Anda di halaman 1dari 10

MAJLIS ANUGERAH DAN GRADUASI TAHUN 6 SKBS SESI 2023/2024

Hadirin yang dimuliakan,


Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin
sekalian, diminta mengambil tempat di dalam dewan.

Bagi melancarkan perjalanan majlis tuan-tuan dan puan-puan diingatkan supaya


mematikan telefon bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap.

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Dr Dalmansa Bin Hj. Tahil, Ketua Pegawai PPD
Kinabatangan dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan
penolong kanan hal ehwal murid. Diminta hadirin untuk berdiri.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku & Sabah Tanah Airku. Tetamu
kehormat dan para hadirin diminta berdiri.
...................................(Lagu Negaraku)
………………………………..(Lagu Sabah Tanah Airku)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, dan Salam SK Buang


Sayang.

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Sayang selasih berisi minyak,


Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.

Yang Berbahagia Dr Dalmansa Bin Hj. Tahil,


Tuan Pegawai PPD Kinabatangan

Yang Berusaha En. Goming Hoi Bin Abdullah


Guru Besar SK Buang Sayang

Yang Dihormati En. Asni Bin Hj. Ismail


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Buang Sayang

Yang Berusaha En. Mazlin Mazin


Penolong Kanan Pentadbiran SK Buang Sayang

Yang Berusaha En. Onu Adam


Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Berusaha Pn. Mitos Tomines


Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-Guru
Sk Buang Sayang

Para ibu bapa, murid-murid, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke:

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi THN 6, SK Buang Sayang sesi
2023/2024.

Saya Nor Shafinaz Binti Wasli


Saya Alfina

and I, AAfiyah

Izinkan kami mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan
kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan
kejayaan anak-anak kita dalam bidang pelajaran.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian
kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Berbahagia Dr
Dalmansa Bin Hj. Tahil kerana sudi meluangkan masa menghadirkan diri ke majlis kami
ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk
memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua
diberkati Allah. Insya Allah.

Ladies and gentlemen, esteemed guests, teachers, parents, and most importantly, our
wonderful students, welcome to this special occasion – our School Appreciation
Ceremony! Today, we are gathered not only to celebrate achievements but to express our
gratitude and appreciation for the collective efforts that make our school a vibrant and
nurturing learning environment.

We are honored to have each and every one of you here, contributing to the success and
spirit of our school community. Your presence adds to the warmth and joy of this
momentous day.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Ustaz Sobri.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Sobri atas
bacaan doa itu tadi.

Majlis diteruskan dengan menjemput yang berusaha En. Onu Adam, Penolong Kanan
HEM juga selaku Pengarah Program kita pada hari ini untuk memberi ucapan alu- aluan.
Majlis mempersilakan.

************(Ucapan Cikgu Onu.)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang berusaha En Onu Adam selaku
Penolong Kanan HEM dan juga pengarah program kita pada hari ini atas ucapan beliau.

Majlis diteruskan dengan menjemput yang dihormati En. Asni Bin Hj. Ismail, YDP PIBG
untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

************(Ucapan YDP.)
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati En. Asni Bin Hj Ismail,
selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Buang
Sayang atas ucapan tersebut.

Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha En. Goming Hoi Bin Abdullah, Guru Besar
SK Buang Sayang untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

************(Ucapan GB.)

Terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan tadi.


Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahagia Dr Dalmansa Bin Hj. Tahil, Tuan
Pegawai PPD Kinabatangan untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi THN 6 bagi seisi 2023/2024 SK Buang
Sayang. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

***********(Ucapan Perasmi)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Dr, atas ucapan dan perasmian majlis itu tadi. Diminta untuk DR kekal berada
di atas pentas. Majlis menjemput Guru besar SKBS serta YDP PIBG SKBS untuk
mengiringi KPPD di atas pentas bagi menyempurnakan gimik perasmian majlis anugerah
kecermelangan & graduasi tahun 6 bagi sesi 2023/2024

Seterusnya sebagai tanda ucapan terima kasih pihak sekolah dipersilakan Guru besar
untuk menyampaikan cenderahati kepada perasmi.

Terima kasih tuan guru besar yang sudi menyampaikan cenderahati.

Dengan itu pihak majlis mempersilakan Murid-murid tahun tahap 2 untuk membuat
persembahan dengan persembahannya Zapin Melayu.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

************(Persembahan)

Terima kasih kepada murid-murid tahap 2 yang membuat persebahan sebentar tadi.
Untuk makluman hadirin sekalian, Kumpulan ini dibawah bimbingan Cikgu Verra

Ladies and gentlemen,


Throughout the academic year, our school has been buzzing with energy, enthusiasm, and
a commitment to excellence. From outstanding academic performances to remarkable
accomplishments in extracurricular activities, our students have truly showcased their
talents and dedication.

None of this would be possible without the unwavering support and dedication of our
exceptional teachers and staff. Today, we extend our heartfelt appreciation to these
inspiring individuals who work tirelessly to mold, guide, and inspire our students to reach
their full potential.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Graduasi murid-murid Tahun 6 bagi sesi


2023/2024.

Ayuhlah kita menyaksikan perarakan masuk murid Tahun 6 ke dalam dewan.

Seterusnya majlis menjemput adik Mohammad Noor Hafiz Bin Mazlin untuk memberi
ucapan sebagai Ketua Murid.

……………….. Ucapan Ketua Murid

Terima Kasih Adik Mohammad Noor Hafiz Bin Mazlin untuk ucapannya sebentar tadi.

Bagi meneruskan majlis, majlis menjemput Yang Berbahagia Dr Dalmansa Bin Hj. Tahil
dengan diiringi oleh En Mazlin Bin Mazin untuk menyampaikan sijil graduasi kepada
murid-murid Tahun 6.

