiringi oleh,
Yang berusaha,
Ustaz Junaidi bin Mohamad
Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid
Bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Tanpa melengahkan masa saya mulakan dengan pemenang


bagi pertandingan ________________________________

PENYAMPAIAN HADIAH

Majlis mengucapkan ribuat terima kasih kepada


Yang berusaha,Tn. Hj. ISMAIL BIN BAKAR dan Yang
berusaha, Ustaz Junaidi bin Mohamad atas kesudian
menyampaikan hadiah kepada para pemenang Ihya’
Ramadan sebentar tadi.
FARAH PENYERAHAN SUMBANGAN ASNAF
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan Penyerahan
Sumbangan Asnaf. Oleh itu, majlis menjemput

Yang berusaha,
Tn. Hj. ISMAIL BIN BAKAR
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sulaiman

Diiringi oleh,
Yang berusaha,
Ustaz Junaidi bin Mohamad
Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid

Bagi sesi penyerahan sumbangan asnaf

PENYERAHAN SUMBANGAN ASNAF

Majlis mengucapkan ribuat terima kasih kepada


Yang berusaha,Tn. Hj. ISMAIL BIN BAKAR dan Yang
berusaha, Ustaz Junaidi bin Mohamad atas kesudian
menyampaikan sumbangan kepada asnaf sebentar tadi.
FARAH PENYERAHAN DUIT RAYA MURID
Agenda majlis kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan
penyerahan duit raya daripada pihak sekolah kepada murid
– murid Sekolah Kebangsaan Sulaiman. Oleh itu diminta
pelajar dan guru untuk bersedia bagi sesi penyerahan duit
raya. Dipersilakan.
MAJLIS BERAKHIR
FARAH
Dengan berakhirnya sesi penyerahan duit raya sebentar tadi
maka berakhirlah majlis kita pada pagi ini. Dikesempatan
ini saya ingin mengucapkan selamat hari aidilfitri semoga
semua selamat sampai ke kampung halaman masing-
masing.Andai ada terkasar bahasa tersilap bicara, Saya
menyusun sepuluh jari,kemaafan jua yang saya pinta.
Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai