Anda di halaman 1dari 6

TEKS DOA

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN


SEMPENA PERAYAAN KEMERDEKAAN KE-50, TAHUN 2007

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan Nabi
Muhammad sallallahu alayhi wasallam, ahli keluarganya dan para sahabat sekalian.
Ya Allah, sesungguhnya kami bersyukur kepada-Mu kerana memberi nikmat pembangunan dan
kemerdekaan yang dapat dinikmati oleh rakyat di negara ini. Ya Allah, kekalkanlah pembangunan
yang telah kami laksanakan sama ada yang berbentuk material atau spiritual. Martabatkanlah negara
kami dan seluruh rakyat di negara kami. Kami bersyukur kepada-Mu ya Allah kerana kemajuan yang
kami perolehi adalah hasil daripada kemerdekaan yang telah Engkau anugerahkan kepada kami.
Sempena Majlis Pelancaran Sambutan Kemerdekaan Dan Kibar Jalur Gemilang sempena
Perayaan Kemerdekaan Ke-50, Tahun 2007 ini, kami pohonkan ihsan daripada-Mu Ya Allah, agar
engkau kurniakan kepada kami nikmat kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan, lindungilah
kami daripada segala keburukan dan keaiban, hindarkanlah kami daripada segala rupa bentuk
kemungkaran dan kemaksiatan. Peliharalah kami daripada segala bencana, anugerahkanlah kami
dengan kesihatan agar kami dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta ini.
Ya Allah, Tuhan yang menguasai sekalian alam,
Engkau peliharalah tanah air kami Malaysia yang kami cintai ini. Engkau peliharalah perpaduan di
antara kami demi kepentingan negara Malaysia yang kami kasihi. Ya Allah, kami bersyukur kepadaMu kerana dapat hidup dalam keadaan aman, damai, harmoni, percaya-mempercayai, saling hormatmenghormati serta tolong-menolong yang menjadi tunjang kepada kemakmuran negara kami
sehingga ke hari ini.
Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
Kami memohon restu daripada-Mu, Engkau anugerahkanlah bangsa kami ini menjadi bangsa yang
setanding dengan bangsa dan negara-negara maju lain di dunia ini.

Engkau kekalkanlah kemerdekaan ini untuk generasi kami dan generasi yang akan datang. Engkau
kurniakanlah kepada kami kekuatan, semangat dan kesabaran yang tinggi untuk membentuk
generasi baru yang boleh menghargai dan mempertahankan kemerdekaan ini, agar perjuangan awal
yang dirintis oleh orang-orang terdahulu daripada kami tidak akan menjadi sia-sia.
Peliharalah kemerdekaan ini ya Allah, agar bangsa kami menjadi bangsa yang sihat, berdisiplin,
bertoleransi, pemurah, peramah dan hidup di kalangan masyarakat berbilang kaum bagaikan satu
keluarga.
Peliharalah kemerdekaan ini ya Allah, supaya hati kami, jiwa kami dan minda kami sentiasa berada
dalam keimanan yang teguh dan dapat memakmurkan negara dan bangsa.

Teks Pengacara Pelancaran Hari


Kemerdekaan Yang Ke-57
Ulangtahun kemerdekaan Malaysia akan tiba beberapa hari je lagi. So,
setiap sekolah mesti menjalankan program bagi menyemarakkan lagi
sambutan di samping memupuk semangat patriotik dalam kalangan
murid. Tahun ini, aku dilamar lagi untuk mengacarakan majlis setelah dua
tahun aku direhatkan. So, apalah daya aku untuk menolak selain cuba
yang terbaik.
Esok adalah hari raptai. So, lega aku dapat menyiapkan teks ini dalam
pada aku kalut menyiapkan tugasan sebagai SUP UPSR. So, aku
kongsikan teks pengara ini untuk rujukan kalian, jika perlulah yea. Sharing
is caring :)
1) Yang berusaha, Tuan Syed Sulaiman bin Ariffin, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Taman Molek, Yang dihormati Puan Rosni binti Gani, Pen
Kanan Kurikulum, Yang dihormati Puan Soh Rosie, Pen Kanan HEM, Puan
Hajah Rokiah binti Md Isa, Pen Kanan Kokurikulum, rakan-rakan guru serta
murid-murid yang dikasihi sekalian.

2) Assalammualaikum dan salam 1Malaysia.


3) Ceria wajah dalam majlis,
Hati berkobar semangat dibawa,
Sambutan merdeka penyeri majlis,
Sematkan gagah di dalam jiwa.
4) Selamat datang ke Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat SK
Taman Molek. Sama-sama kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi
kerana dengan limpah kurnia dan izinNya kita dapat bersatu di sini.
Semoga penyatuan tekad dan semangat ini senantiasa diiringi dengan
kedamaian dan keamanan yang berpanjangan.
5) Anak-anak Molek,
6) Hakikatnya, sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda semua
guru dan anak-anak didik di sekolah ini bersam melangkah seiring
menggenggam iltizam menjadi warganegara yang patriotik.
7) Dengan tema "MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" , secara
rasminya menunjukkan Malaysia akan meraikan ulangtahun yang ke-57 ,
sekaligus menjadi lambang kematangan negara di bawah kepimpinan
yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan

menerusi pembangunan, kecemerlangan dan kemakmuran yang dikecapi


secara berterusan.
1) Ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-57 ini, hakikatnya menjadi
refleksi keada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957.
Justeru, kita perlu mencerminkan impian dan harapan serta semangat
cintakan negara yang tidak berbelah bahagi rakyat terdahulu, semoga
menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia pada hari ini,
terutamanya golongan muda.
9) Ekoran itu, bangsa 1Malaysia yang melata di muka bumi Malaysia,
terutama golongan muda inilah yang mampu membentuk ke mana hala
tuju Malaysia. Sehubungan itu, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu
memainkan peranan penting untuk mempertahankan kemakmuran,
keharmonian, dan keselesaan, yang sedia ada sekarang.
10) Anak-anak molek,
11) Ada pepatah mengatakan, nak tengok negara kita akan datang, lihatlah
anak remaja sekarang. Jika baik, maka baiklah kelak. Jika sebaliknya,
maka bersedialah. Lantaran itu, fikirlah sejenak apa akan jadi pada negara
pada zaman kalian menjadi dewasa kelak.
12) Jika kita lihat, pelbagai perubahan dari segi pembangunan dan teknologi
yang sedang kita lalui. Kita semestinya bersyukur dengan kemerdekaan
negara kita. Negara Malaysia aman, damai dan bebas daripada sebarang
ancaman dan jajahan seperti Palestin.
13) Hadirin sekalian,
14) Sempena bulan kemerdekaan kali ke-57 ini, pihak penganjur program
akan menjalankan beberapa aktiviti bagi menyemarakkan sambutan.
Untuk
tujuan
itu
majlis
diteruskan
dengan
menjemput .................................................... selaku penyelaras program
bagi memberi penjelasan lebih lanjut.
15) Tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Syed
Sulaiman bin Ariffin, Guru Besar SK Taman Molek, sekaligus merasmikan
Majlis Pelancaran Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-57. Dipersilakan....
16) Terima kasih atas ucapan perasmian itu tadi.
17) Keris Melayu Lambang Pusaka,
Tapak Sirih Lambang Sejahtera,
Negara Sudah Aman Merdeka,
Hidup Rakyat Bergaul Mesra.
Ayam Jantan Lawan Berlaga,
Bebas Merdeka Dari Sengsara,
Maruah Kita Hendaklah Dijaga,
Benteng Kuat Pertahankan Negara.
18) Hadirin sekalian,
19) Percayalah, Jika kita seluruh rakyat Malaysia bersatu padu, apa yang kita
nikmati dan kecapi sekarang ini akan terus berkekalan..Sama-samalah

kita berdoa agar negara dan rakyat Malaysia terus selamat dan terhindar
daripada sebarang bala bencana.
20) Bagi memeriahkan acara pada hari ini, majlis diteruskan dengan acara
persembahan. Dipersilakan kumpulan koir ............................... dengan
lagu
Parajurit
Tanah
Air
dan
Warisan,
diikuti
dengan
sajak ............................................ yang akan dibacakan oleh Siti Hazwany
binti Zaini.
21) Terima kasih atas persembahan tadi. Diminta semua murid berdiri bagi
sama-sama menyanyikan lagu-lagu patriotik Jalur Gemilang, Tanggal 31
dan Negaraku.
22) Mengakhiri majlis,
membacakan doa.