Dipersilakan.
………………. (Penyampaian hadiah)

1. Sijil tamat Persekolahan Tahun 6

Terima kasih Yang Berbahagia Dr kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil


graduasi kepada murid-murid Tahun 6.
Majlis seterusnya adalah Anugerah Khas Murid. Untuk itu dijemput Yang Dihormat En
Goming Hoi Bin Abdullah, Guru Besar SK Buang Sayang dengan diiringi oleh Pn. Mitos
Tomines, PK Kokurikulum.

Dipersilakan.

1. Anugerah Tokoh Kurikulum

2. Anugerah Tokoh Kokurikulum

3. Anugerah Tokoh Sahsiah (HEM)

4. Anugerah Tokoh murid keseluruhan kategori Lelaki

5. Anugerah Tokoh murid keseluruhan kategori Perempuan

To add a touch of entertainment to our ceremony, we have prepared some delightful


performances. Get ready to be entertained and amazed by the talents of our students!

For next performance lets welcome our students colaboration of level 1 and 2 with their
performance of english choir with their song “A million Dream”

…………………………. ( PERSEMBAHAN)

For our audience information the perfomance earlier was guided by Teacher Mitos and
Teacher Shafinaz

Now, it's time to shine a spotlight on the stars of the show – our students! We have seen
remarkable achievements in academics, sports, arts, leadership, and community service.
Each student's journey is a unique story of growth and resilience, and today, we celebrate
these stories with pride.

Majlis Anugerah Kemerlangan SK Buang Sayang diteruskan lagi dengan penyampaian sijil
kepada murid-murid.

Untuk itu dijemput YDP PIBG, En. Asni Bin Hj. Ismail diiringi oleh Cikgu Onu Adam untuk
menyampaikan sijil kepada murid-murid yang banyak membantu pihak sekolah.
Dipersilakan.

.......................................... (penyampaian hadiah)


Mata Pelajaran Terbaik

1. Bahasa Melayu

2. Bahasa Inggeris

3. Sains

4. Matematik

5. Bahasa Arab

6. Pendidikan Islam

Terima Kasih En Asni dan Cikgu Onu kerana sudi menyampaikan Anugerah

Sebelum kita beralih ke anugerah seterusnya marilah kita menyaksikan persembahan


tarian aerodance oleh murid tahap 2.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

************(Persembahan)

Terima kasih kepada murid-murid tahap 2 yang membuat persebahan sebentar tadi.
Untuk makluman hadirin sekalian, Kumpulan ini dibawah bimbingan Pn. Nabilah

Majlis Anugerah Kemerlangan SK Buang Sayang diteruskan lagi dengan penyampaian


Anugerah Khas.

Dijemput En Mazlin Mazin diiringi Puan Mitos Tomines untuk menyampaikan Anugerah
tersebut. Dipersilakan.

.......................................... (penyampaian Anugerah)

Anugerah Mata Pelajaran Terbaik

1. Sejarah

2. Reka Bentuk Teknologi

3. Pendidikan Muzik

4. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

5. Pendidikan Seni Visual


Majlis diteruskan pula dengan

Anugerah Kehadiran terbaik

6. Tahap 1

7. Tahap 2

Terima Kasih Cikgu Mazlin dan Cikgu Mitos kerana sudi menyampaikan Anugerah.

Majlis Anugerah Kecemerlangan diteruskan lagi dengan satu persembahan khas yang
akan dipersembahkan oleh murid-murid tahun 6 dengan lagu mereka “Memori Tercipta”.
Dipersilakan....

…………………………………. (Persembahan)

Tepukan yang gemuruh untuk anak-anak kita yang telah membuat persembahan sebentar
tadi. Persembahan tersebut mungkin merupakan persembahan terakhir mereka di sekolah
ini kerana mulai tahun hadapan mereka akan melangkah ke sekolah menengah.
Kumpulan ini dibimbing oleh Cikgu Halitah

Seterusnya marilah kita menyaksikan persembahan dari Guru besar kita majlis
mempersilakan

……………………………..

Terima Kasih Guru Besar atas persembahan sebentar tadi

Majlis kini di teruskan dengan persembahan seterusnya oleh Tuan Pegawai PPD kita
majlis menjemput Dr Dalmansa untuk menyampaikan sebuah lagu.
……………………

Terima kasih Dr untuk persembahan sebentar tadi.


As we bask in the glory of today's achievements, let's also look ahead to the future. Our
students are the leaders, innovators, and change-makers of tomorrow, and with the
foundation laid here at our school, we are confident they will continue to make us proud.
In closing, thank you once again for being a part of this celebration. Let's continue to foster
a supportive and inspiring environment that empowers our students to dream big and
achieve even bigger. Here's to the success, growth, and bright future of our incredible
school community!

Hadirin yang dihormati....

Selesai sudah Majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Tahun 6 SK Buang Sayang
bagi sesi 2023/2024 pada kali ini....ucapan tahniah buat adik-adik yang telah
berjaya...diharapkan kecemerlangan ini akan diteruskan lagi di tahun yang akan datang....

Buat anak-anak yang berjaya terimalah serangkap pantun dari kami...

Bintang tujuh sinar berseri,


Bulan purnama datang menerpa;
Ajaran guru hendaklah dicari,
Mana yang dapat janganlah lupa.

Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari meja pengacara sekiranya ada terkasar
bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya,
yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan itu adalah kelemahan
kami.

Kalau ada sumur di ladang


Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Tahun hadapan kita berjumpa lagi

Sekian, terima kasih.....


assalammualaikum

Anda mungkin juga menyukai