Anda di halaman 1dari 8

Ketibaan Perasmi

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat diiringi Tuan Guru Besar, Guru-guru


Penolong Kanan dan dif-dif jemputan,

Para hadirin dipersilakan berdiri.

Lagu dimainkan
Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan Lagu Negaraku dan lagu
Negeri Perak.

….……………………………….Nyanyian Lagu…………………………..

Terima kasih, hadirin dipersilakan duduk.

Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

1 Yang dihormati Encik Mohd Rassidee bin Mohd Rasid,


Penolong Pegawai PPD Kuala Kangsar,
Bahagian Prasekolah dan Rendah.

2 Yang berusaha En Mohd Mazlan bin Harun


Guru Besar SK Sungai Siput Utara

Yang Berusaha En Mohd Akhir Bin Mohd Jaafar, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Berusaha Tn Hj Mohd Rafidi Bin Mt Romli, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid
Yang Berusaha En Mohd Azlan Bin Yazid, Penolong Kanan Kokurikulum
Yang berusaha Puan Mariana Binti Yusof, Kaunselor Sekolah

Guru-guru, para ibu bapa, para pelajar, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah
sekalian.

Selamat datang ke : MAJLIS APRESIASI PRASEKOLAH DAN


PENYAMPAIAN SIJIL 2021/2022.

Terlebih dahulu marilah kita mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan


limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk
meraikan kejayaan anak-anak kita setelah berjaya menamatkan sesi persekolahan di
peringkat Prasekolah.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Tetamu Jemputan
dan hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini. Semoga usaha kita
semua diberkati Allah. Insha Allah

Bacaan Doa

Buluh di asah jalinan disemat,


Gubahan di oleh bawa berangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama
kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh:
Al Fadil Ustaz Redhuan bin Mohd Nor. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

….………………………….Bacaan Doa………………………………

Amin amin Ya Rabbal Alamin.


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil
Ustaz Redhuan bin Mohd Nor atas bacaan doa itu tadi.
Covid 19
Penularan wabak Covid 19 secara global telah menjangkiti lebih 400juta manusia
dan telah mengakibatkan kehilangan lebih 5juta nyawa. Penyebaran jangkitan
koronavirus juga telah mengubah corak kehidupan manusia dengan begitu drastik.
Dunia pendidikan juga tidak terkecuali dalam suasana luar biasa ini. Era Revolusi
Industri 4.0 ini kita sudah beranjak daripada penggunaan tenaga wap dalam Revolusi
Industri 1.0, ke penggunaan tenaga elektrik, pengenalan internet dan kini dalam era
kecerdasan buatan. Maklumat yang terdapat dihujung jari perlu dimanfaatkan
sepenuhnya bagi memastikan bahawa sekiranya murid-murid tidak dapat hadir ke
sekolah, sekolah perlu hadir kepada mereka dalam mod yang pelbagai, tertumpu dan
terbeza.
Jester itu SEPUTRA menyahut cabaran ini untuk melaksanakan MAJLIS
APRESIASI PRASEKOLAH DAN PENYAMPAIAN SIJIL 2021/2022 secara
hibrid iaitu bersemuka dengan murid di sekolah dan ibu bapa menonton secara
langsung di rumah melalui pautan yang telah disebarkan dalam kumpulan Whatapps
kelas masing-masing.
Ucapan Wakil Murid
Hadirin sekalian,
Majlis kita akan dimulakan dengan mendengar ucapan dari wakil murid Prasekolah
SEPUTRA. Dengan itu, majlis menjemput dan mempersilakan adik Nur Aleeya
Qaisara bt Mohamad Radzi dari Prasekolah Delima untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
……………………Ucapan wakil murid……………………

Ribuan terima kasih diucapkan kepada adik Nur Aleeya Qaisara bt Mohamad
Radzi atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Guru Besar


Sesungguhnya, kejayaan dan kecemerlangan seseorang individu tidak diukur dengan
hanya pencapaian luaran semata-mata tetapi adalah sejauhmana kejayaan itu mampu
memberikan sumbangan kembali kepada orang di sekelilingnya.

Tinggi burung terbang di angkasa,


Bunga mekar dipetik peraih,
Majlis bermula restu diminta,
Ucapan aluan mengambil alih.

Majlis diteruskan dengan menjemput Yang berusaha En Mohd Mazlan bin


Harun, Guru Besar SK Sungai Siput Utara untuk menyampaikan ucapan aluan.
Dipersilakan.

……………………Ucapan GB……………………

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha En Mohd Mazlan bin
Harun atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Perasmian

Makan nasi di tepi bendang,


Bersambal tumis ikan bilis,
Datangkah puan kami mengundang,
Tampil ke depan merasmi majlis.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan


Yang dihormati Encik Mohd Rassidee bin Mohd Rasid,
Penolong Pegawai PPD Kuala Kangsar,
Bahagian Prasekolah dan Rendah.
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan MAJLIS APRESIASI
PRASEKOLAH DAN PENYAMPAIAN SIJIL 2021/2022. Majlis dengan penuh
takzimnya mempersilakan.

………………………Ucapan Perasmi……………………………

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada Yang dihormati Encik Mohd Rassidee bin Mohd Rasid atas ucapan
perasmian sebentar tadi.
Persembahan Montaj
MAJLIS APRESIASI PRASEKOLAH DAN PENYAMPAIAN SIJIL
2021/2022 DITERUSKAN DENGAN ACARA YANG SETERUSNYA. Sebelum
itu, ayuh kita sama-sama saksikan sebuah tayangan montaj yang telah disediakan
oleh pihak urusetia.

Demikian tadi tayangan montaj tentang aktiviti yang telah dijalankan oleh murid-
murid prasekolah.

Penyampaian Sijil Murid Prasekolah

Kini, majlis diteruskan dengan sesi penyampaian sijil Murid Prasekolah. Untuk itu,
majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang dihormati Encik Mohd Rassidee
bin Mohd Rasid,
Penolong Pegawai PPD Kuala Kangsar,
Bahagian Prasekolah dan Rendah.
diiringi Yang berusaha En Mohd Mazlan bin Harun
Guru Besar SK Sungai Siput Utara
untuk menyampaikan sijil kepada para penerima. Dipersilakan.

Penyampaian Sijil Murid Prasekolah Delima dimulakan dengan…


………………… Sesi penyampaian sijil 1…………………
Rujuk lampiran nama

Penyampaian Sijil Murid Prasekolah Zamrud dimulakan dengan…


………………… Sesi penyampaian sijil 2…………………
Rujuk lampiran nama

Penyampaian Hadiah & Anugerah Prasekolah


Tidak kira sesukar mana pun kehidupan, usaha gigih dan kesungguhan pasti
membawa khabar gembira di akhirnya.
Sidang hadirin sekalian, kita telah sampai ke anugerah yang pertama iaitu anugerah
Prasekolah.

Penyampaian Anugerah Murid Prasekolah dimulakan dengan…


………………… Sesi Anugerah…………………
Rujuk lampiran nama

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang dihormati Encik Mohd Rassidee bin
Mohd Rasid, dan En Mohd Mazlan bin Harun, atas penyampaian anugerah
sebentar tadi.

Penyampaian Sijil Tahun 6

Hadirin yang dimuliakan,


Majlis seterusnya adalah penyempurnaan penyampaian sijil kepada murid-murid
tahun 6 SK Sungai Siput Utara bagi sesi 2021/2022. Untuk makluman hadirin
sekalian, seramai 102 murid tahun 6 yang akan menamatkan sesi persekolahan pada
tahun 2021/2022 di SK Sungai Siput Utara dan menerima sijil Tahun 6 pada hari ini.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput


Yang berusaha En Mohd Mazlan bin Harun
Guru Besar SK Sungai Siput Utara
Dengan diiringi
Yang Berusaha En Mohd Akhir Bin Mohd Jaafar, Penolong Kanan Pentadbiran,
untuk menyampaikan sijil kepada para penerima. Dipersilakan.

Dipersilakan Murid-murid Tahun 6 Arif – Rujuk senarai nama


Dipersilakan Murid-murid Tahun 6 Bestari – Rujuk senarai nama
Dipersilakan Murid-murid Tahun 6 Cerdas – Rujuk senarai nama
Dipersilakan Murid-murid Tahun 6 Dedikasi – Rujuk senarai nama

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha En Mohd Mazlan
bin Harun dan Yang Berusaha En Mohd Akhir bin Jaafar kerana sudi
menyampaikan sijil kepada murid-murid.
Penyampaian Sijil Pengawas Sekolah
Hadirin sekalian,
Majlis akan diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada Pengawas Sekolah
sebagai pengiktirafan dan penghargaan atas khidmat bakti dan amanah yang telah
dijalankan sepanjang 2021-2022.
Bagi menyempurnakan penyampaian sijil ini, majlis menjemput
Yang Berusaha En Mohd Akhir Bin Mohd Jaafar, Penolong Kanan Pentadbiran,
Dengan diiringi
Yang Berusaha Tn Hj Mohd Rafidi Bin Mt Romli, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid
untuk naik ke pentas. Dipersilakan
Dijemput:
- Senarai nama pengawas sekolah
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada En Mohd Akhir Bin Mohd Jaafar
dan Tn Hj Mohd Rafidi Bin Mt Romli kerana sudi menyampaikan sijil kepada
murid-murid.
Penyampaian Sijil Pengawas Pusat Sumber
Hadirin sekalian,
Majlis akan diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada Pengawas Pusat
Sumber sebagai pengiktirafan dan penghargaan atas komitmen dan tanggungjawab
yang telah dijalankan sepanjang 2021-2022.
Bagi menyempurnakan penyampaian sijil ini, majlis menjemput
Yang Berusaha Tn Hj Rafidi b Mt Romli, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Dengan diiringi
Yang Berusaha En Mohd Azlan b Yazid, Penolong Kokurikulum
untuk naik ke pentas. Dipersilakan
Dijemput:
- Senarai nama pengawas pusat sumber
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Tn Hj Mohd Rafidi Bin Mt Romli
dan En Mohd Azlan b Yazid kerana sudi menyampaikan sijil kepada murid-murid.
Penyampaian Anugerah Rambu Pengakap
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil dan Anugerah Rambu Pengakap
2021/2022.
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput
Yang berusaha En Mohd Azlan b Yazid, Penolong Kokurikulum
Dengan diiringi
Yang Berusaha Pn Mariana bt Yusof, Kaunselor Sekolah,
untuk menyampaikan sijil kepada para penerima. Dipersilakan.
Dijemput:
- Senarai nama anugerah rambu
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada En Mohd Azlan b Yazid dan Pn
Mariana bt Yusof kerana sudi menyampaikan sijil kepada murid-murid.
Penutup
Hadirin sekalian,

Kerjasama tuan-puan sangat dihargai,


terima kasih sekalung budi,
kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.

Merdu bertingkah alunan suara,


kadang tak sedar tersilap kata,
andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.
Selesai sudah MAJLIS APRESIASI PRASEKOLAH DAN PENYAMPAIAN
SIJIL2021/2022 pada kali ini, ucapan tahniah buat murid-murid yang telah berjaya,
diharapkan kecemerlangan ini akan diteruskan lagi pada tahun yang akan datang.
Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf daripada meja pengacara sekiranya ada
terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi.
Sesungguhnya yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan yang terkurang
itu datangnya daripada kami.

Sekian terima kasih, Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai