Anda di halaman 1dari 3

Orang ke pantai tika redup,

Kayuh sampan tidak berhenti


Bijak dan pandai mengatur hidup
Masa hadapan penuh bererti.

Saat yang dinantikan telah tiba, lahirlah seorang puteri yang dinantikan
kehadirannya pada 4 November 2010.
Tokoh ini merupakan puteri sulung kepada pasangan
Cikgu Norzaihan dan Encik Jasmin.
Dididik dengan penuh kasih sayang oleh ayah dan ibunya
serta ditatang bagai minyak yang penuh dan berdisiplin
menjadikan beliau seorang anak yang mudah diasuh dan
mempunyai jati diri yang tinggi.

Impian menjadi seorang doktor telah mendorong anak ini menunjukkan


potensi yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Sepanjang di SK Sedenak
setiap pentaksiran dan ujian yang diduduki, keputusannya amat
membanggakan.
Kecemerlangannya juga terserlah dalam bidang kokurikulum.
Tokoh ini sering mewakili sekolah dalam pelbagai
pertandingan yang dianjurkan tidak kira sama ada
di peringkat daerah mahupun negeri.
Dunia pernah terhenti seketika akibat wabak pendemik Covid-19,
namun anak ini terus aktif menyertai pelbagai pertandingan dalam talian.

Dalam UNIT BERUNIFORM murid ini mewakili sekolah ke pertandingan :


INTERNATIONAL ECO NATURE VIRTUAL RUN 5 KM
(Peringkat ASEAN)
FORUM WEBINAR PENGAKAP LAUT SIRI 1 hingga SIRI 5 & KUIZ ATAS
TALIAN (Peringkat Kebangsaan)

Selain itu, murid ini juga mewakili sekolah di pertandingan


ISKANDAR MALAYSIA ECOLIFE CHALLENGE COMPETITION FOR
LOW CARBON CHALLENGE IN IMELC WEBSITE Peringkat Negeri
bagi KELAB SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING &
MATHEMATICS (STEM)

Dalam SUKAN DAN PERMAINAN, murid ini mewakili sekolah dan daerah
ke
KEJOHANAN GOLF BAWAH 12 TAHUN MSSD KULAI – TEMPAT KE-3
KEJOHAN GOLF BAWAH 12 TAHUN MSSJ – TEMPAT KE-12
PROGRAM 1000 LIGA BAGI SUKAN GOLF PERINGKAT NEGERI JOHOR

Sesungguhnya kejayaan ini amat membanggakan pihak sekolah.

Bintang tujuh sinar berseri


Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak dicari
Mana yang dapat janganlah lupa

Jawatannya sebagai Ketua Pengawas dan Pengerusi Kelab Doktor Muda


selain menjawat jawatan sebagai Naib Pengerusi Pasukan Pengakap
telah berjaya mendidiknya menjadi pemimpin yang berwibawa.
Ketokohan beliau dalam memimpin menjadikan beliau dihormati
dalam kalangan kawan-kawan dan disayangi oleh guru-guru.

Beliau yang bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang jurutera


sentiasa menunjukkan sahsiah yang baik walau di mana sahaja beliau
berada.
Di sebalik sikapnya yang lemah lembut itu beliau adalah pengawas yang
tegas semasa menjalankan tugas.

Semoga murid ini akan meneruskan kecemerlangan walau di mana dia


berada.
Semoga beliau akan terus berusaha dalam hidupnya
dan memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam setiap bidang yang
diceburi.
Semoga kejayaan dan dedikasinya akan menjadi contoh dan teladan
kepada murid-murid lain.
Pihak sekolah dan guru-guru sentiasa mendoakan kejayaannya.
Apabila dewasa nanti diharapkan beliau akan dapat berbakti untuk
agamanya, bangsanya, negaranya dan kedua-dua ibu bapanya yang
telah banyak berkorban untuk beliau

Dengan segala kesungguhan yang ada, murid ini telah dinobatkan sebagai
Tokoh Kokurikulum bagi sesi persekolahan 2021/2022.
Tahniah diucapkan kepada
ADIK AHMAD QALEEF RAYYAN BIN AHMAD SUKRI.

Dengan ini majlis dengan berbesar hati menjemput dan mempersilakan


Adik Ahmad Qaleef Rayyan bersama-sama dengan ibu dan bapanya
iaitu Cikgu Nurul Habibah dan Cikgu Ahamd Sukri
tampil ke pentas utama untuk menerima anugerah.
Dengan hormatnya dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai