Anda di halaman 1dari 15

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG SK TERUNTUM SESI 2022/2023

SKRIP PENGACARAAN

HARI ANUGERAH CEMERLANG SK KOTA MASAI 2014

NO.

&
TEKS CATATAN
ACARA

Mengumumkan ketibaan,
1. Ketibaan VIP
Yang Berbahagia,

Tuan Hj. Miftah Bin Hj. Surif.

Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan

Ke majlis.

2. Lagu Majlis dimulakan dengan nyanyian dua buah lagu iaitu,


Negaraku
Negeri Pahang Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pahang.

Hadirin diminta berdiri dan menyanyikan lagu dengan penuh semangat.

3. KATA Salam sejahtera kami ucapkan,


SALUTASI / Para hadirin semua jemputan;
ALUAN Selawat dan salam kami junjungkan,
PENGERUSI Ke hadrat Nabi Rasul pilihan.

Ke pekan kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG SK TERUNTUM SESI 2022/2023

Majlis bermula tirai dibuka,


Dengan alunan madah yang indah.

Bismillahirahmanirahim……
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam sekolahku sejahtera...

Yang Berbahagia,
Tuan Hj. Miftah Bin Hj. Surif
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan.

Yang dihormati,
Encik Azri Nurudin bin Amadaldin
Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Teruntum

Yang Berusaha,
Puan Tuan Saripah Mariam Bt S.Zain.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Teruntum.

Yang Berbahagia,
Datin Aminah Bt Jahayah.
Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Teruntum.

Yang Dihormati,
Puan Nornizaha Binti Mohd Fadzil,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Teruntum.

Yang Dihormati,

Encik Mohd Zahari Bin Yusuf.


Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Teruntum.
TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG SK TERUNTUM SESI 2022/2023

Guru-guru,

Ahli Jawatankuasa PIBG SK Teruntum

Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Teruntum sesi


2022/2023.

Ibu bapa, seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian.

Selamat Datang ke Hari Anugerah Kecemerlangan SK Teruntum sesi 2022/2023

4. BACAAN DOA & Kalau pergi Tanjung Keramat,


TAYANGAN VIDEO Anak manis jangan diangkat,
KORPORAT Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Sebagai pembuka tirai atur cara,


majlis menjemput dan mempersilakan Al-Fadhil
Ustaz___________________________________________________________________
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

                              (Bacaan doa)

Terima kasih diucapkan atas bacaan doa itu sebentar tadi. Semoga doa pimpinan Ustaz tadi
diberkati Allah hendaknya.

Hadirin sekalian,

Tanpa melengahkan masa lagi,


marilah sama-sama kita saksikan, tayangan video korporat sekolah yang disediakan
oleh Ustaz Roslan Bin Ali.
Mari sama-sama kita saksikan di layar skrin.
TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG SK TERUNTUM SESI 2022/2023

TAYANGAN VIDEO

Alhamdulillah selesai sudah tayangan video korporat itu sebentar tadi. Terima kasih
diucapkan atas usaha yang diluangkan untuk menghasilkan sebuah tayangan yang
hebat.

5. UCAPAN GURU Hadirin sekalian, 


BESAR Sesungguhnya, kejayaan dan kecemerlangan seseorang individu tidak diukur dengan hanya
pencapaian luaran semata-mata tetapi adalah sejauhmana kejayaan itu mampu memberikan
sumbangan kembali kepada orang di sekelilingnya.

Tinggi burung terbang di angkasa,


Bunga mekar dipetik peraih,
Majlis bermula restu diminta,
Ucapan aluan mengambil alih.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan yang berusaha,


Puan Tuan Saripah Mariam Bt S.Zain,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Teruntum untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis mempersilakan.

                               (Ucapan Guru Besar)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas rangkaian ucapan alu-aluan yang penuh
bermakna sebentar tadi.
TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG SK TERUNTUM SESI 2022/2023

6. UCAPAN YDP Hadirin sekalian,


PIBG
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang di sara buat halwa,
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Majlis dengan ini berbesar hati menjemput dan mempersilakan yang dihormati,
Encik Azri Nurudin bin Amadaldin
Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Teruntum

Untuk menyampaikan bait kata beliau,


Dipersilakan.

UCAPAN YDP PIBG

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu sebentar tadi.

7. UCAPAN Hadirin, para jemputan yang dikasihi,


PERASMIAN
Kejayaan bukanlah milik mutlak seseorang tetapi adalah himpunan doa, harapan dan
sumbangan insan-insan yang berdiri teguh, berjalan seiringan untuk membantu dalam
mencapai kecemerlangan. Ibu bapa, guru-guru dan rakan taulan jangan dilupakan saat diri
berada di puncak gemilang.

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Kini, majlis menjemput dengan penuh takzimnya,


 
Yang Berbahagia,
Tuan Hj. Miftah Bin Hj. Surif
TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG SK TERUNTUM SESI 2022/2023

Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan.


untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan
Sekolah Kebangsaan Teruntum tahun 2022/2023. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

                                   (Ucapan Perasmian)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas janaan
ucapan perasmian sebentar tadi.

8. PERSEMBAHAN Sirih pinang sirih berlipat,


TARIAN – ULIK Diambil sehelai dibawa pergi,
MAYANG Tampak ulik indah dilihat,
Menjadi tatapan majlis berseri.

Hadirin yang dihormati,


Mari kita sama-sama saksikan persembahan tarian ‘ULIK MAYANG’. Dipersilakan.

                               (Tarian)

Majlis mengucapkan penghargaan terima kasih atas persembahan tarian pemanis mata itu
tadi. Tarian ini dipimpin oleh Cikgu Syed Mudzaffar Shah, Cikgu Haizira, Cikgu Halimah dan
Cikgu Dalia Adila.

Hadirin yang dimuliakan,


9. PENYAMPAIAN Sebagai pembuka acara penyampaian anugerah pada hari ini, majlis dengan segala
ANUGERAH hormatnya menjemput dan mempersilakan
KECEMERLANGAN
OLEH PERASMI. Yang Berbahagia,
TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG SK TERUNTUM SESI 2022/2023

Tuan Hj. Miftah Bin Hj. Surif


Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan diiringi Puan Tuan Saripah Mariam Bt
S.Zain, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Teruntum.
bagi menyampaikan anugerah. Dipersilakan.

Penerima Anugerah Tokoh Murid Lelaki ialah : KOHGULARAJ A/L RAVICHANDRAN

Dipersilakan.

Hadirin sekalian,
KOHGULARAJ A/L RAVICHANDRAN

Penerima Anugerah Tokoh Murid Perempuan ialah : ADHWA’ NAYLI DARWISYA BINTI
ABD AZIZ
Untuk makluman hadirin sekalian,
ADHWA’ NAYLI DARWISYA BINTI ABD AZIZ
TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG SK TERUNTUM SESI 2022/2023

Anugerah Pencapaian Gemilang Individu Kokurikulum dan Sukan 2014

(nama penerima)

Hadirin yang dimuliakan,


Muhammad Danial bin Romizan tidak dapat hadir kerana terpilih ke Sekolah Sukan Bukit
Jalil dan sedang menjalani Program Pembangunan Sukan ketika ini.
                                    …………………………….

Anugerah Pencapaian Gemilang Berpasukan Kokurikulum dan Sukan 2014


Dinobatkan kepada Kelab Keselamatan Jalan Raya Sekolah Kebangsaan Kota Masai.

(nama penerima)

Untuk makluman hadirin, Nurin Syaffina binti Ahmad Farizal dan Nur Aina Adriana binti Rosli
tidak dapat hadir kerana mewakili negeri Johor ke pertandingan lalulintas peringkat
kebangsaan di Negeri Sembilan manakala  Nurul Najiha binti Hezry mewakili negeri Johor ke
pertandingan bola baling terbuka di Perlis.
 
