Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS

PELANCARAN SEKOLAHKU SEJAHTERA 2022


ACARA TEKS
KATA ALU- Ke Pekan Kuala membeli bingka,
ALUAN Burung merbah di pohon cemara,
Majlis bermula tirai dibuka,
Assalamualaikum pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt.

Yang berbahagia, En. Shukri bin Ali,


YDP PIBG SMK Felda Neram.

Yang Berusaha,
Tuan Haji Mohd Nordin bin Mohd Abdul Majid
Pengetua Smk Felda Neram.

Yang Dihormati,
Cikgu Che Kamarudin bin Ya, Penolong Kanan Pentadbiran.
Cikgu Nor Suzilawati bt Alias, Pen Kanan Hem
Ckg Norizah bt Jaafar, Pen Kanan Kokurikulum
Barisan Guru Kanan Mata pelajaran
Guru2 dan seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi


Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka
kita diberikan luangan waktu, dianugerahkan kesihatan yang baik
untuk berkumpul dalam majlis pelancaran SEKOLAHKU
SEJAHTERA TAHUN 2022.

Buat makluman semua, Sekolahku SEJAHTERA adalah satu konsep


yang memberi penekanan kepada 14 elemen berteraskan nilai murni
yang diterapkan secara semula jadi dalam kehidupan harian warga
sekolah, khususnya murid.

14 elemen tersebut adalah:

S – Selamat, Seronok dan Sihat


E – Etika dan Empati
J – Jati Diri
A – Adab Sopan
H – Harmoni
T – Tekun, Teliti dan Terampil
E – Eksplorasi
R – Rasional
A – Artikulasi
NYANYIAN Sebagai pembuka tirai, majlis kita pada hari ini, para hadirin dimohon
LAGU berdiri dan bersama-sama menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu
NEGARAKU Sekolahku Sejahtera.
DAN LAGU
SEKOLAHKU *****************NYANYIAN LAGU********************
SEJAHTERA.
Para guru dan murid dipersilakan duduk.
BACAAN DOA Bagi memulakan dan memuliakan majlis, marilah kita sama-sama
menadah tangan, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat
rahmat. Justeru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
saudara Ahmad Al Muizz Bin Zawawi untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

********************* Bacaan Doa************************

Amin Ya rabbal alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada


saudara Ahmad Al Muizz Bin Zawawi atas pimpinan bacaan doa itu
tadi.

UCAPAN Hadirin sekalian,


PERASMIAN
Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya
menjemput Yang Berusaha, Tuan Haji Mohd Nordin bin Mohd
Abdul Majid, Pengetua Smk Felda Neram.untuk memberikan ucapan
seterusnya merasmikan Pelancaran Sekolahku Sejahtera bagi tahun
2022.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

*****************UCAPAN PERASMIAN******************

Demikianlah tadi ucapan perasmian yang telah disempurnakan oleh


Tuan Haji Mohd Nordin bin Mohd Abdul Majid
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas .capan sebentar tadi.

GIMIK Majlis mempersilakan Cikgu Nor Suzilawati bt Alias mengiringi


PELANCARAN Tuan Haji Mohd Nordin bin Mohd Abdul Majid, Pengetua Smk Felda
Neram untuk menyempurnakan gimik pelancaran Sekolahku
sejahtera.

Majlis mempersilakan.

Majlis merakam ucapan terima kasih atas penyempurnaan gimik


pelancaran sebentar tadi.
Penyampaian sijil Hadirin sekalian,
kehadiran penuh
bulan Mei-julai Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan
kehadiran penuh bulan Mei, Jun dan Julai bagi tingkatan 5 dan 4.

Untuk itu, majlis menjemput Cikgu Che Kamarudin bin Ya


mengiringi Yang berbahagia, En. Shukri bin Ali untuk
menyampaikan sijil penghargaan kepada murid yang berjaya hadir
penuh bagi bulan Mei hingga Julai. Majlis mempersilakan.

Dipersilakan untuk tampil ke pentas bagi menerima sijil penghargaan


Ting 5 hingga 3 iaitu:

Saudara/saudara………………………………………………………
Dari kelas……………………………………

Seterusnya
Saudara/saudara………………………………………………………
Dari kelas……………………………………

Terima kasih diucap kepada Yang berbahagia En. Shukri bin Ali dan
Cikgu Che Kamarudin bin Ya atas kesudian menyampaikan sijil
penghargaan sebentar tadi.

Pengumuman Pengumuman,
murid ting 5
untuk bergerak ke Mohon semua murid tingkatan 5 untuk berdiri dan bergerak ke kelas
kelas masing-masing kerana peperiksaan akan berlangsung sebentar lagi.
Penyampaian sijil Hadirin sekalian,
kehadiran penuh
ke sekolah Ting 3 Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Cikgu Nor Suzilawati bt
hingga 1 Alias mengiringi Tuan Haji Mohd Nordin bin Mohd Abdul Majid
untuk menyampaikan sijil penghargaan kehadiran penuh bulan Mei,
Jun dan Julai bagi tingkatan 3, 2 dan 1. Dipersilakan.

Dipersilakan untuk tampil ke pentas bagi menerima sijil penghargaan


iaitu:

Saudara/saudara………………………………………………………
Dari kelas……………………………………

Seterusnya
Saudara/saudara………………………………………………………
Dari kelas……………………………………

Terima kasih diucap kepada Tuan Haji Mohd Nordin bin Mohd
Abdul Majid dan Cikgu Nor Suzilawati bt Alias atas kesudian
menyampaikan sijil penghargaan sebentar tadi.

Tahniah juga diucapkan kepada semua murid yang berjaya hadir


penuh ke sekolah. Semoga semua murid bersemangat dan berlumba-
lumba untuk turut hadir penuh pada bulan seterusnya.
PENUTUP Hadirin sekalian,

Dengan ini, maka berakhirlah pelancaran Sekolahku Sekolahku tahun


2022

Akhir kalam,

Songket biru tampak berseri,


Tenunan indah buat arjuna,
Tersilap bicara harap dimaafi,
Ketemu lagi di lain masa.

Sekian. Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum


Warahmatullahi Wabarakatuh.

** arahkan murid masuk ke kelas.

Anda mungkin juga menyukai