diminta

...................................................

untuk

23) Sekian sahaja Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada kali ini. Mohon
maaf andai ada salah dan silap. Sama-sama kita berdoa agar kita terus
merasai nikmat kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan,
terhindar dari segala keburukan, kemungkaran mahupun kemaksiatan
agar kita terus dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta
ini.
24) Sekian, terima kasih

DOA HARI KEMERDEKAAN






Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami bersyukur kepadaMu dia atas segala nikmat yang engkau berikan kepada
kami.Kami sedar Ya Allah tanpa bantuan dan hidayahMu segala nikmat yang kami kecapi
selama ini tidak akan wujud. Maha suci Allah dengan kehendakMu jua Negara yang kami
cintai ini kekal merdeka hinga saat ini.
Ya Rahman Ya Rahim,
Sempena perhimpunan pelancaran hari kemerdekaan ini, kami menadah tangan dengan
rasa penuh keinsafan, pengabdian dan tawaduk memohon denganMu dengan
kekuasaanMu yang Maha luas dan perlindunganMu yang tiada tandingannya.Kekalkan
kemerdekaan ini Ya Allah. Jauhilah Negara kami daripada pelbagai bentuk penjajahan
sama ada penjajahan berbentuk fizikal mahupun rohani.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Hiasilah tanah air kami dengan kedamaian, keamanan, kesejahteraan dan kekayaan
terutama sekolah yang kami cintai ini untuk selamanya. Jadikanlah sekolah kami ini
sebagai sekolah contoh dan cemerlang dalam segala bidang serta terhindar daripada
perkara-perkara yang dimurkai olehMu.
Kami memohon kepadaMu dengan nur ZatMu yang seluruh penjuru ArasyMu dan dengan
kudratMu yang telah Engkau takdirkan kepada semua makhlukMu dan dengan rahmatMu
yang Maha luas. Berikanlah petunjuk kepada pemimpin-pmimpin kami agar mereka
terhindar daripada perkara perkara yang dimurkai olehMu.
Ya Allah,
Di hadapan kami ini, anak didik dan generasi yang akan mewarisi kemerdekaan
ini,kurniakanlah kepada mereka dengan keimanan yang mantap, akhlak yang mulia, akal
yang cerdik, sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang kokurikulum.
Jauhilah mereka daripada gejala negatif. Sematkanlah dalam hati mereka perasaan benci
perkara-perkara maksiat dan kemungkaran. Kami memanjatkan rasa kesyukuran kami ke
hadratMu atas segala nikmat yang Engkau limpahkan kepada kami, Ya Allah tanpa
bantuanMu, kurniaan dan hidayahMu tiada apa yang ada pada kami. Maha suci Engkau
Ya Allah, Jadikanlah kami hambaMu yang bertaqwa.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
Sempena sambutan perayaan Hari Kemerdekaan pada tahun ini, kami dengan rasa
rendah diri menadah tangan kepada-Mu, kami pohonkan agar dengan kekuasaanMu dan
perlindunganMu yang tiada tandingannya. Kekalkanlah kemerdekaan ini kepada kami Ya
Allah. Jauhilah Negara kami yang kami cintai ini daripada segala bentuk penjajahan sama
ada penjajahan yang kami sedar mahupun tidak sedar
Ya Allah,

Jadikanlah anak didik dan warga Sk Jalan Sungai Besi 2 ini generasi yang akan mewarisi
dan mempertahankan kemerdekaan ini. Kurniakan kami iman yang teguh, akhlak yang
mulia dan akal yang sejahtera. Jadikanlah kami berlumba-lumba untuk mengerjakan
kebaikan dan mencegah kemungkaran

Anda mungkin juga menyukai