Hadirin yang dihormati, 
Kelab Keselamatan Jalan Raya Sekolah Kebangsaan Kota Masai ini merupakan Johan
Keseluruhan Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas Peringkat Negeri Johor 2014.
                                   …………………………..
TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG SK TERUNTUM SESI 2022/2023

Bagi penerima Anugerah NILAM 2014 dengan bacaan buku melebihi 360 buah buku
setahun, dipersilakan (nama pemenang).

Hadirin yang dihormati, penerima Anugerah NILAM 2014 yang mencatat bacaan buku paling
banyak untuk Tahap 1 dan Tahap 2 akan menerima sebuah plak, sijil penghargaan dan
sebuah basikal.

Dengan bacaan buku sebanyak 360 buah buku, dijemput adik Nur Afina bt Mohd Nizar dari
kelas 1 Bestari untuk naik ke pentas bagi menerima hadiah pembaca NILAM terbanyak
Tahap 1. Dipersilakan

Seterusnya, pemenang anugerah NILAM tahap 2 dengan bacaan buku sebanyak 460 buah
buku, majlis mempersilakan adik Nur Eliani Elissa bt Mohamad Zuki.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Yang Berhormat Dato Haji Maulizan
bin Bujang menyampaikan anugerah sebentar tadi.

PERARAKAN KELUAR VIP

TARIQ Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Dato Haji Maulizan bin
Bujang dan tetamu jemputan untuk meninggalkan majlis. 

BICARA BERIRAMA

NIZA Hadirin yang dimuliakan,


Alangkah molek majlis kecemerlangan andai berseri dek persembahan. Untuk itu, majlis
TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG SK TERUNTUM SESI 2022/2023

menjemput pasukan bicara berirama Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk menyampaikan
persembahan bicara berirama dengan tajuk ‘Kayanya Bahasa Kita’. Dipersilakan.

                            (persembahan bicara berirama)

Untuk pengetahuan hadirin, pasukan bicara berirama yang dibimbing oleh Puan Siti Hajar bt
Kamaruddin ini telah dinobatkan sebagai naib johan dalam pertandingan Bicara Berirama
sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Negeri Johor. Tahniah diucapkan.

ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK MATA PELAJARAN

Hadirin yang dihormati,

Berkebaya batik berwarna merah,


Diserikan dengan permata berlian,
NILA Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.

Bagi menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Mata Pelajaran, majlis menjemput dan
mempersilakan Puan Norhaliza bt Taha, Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah
Kebangsaan Kota Masai diiringi Puan Norsiah bt Sise untuk menyampaikan anugerah,
Dipersilakan.

(nama penerima)
WANA
Majlis mengucapkan terima kasih atas penyempurnaan penyampaian anugerah sebentar
TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG SK TERUNTUM SESI 2022/2023

NILA tadi.

ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK KELAS

TARIQ Hadirin yang dimuliakan,


Majlis seterusnya menjemput Encik Mohd Dawawi bin Mohd Daud, Pengerusi Kelab Guru
dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan diiringi Cik NorHafidah binti Azman untuk
menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Kelas Pra Sekolah, Tahun 1 dan Lonjakan
Saujana. Dipersilakan.

NIZA (nama penerima)

Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Dawawi bin Mohd Daud, Pengerusi Kelab Guru
TARIQ dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Kota Masai atas penyampaian anugerah sebentar
tadi.

                                      …………………………………

Seterusnya, bagi menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Kelas Tahun 2, dipersilakan


NILA Encik Saifuldin bin Hassan, Guru Penolong Kanan Petang Sekolah Kebangsaan Kota Masai
diiringi Encik Ahmad Firdaus bin            
Haramayni naik ke pentas untuk menyampaikan anugerah. 

WANA (nama penerima)

NILA Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

                                     ………………………………..

Bagi Anugerah Pencapaian Terbaik Kelas Tahun 3, majlis seterusnya menjemput dan
NIZA mempersilakan Encik Marzuki bin Md Johari, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah
Kebangsaan Kota Masai diiringi Encik Amizam bin Mohamed untuk menyempurnakan
penyampaian anugerah ini.
TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG SK TERUNTUM SESI 2022/2023

TARIQ (nama penerima)

NIZA Terima kasih diucapkan.


                                 …………………………………

Hadirin yang dimuliakan,


Majlis beranjak lagi dengan menjemput dan mempersilakan Encik Roslan bin Daud, Guru
NILA Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi Puan
Halemahton binti Md Hatar naik ke pentas bagi menyampaikan Anugerah Pencapaian
Terbaik Kelas Tahun 4.

WANA (nama penerima)

NILA Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Roslan bin Daud, Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Kota Masai atas penyampaian anugerah sebentar tadi.

Seterusnya, bagi menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Kelas Tahun 5, majlis


TARIQ dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Encik Mahari bin Kapor, Yang
Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi Encik Mahathir bin Abu Khalipah
Husin untuk naik ke pentas bagi menyampaikan anugerah.

(nama penerima)
NIZA
Terima kasih diucapkan kepada Encik Mahari bin Kapor, Yang Dipertua PIBG Sekolah
TARIQ Kebangsaan Kota Masai atas penyempurnaan penyampaian anugerah sebentar tadi.

PERSEMBAHAN TARIAN – JOGET KERETA LEMBU

WANA Hadirin yang dikasihi,

Tinggi-tinggi si burung tempua,


Tinggilah lagi harapan di hati,
TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG SK TERUNTUM SESI 2022/2023

Selamat menonton buat semua,


Hiburan dipersembahkan kita hayati.

Sama-samalah kita meredakan debaran di hati dengan menyaksikan persembahan tarian


‘Joget Kereta Lembu’ yang dipersembahkan oleh murid-murid Tahun 5. Dipersilakan.

                               (persembahan tarian)

Terima kasih diucapkan atas persembahan tarian yang begitu menghiburkan hati sebentar
tadi.

ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK KELAS

NILA Hadirin yang dihormati,


Meneruskan acara penyampaian anugerah, majlis mempersilakan dengan penuh takzimnya,
Tuan Haji Kamaruddin bin Abu Hassan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi
oleh Encik Roslan bin Daud                                                  untuk menyampaikan Anugerah
Pencapaian Terbaik Kelas Tahun 6. Dipersilakan.

(nama penerima)
NIZA
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Kamaruddin bin
NILA Abu Hassan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai atas penyampaian anugerah
sebentar tadi.

ANUGERAH PENCAPAIAN TERBILANG 

TARIQ Penyampaian Anugerah Pencapaian Terbilang

(biodata tokoh)
NILA Anugerah Tokoh Kurikulum
WANA Anugerah Tokoh Hal Ehwal Murid
NIZA Anugerah Tokoh Kokurikulum
TARIQ Anugerah Tokoh NILAM
TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG SK TERUNTUM SESI 2022/2023

WANA Anugerah Tokoh Murid

Bagi menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbilang, majlis menjemput dan mempersilakan


NILA Yang Dihormati Encik Mahari bin kapor, Yang dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kota
Masai diiringi oleh Tuan Haji Kamaruddin bin Abu Hassan naik ke pentas bagi
menyempurnakan penyampaian anugerah.

NIZA (nama penerima)

TARIQ Terima kasih diucapkan kepada Encik Mahari bin Kapor, Yang Dipertua PIBG Sekolah
Kebangsaan Kota Masai atas kesudian menyampaikan anugerah pencapaian terbilang
sebentar tadi.

NILA Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Pencapaian Terbilang Majlis
Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kota Masai 2014.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN BERSURAI

Hadirin yang dimuliakan,


WANA
Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini,
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

Dengan ini saya (sebut nama) 

Jumpa lagi dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kota Masai pada
TARIQ tahun hadapan.
TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG SK TERUNTUM SESI 2022/2023

Salam Takzim, Salam Hormat dan Assalammualaikum.

Mohon hadirin berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku.

erique_stu@yahoo.com (Tariq)

syaniea84@yahoo.com (Kak Niza)

Anda mungkin juga menyukai