Anda di halaman 1dari 3

Teks Ucapan

Pelancaran Bulan Akademik 2017


6 Februari 2017 6 Mac 2017
SMK Danau Kota

Tarikh : 6 Februari 2017


Hari : Isnin

Tarikh Aktiviti : Mengikut Bidang

Bidang Tarikh
Teknik & Vokasional 06 - 10 Feb 2017
Sains & Matematik 13 - 17 Feb 2017
Bahasa 20 - 24 Feb 2017
Kemanusiaan 27 Feb - 3 Mac 2017

Tentatif Program Perasmian :

Tarikh Pelancaran : 6 Feb 2017


Hari : Isnin
Masa : 5.30 6.45 (Waktu Perhimpunan Rasmi)
Tempat : Tapak Perhimpunan/Dewan Gemilang

Tentatif Perasmian

Perhimpunan Rasmi
Gimik Persembahan
Ucapan Perasmian Bulan Akademik 2017

YANG BERUSAHA
PN. NG WEI MEIN
PENOLONG KANAN PETANG SMK DANAU KOTA

YANG DIHORMATI
USTAZ MOHD SETIA BIN ABDUL GHANI
TIMBALAN PENOLONG KANAN PETANG

GURU KAUNSELING, RAKAN- RAKAN GURU DAN PELAJAR-PELAJAR


YANG DIKASIHI SEKALIAN.

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya


kita dapat bertemu di petang yang indah ini untuk sama-sama
meraikan Maljis Pelancaran Bulan Akdemik Tahun 2017.
Tema Bulan Akademik pada tahun ini ialah ILMU PERKASA
GENERASI WIBAWA.

Guru-guru dan murid-murid sekalian,


Bulan Akademik adalah gabungan Bidang Bahasa, Bidang Teknik
dan Vokasional, Bidang Sains dan Matematik serta Bidang
Kemanusiaan. Ke empatempat bidang tersebut adalah amat
penting dalam sistem pendidikan yang sedia ada. Dengan
berdasarkan kecenderungan dalam bentuk kebolehan, kemahiran,
keupayaan dan kelebihan yang ada pada seseorang murid
membolehkan mereka memilih jurusan kerjaya dalam pelbagai
bidang pada masa akan datang.

Oleh itu, pihak sekolah melalui usaha gigih para guru


bertanggungjawab untuk mencungkil bakat para murid mengikut
keupayaan murid tersebut. Adalah menjadi hasrat para guru, ibu
bapa dan masyarakat untuk melahirkan murid yang unggul dalam
pelbagai bidang di samping keutamaan murid untuk mencapai
kecemerlangan dalam bidang akademik dengan ilmu yang
diperolehi.

Sesungguhnya, ilmu itu umpama seribu permata berharga yang


mampu mengubah kehidupan seseorang di samping meningkatkan
minda dan memajukan bangsa. Ilmu mampu mempamerkan
keupayaan generasi hari ini untuk menjadi pemimpin yang disegani
dan dihormati di masa akan datang.

Guru-guru dan murid-murid sekalian,

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya,


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.

Tirai ucapan pada petang ini diteruskan dengan ucapan Peramian


Bulan Akademik oleh Penolong Kanan Petang SMK Danau Kota.
Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berusaha Puan Ng Wei Mein, untuk menyampaikan sepatah dua
kata.
Dipersilakan.
UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG
..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn.


Ng Wei Mein atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Seterusnya, pihak majlis mempersilakan Ustaz Mohd Setia Bin Abdul


Ghani Timbalan Penolong Kanan Petang naik ke pentas untuk
mengiringi Puan Ng Wei Mein bagi upacara memukul gong sebagai
simbolik pelancaran Bulan Akademik pada tahun ini.
UPACARA PUKUL GONG

-ILMU PERKASA GENERASI WIBAWA


Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Puan Ng Wei Mein atas
kesudian merasmikan Bulan Akademik pada kali ini.
Para guru dan murid sekalian,
Seterusnya, bagi memeriahkan majlis, marilah sama-sama kita
saksikan persembahan

dari
.
Dipersilakan.
PERSEMBAHAN PELAJAR

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang begitu


menghiburkan. Untuk pengetahuan semua, persembahan itu tadi
adalah di bawah bimbingan

... Terima kasih jua diucapkan kepada beliau.

Untuk pengetahuan semua, tempoh pelaksanaan bulan akademik ini


adalah bermula pada hari ini iaitu 06 Februari sehingga 06 Mac
2017. Dengan pelbagai aktiviti yang akan diadakan, penyertaan
para murid amat dialu-alukan.

Sebelum saya sudahi majlis, saya mewakili unit kurikulum


mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam melaksanakan
Pelancaran Bulan Akademik pada tahun ini.
Sekian, saya serahkan majlis kepada guru yang bertugas.1

1Rosy_SMKDK_2017

Anda mungkin juga menyukai