Anda di halaman 1dari 1

BULETIN RAMADHAN

1-7 Ramadhan 1434 H / Bil 1 SK. LAVENDER HEIGHTS


Ya Allah Berikanlah keberkatan kepada kami pada bulan Rejab dan Syaaban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Ya Allah ya Tuhan kami.. Sesungguhnya bulan yang berkat ini yang diturunkan al-Quran dan dijadikan sebagi petunjuk kepada semua manusia serta sebagai penerangan kepada petunjuk dan kebenaran. Bulan ini telah tiba maka sejahterakanlah kami didalamnya dan sejahterakanlah bulan ini untuk kami. Ya Allah ya Tuhan kami Kami memohon kepada Mu untuk memberikan kami jalan kebaikan menghindarkan kami dari jalan keburukan yang Engkau tidak suka kepadanya wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani dan Yang Maha Pengampun.

Pengertian Puasa Ramadhan


Bahasa: Menahan diri daripada sesuatu Syarak: Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dimulakan dengan niat berpuasa, kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT

Hikmah Berpuasa & Kelebihan Ramadhan


1. Ketibaan Ramadhan, umat Islam di seluruh pelusuk dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa tertentu. Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah SWT. Dengan diwajibkan berpuasa, semua golongan Islam, kaya dan miskin, berada dan tidak berada terpaksa menempuh ujian yang sama. Dengan berpuasa menimbulkan keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih-mengasihi sesama umat Islam. Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Allah, justeru itu akan lahir pula ketenangan jiwa dan ketakwaan, Dari segi kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan, sekali gus beberapa penyakit yang terdapat didalam tubuh manusia dapat diatasi. Kedatangan Ramadhan ada keistimewaannya kerana dianjurkan ibadah solat Tarawih, di samping itu diwajibkan juga zakat fitrah. Ketibaan Ramadhan menandakan terbukanya pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan. Malam Nuzul al-Quran ( 17 Ramadhan ) merupakan saat penting al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga ke akhir zaman. Terdapatnya Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan ganjaran pahalanya daripada Allah SWT.

2.

3. 4.

Puasa Perisai Diri


Dari Abi Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW bersabda: puasa adalah pelindung dari neraka. Sekiranya seseorang dari kamu sedang berpuasa pada satu hari, maka janganlah bercakap kotor dan janganlah menengking. Jika seseorang mencela atau ingin bergaduh denganya, katakanlah: sesungguhnya aku berpuasa.
( HR al-Bukhari & Muslim )

5. 6. 7.

8.

Anda mungkin juga menyukai