Anda di halaman 1dari 2

Bismillahhirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua

Yang berusaha barisan penolong kanan SK Leftenan Adnan, pihak


Selangor Fm, Yang diraikan Kontinjen Konvoi motor berkuasa besar
yang terdiri daripada Tentera Udara ,Tentera Laut dan Tentera darat
serta yang menjadi ayah angkat kepada SK Leftenan Adnan Rejimen
Askar Melayu. Yang dihormati YDP Persatuan Ibu bapa dan guru ,
Alumni Sk Leftenan Adnan , guru-guru serta murid-murid yang dikasihi
sekalian....

Setinggi tinggi penghargaan terhadap Selangor FM kerana sudi


berkolaborasi dalam majlis pelancaran sambutan bulan kemerdekaan
dengan tajuk Salute Negaraku di SK Leftenan Adnan begitu juga
dengan Rejimen Askar Melayu Diraja. Salute Negaraku merupakan satu
tanda penghargaan buat pahlawan-pahlawan negara dalam menjaga
keamanan negara. Sesungguhnya tidak terbalas jasa tuan tuan
semua.

Hadirin sekalian,

Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan serta Hari Malaysia


pada tahun 2017 adalah bertemakan NEGARAKU SEHATI SEJIWA.
Penetapan Negaraku Sehati sejiwa sebagai tema sambutan Hari
Kebangsaan tahun 2017 adalah bagi menunjukkan bahawa betapa
pentingnya rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama saling
memahami dan hormat menghormati serta berstau padu untuk
menentukan masa depan negara agar lebih gemilang,stabil dan aman
damai.

Tema Negaraku Sehati Sejiwa juga dilihat menepati dengan usaha


kerajaan yang mahu memberi penekanan kepada rakyat Mlaysia
bahawa bukan mudah untuk mencapai kemerdekaan selain memastikan
semangat bersatu padu serta muafakat terus dicapai demi kemakmuran
negara.

Selain menyemarakkan semangat patriotisme serta memperluas dan


memperkukuh semangat kekitaan , Negaraku Sehati Sejiwa juga
seiring dengan perpaduan dan kesepakatan yang menjadi penggerak
kepada agenda memperkasakan integrasi nasional dalam kalangan
pelbagai lapisan masyarakat dan kaum di Malaysia.

Para hadirin sekalian,

Kehadiran kita pada pagi ini bukan hanya bertujuan mewarnai program
sambutan kemerdekaan tetapi sebagai permulaan untuk kita sama-sama
melahirkan rasa bangga kita menjadi warganegara Malaysia yang
bertuah serta melahirkan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi .Ia bukan
sekadar laungan MERDEKA tetapi memahami ,menghayati dan
menterjemahkannya dalam kehidupan harian itu lebih bermakna.

Sesungguhnya tujuan program pelancaran bulan kemerdekaan ini


diadakan untuk menyemarakkan lagi rasa cinta kita kepada negara
melalui aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang bulan
kemerdekaan ini sehingga majlis penutup bulan kemerdekaan kelak.
Besarlah harapan saya agar semua aktiviti dapat dijalankan dengan baik
dan sempurna.

Hadirin sekalian ,

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya ingin mengambil kesempatan


mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam
menjayakan Majlis ini dan tidak lupa juga kepada ahli jawatankuasa
yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Saya menyeru agar kita
sama-sama menyemarakkan bulan kemerdekaan ini dengan mengibarka
jalur gemilang termasuk di rumah kita sendiri. Semoga dengan cara itu
kita akan dapat menyemarakkan lagi semangat patritisme kepada tanah
air tercinta. Marilah kita bersama-sama melaungkan Merdeka bersama
sama saya.

Merdeka...Merdeka.....Merdeka

Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai