Anda di halaman 1dari 7

Aluan Ketibaan

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat, Tn Dr Gunarajah R. George Ahli Dewan


Undangan Negeri Sentosa diiringi oleh Yang Berusaha Pn Jamaliah binti Abdul Hamid Guru
Besar SKBT diiringi oleh Encik Henry Asokan YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit
Tinggi

Para hadirin diminta berdiri.....

Nyanyian lagu Negaraku

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17 Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi
dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku

Para hadirin diminta bersedia.

...................selepas nyanyian........

Para hadirin dijemput untuk mengambil tempat, dipersilakan.

Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...

Ucapan protokol

1. Dr Gunarajah R. George ADUN Sentosa

2. Yang berusaha Puan Jamaliah binti Abdul Hamid Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit
Tinggi

3. Yang dihormati Encik Henry Asokan Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit
Tinggi

4. Yang berusaha barisan pentadbir SK Bukit Tinggi, Pn Fazlon Binti Jaafar, Penolong
Kanan Pentadbiran, Pn Nurulaiin binti Zaidun, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cik
Norlizah binti Banun Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Noraini binti Mohemed Shahed,
Penolong Kanan Petang

5. Barisan ahli Jawatankuasa PIBG

6. Guru-guru, Ibu bapa dan penjaga, murid-murid seterusnya hadirin hadirat yang dihormati

1
sekalian

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera dan salam Malaysia baru.

Yang jauh mula tampak


Yang dekat sudah bersua
Hidup sebumbung sehalaman
Hidup seatap selantai
Pahit sama ditelan
Masam sama dirasa
Kalau manis saling memberi

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran tuan tuan dan puan
puan ke Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi
kali ke -17 Tahun 2019 dan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan UPSR 2018.

Pihak majlis serta seluruh warga SK Bukit tinggi, mengalu-alukan kehadiran dan
merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan khususnya
kepada Yang Berhormat Tuan Dr Dr Gunarajah R. George kerana sudi meluangkan masa
bagi bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari ini.

Bacaan doa

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan;
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Sidang hadirin warga dewan yang dimuliakan,

Bagi memula dan memuliakan majlis marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat,
memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Justeru, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Ahmad Zaki bin Nan untuk memimpin bacaan
doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

........................Bacaan doa

2
Amin Ya Rabbal Alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Ahmad
Zaki bin Nan atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Mudahan-mudahan majlis pertemuan kita
pada hari ini mendapat rahmat dan redha daripada Ilahi.

Sidang Hadirin warga dewan yang dihormati,

Buat pengetahuan hadirin dan hadirat, Majlis mesyuarat agung PIBG ini merupakan acara
tahunan Persatuan Ibu Bapa dan guru sekolah bagi membincangkan perjalanan aktiviti
tahunan terkini seterusnya meningkatkan kemesraan dalam kalangan ibu bapa dan warga
sekolah serta menyediakan satu saluran komunikasi dengan tujuan utama untuk menjaga
kebajikan serta memajukan perkembangan murid dalam segala aspek.

Bak kata orang orang lama, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Kata sama sependapat, keputusan sama sepakat. Semuanya kerana satu matlamat, sebuah
hasrat. Agar akademik anak-anak meningkat, tercorak jua indahnya akhlak, demi
kecemerlangan dunia dan akhirat

Benarlah

Kasih bapa utuh terjana


Sayang ibu ke bulan tertuju
Didikan guru terpadu sempurna
PiBG bersatu pelajar maju

Ucapan Aluan Guru Besar

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
berusaha Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi Puan Jamaliah binti Abdul Hamid
untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.......................................ucapan guru besar

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan oleh puan guru besar sebentar tadi.

Warga dewan yang mulia,

Sirih junjung penuh bererti,


Indahnya adat tidak terperi;
Tibalah saat masa dinanti,

3
Mendengar amanat ucapan perasmi.

Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan yang akan disampaikan oleh
Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali dan seterusnya
menyempurnakan majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Tinggi kali ke 17 bagi
tahun 2019.

.........................................Ucapan perasmian YB

………Perasmian Program

Petang hari menanam selasih


Selasih berbunga indah berwarna
YDP PIBG setinggi-tinggi terima kasih
Budi sekalung penuh bermakna

Penyampaian sijil penghargaan AJK

Bercabang tiga si gunung daik


Di kakinya subur pohon meranti
Budi luhur dibalas baik
Dalam ingatan tersimpul mati

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2017/2018
yang telah mengembeling tenaga dalam meneraju persatuan PIBG SK Bukit Tinggi.

Justeru, sekali lagi majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Puan Jamaliah binti
Abdul Hamid Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi diiringi oleh Cik Norlizah binti
Banun, penolong kanan kokurikulum untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan majlis
penyampaian sijil kepada Ahli Jawatankuasa PIBG SK Bukit Tinggi sesi 2017/2018.

Dengan segala hormatnya

4
dijemput..............(rujuk senarai nama AJK PIBG)

Terima kasih diucapkan kepada puan guru besar.

Penyampaian Anugerah Murid Cemerlang UPSR 2017.

Hadirin-hadirat yang dihormati,

Seramai 11 orang murid telah berjaya mencatat kecemerlangan dengan mencapai keputusan
6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (U.P.S.R) dan seramai 19 orang murid telah
mencatat keputusan 5A pada tahun 2017.

Dengan itu, majlis sekali kali menjemput YDP PIBG En Henry Asokan diiringi oleh Puan
Fazlon binti Jaafar selaku penolong kanan pentadbiran untuk menyampaikan sijil dan
saguhati/cenderamata kepada murid-murid cemerlang UPSR 2017.

Oleh yang demikian, pihak sekolah dengan sukacitanya mempersilakan murid-murid yang
bertuah ini untuk menerima anugerah atas kejayaan mereka.

......(rujuk senarai nama 6A)

......(rujuk senarai nama 5A)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Henry Asokan YDP
PIBG kerana sudi menyempurnakan majlis sebentar tadi.  

Jutaan tahniah diucapkan kepada murid-murid cemerlang ini serta ibu bapa yang telah
mengharumkan nama sekolah sekaligus mengukir kejayaan dalam diari hidup masing-
masing.

Anugerah Khas Guru Besar 2018

Hadirin sekelian,

Anugerah yang seterusnya begitu istimewa kerana Anugerah Khas Guru Besar ini akan
diberikan kepada 12 orang murid bertuah yang telah menunjukkan peningkatan pencapaian
akademik yang begitu memberangsangkan.

Dengan itu, majlis sekali lagi menjemput Guru Besar SK Bukit Tinggi diiringi....... oleh
Encik Ismail bin Ibrahim penolong kanan hal ehwal murid untuk menyampaikan Anugerah
ini dipersilakan.

5
......(rujuk senarai nama anugerah khas)

Terima kasih diucapkan kepada Puan Jamaliah binti Abdul Hamid Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Bukit Tinggi.

Penutup
Hadirin-hadirat yang dimuliakan,

Dengan berakhirnya penyampaian sijil itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku
pengendali majlis mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon
ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan
majlis ini. 

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya
daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.

Dari mana asalnya usah diusul,


Molek budinya menambat hati,
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati

Sebarang kelemahan harap dimaafi


Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati

Pohon kenangan elok merimbun


Tersenyum dara menyunting bunganya,
Kami menghimpun maaf dan ampun 
Wacana hidup berkat selamanya. 

Mastuli bendahara corak sekata


Elok jalinan halus berseri
Pentup bicara beralas kata
Mohon perkenan mengundur diri

Dengan rangkap pantun itu tadi kami selaku pengemudi majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih

Sebentar lagi majlis akan diserahkan kepada Encik Ismail bin Ibrahim selaku pengerusi
sementara untuk meneruskan aktiviti mesyuarat

Sekian sahaja dari kami. Kami akhiri dengan lafaz yang mulia

6
Wabillahhitaufikwalhidayah…. Wassalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai