Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN

OLEH :

WAKIL PELAJAR TINGKATAN 5

SEMPENA :

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA GURU TNGKATAN 5


SMA REMBAU

PADA :

23 NOVEMBER 2017

BERTEMPAT DI :

RESTORAN AR-RAUDHAH SEREMBAN

1
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM,

Terima kasih diucapkan kepada puan pengerusi majlis.

Yang berbahagia,

EN MUHAMMAD ABDUH BIN AZARAI,

Pengetua SMA REMBAU.

Yang berusaha,

EN MOHD NASARUDDIN BIN MOH HASSIM

GPK 1, SMA REMBAU

Yang berusaha,

PN NORAZALINA BINTI JAAPAR

GPK HEM, SMA REMBAU

Yang berusaha,

En. RASHDAN BIN ABDUL RAHMAN

GPK KOKO, SMA Rembau

2
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Setinggi-tinggi ucapan
terima kasih kepada saudari pengerusi majlis kerana memberi saya ruang dan
peluang untuk menyampaikan ucapan selaku wakil pelajar tingkatan 5 di Majlis
Makan Malam yang cukup mewah hari ini. Saya mewakili pelajar-pelajar tingkatan
5 SMA Rembau tahun 2017 ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
tahniah dan syabas kepada rakan-rakan yang Berjaya mengadakan majlis ini.

Hadirin sekalian,

Majlis ini diadakan khas untuk kami, pelajar-pelajar tingkatan lima yang akan
menamatkan pengajian kami di sekolah ini di sekolah yang kami sayangi ini.
Betapa bangganya kami, kerana sebelum kami melangkah keluar meninggalkan
sekolah, kami telah diraikan dan diberi penghormatan dalam majlis yang belum
pernah kami rasai sebelum ini. Majlis Makan Malam ini kelak akan menjadi suatu
memori indah buat kami. Memori ini akan kami simpan baik-baik menjadi lipatan
sejarah. Inilah detik paling berwarna-warni dengan guru-guru yang berwajah
berseri-seri. Oleh itu, saya mewakili semua pelajar mengucapkan setinggi-tinggi
terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar kami sejak kami tingkatan
satu hinggalah tingkatan lima.

Gurulah yang telah banyak berkorban untuk kami. Guru sanggup berkorban masa,
tenaga, dan wang ringgit demi melihat kejayaan kami. Guru jugalah yang menjadi
ibu bapa kedua bagi kami.

3
Wahai guru kami,

Jasamu semerbak kasturi,

Seluas lautan tak bertepi,

Kasih sayangmu begitu agung,

Yang meniti setiap suka dan duka,

Tidak dapat ku balas.

Wahai guru kami,

Kalian umpama dian,

Menerangi kami dalam kegelapan,

Kain putih kau corakkan,

Membentuk kami menjadi insan.

Hadirin dan rakan-rakan sekalian,

Kami sedar dan kami yakin bahawa untuk mencapai kejayaan yang
sebenar bukanlah satu perkara mudah. Namun, kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya. Oleh hal yang demikian, biarlah majlis ini menjadi titik
permulaan kepada kami untuk menyeluk pekasam sehingga ke pangkal lengan,
alang- alang mandi biar basah, alang-alang berdakwat biar hitam, bara yang
digenggam biar sampai menjadi arang, agar pada suatu hari nanti kami menjadi
benih yang dicampakkan ke laut menjadi sebuah pulau.

4
Akhir kata, selaku wakil pelajar tingkatan 5 saya mengambil kesempatan dalam
majlis ini untuk memohon maaf kepada semua guru, khususnya kepada ayahanda
En. Muhammad Abduh bin Azarai, pengetua yang amat kami kasihi sekiranya
sepanjang kami berada di sekolah ini terdapat kesilapan tutur kata dan tingkah
laku yang tidak disenangi sepanjang bergelar pelajar.Harapan kami agar guru-guru
sekalian berada dalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T. sentiasa. Aaminn..

Akhir kata, terimalah dua rangkap pantun daripada saya;

Hendak berburu ke luar kota,


Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.

Kalau ada lengguni pahit,


Mari ditaruh dalam celepa,
Kalau ada budi yang baik,
Sampai mati kami tak lupa.

Sekian. Wabillahitaufik wal hidayah, Assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai