Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

Bil
1.

2.

3.

AGENDA

TEKS

Ketibaan para
jemputan dan ibu
bapa

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari


bin Ahmad Dahlan (Ahli Dewan Undangan Negeri Batang
Kali) dengan diiringi En. Mahmud bin Karim (Yang
Dipertua PIBG), En. Mohamad Akhwan bin Jamil (Guru
Besar), Guru-Guru Penolong Kanan dan AJK PIBG
Sekolah Kebangsaan Batang Kali.

Nyanyian Lagu
Negeri Selangor dan
Lagu Negaraku

Sidang Hadirin yang dihormati,


Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
menyanyikan lagu negeri Johor dan lagu Negaraku.

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.


Hadirin dipersilakan duduk.

Kata Alu-aluan
Pengacara Majlis

Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.
Bismilahhirahmanirahim...
Yang Berhormat .
Ahli Dewan Undangan..
Yang Berbahagia
_________________________________
Wakil Pegawai Pendidikan Daerah
Yang Berusaha En. Jumaat Bin Haji Mahadi
Guru Besar SK Seri Kg Renggam
Yang Dihormati En. Saminan Bin Jemali
Yang Dipertua PIBG SK Seri Kg Renggam
En. ..
Naib Yang Dipertua PIBG SK Seri Kg Renggam
Barisan Guru Penolong Kanan
Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG
Barisan pendidik,
Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan

selamat pagi.
Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin
serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 tahun 2015 ini.
Pihak majlis serta seluruh warga SK Seri Kg Renggam,
turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat khususnya
kepada Yang Berhormat
kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-sama
menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan
pada hari ini.
Bacaan Doa
4.

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita mendah


tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa
yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohd Zabri Bin Kamdi.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
.......................................
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd
Zabri Bin Kamdi atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian.
Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset
yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu,
permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang
pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan
sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana modal
insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera
kehidupan yang semakin mencabar ini.
Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh
guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan
murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang
akademik, kokurikulum, bahkkan sahsiah diri yang
cemerlang.

5.

Ucapan Alu-aluan
oleh Guru Besar

Seterusnya, majlis menjemput En. Jumaat Bin Haji


Mahadi, Guru Besar SK Seri Kg Renggami untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan
.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En.
Jumaat Bin Haji Mahadil atas ucapan alu-aluan itu tadi.

6.

Ucapan Perasmian
ADUN Batang Kali

Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan


ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berhormat

., ADUN . dan
seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Seri
Kg Renggam kali ke 41 bagi tahun 2015.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada YB
.. atas ucapan dan
perasmian itu tadi. Semoga segala amanat dan ucapan YB
itu tadi dapat kita hayati dan ambil tindakan bersama.

7.

Majlis Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati


Cenderahati AJK
kepada AJK PIBG sesi 2013/2014. Untuk itu, majlis
PIBG sesi 2013/2014 menjemput YB ..,
dengan diiringi En. Jumaat Bin Haji Mahadi untuk
menyampaikan cenderahati tersebut.
Dipersilakan....
En. Saminan Bin Jemali YDP PIBG
En. .. NYDP PIBG
Pn. .. Setiausaha
Pn. .. Bendahari
AJK Ibu Bapa
En. .
En.
En. .
Pn.
Pn.
Pn.
AJK Guru
En. ..
En. ..
En. .
En. .
Pn. .
Pn. .
Majlis mengucapkan terima kasih kepada YB
.. atas penyampaian
cenderahati itu tadi.
Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan,
dipersilakan En. Jumaat Bin Haji Mahadi untuk
menyampaikan sedikit cenderahati kepada YB

.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar.
Majlis Penutup
8.

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi,


maka selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung
SK Seri Kg Renggam, kali ke-41 bagi tahun 2015.
Dari mana asalnya, usah diusul
Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.
Kami mewakili AJK PIBG dan SK Seri Kg Renggam,
merakamkan penghargaan terima kasih kepada YB
atas kesudian
meluangkan masa pada pagi ini untuk merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41. Tidak dilupakan juga
kepada ibu bapa, guru-guru dan Tuan-tuan dan Puan-puan
sekalian.
Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh..
Seterusnya, kami mempersilakan En. Jumaat Bin Haji
Mahadi mengiringi YB . Ke bilik
jamuan untuk menjamu selera.Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai