Anda di halaman 1dari 30

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PENGHARGAAN 2

ATUR CARA MAJLIS 3

SENARAI JAWATANKUASA 4
PELAKSANA
SENARAI JAWATANKUASA PIBG 9
SESI 2021-2023
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 10
KALI KE-26
LAPORAN TAHUNAN PIBG TAHUN 18
2022
PENYATA KIRA-KIRA 21

USUL IBU BAPA 25

USUL SEKOLAH 27

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG 28


KALI KE-27
LANTIKAN JAWATANKUASA PIBG 30
SESI 2023-2025

1
PENGHARGAAN

Yang Dipertua serta Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Bukit Jana, Kamunting Sesi 2022-2023
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada :

Encik Roslan bin Hassan, ACM


Pengetua Cemerlang, SMK Bukit Jana, Kamunting

Semua Penolong Kanan dan Guru Kanan SMK Bukit Jana

Semua guru dan kakitangan SMK Bukit Jana

Semua ibu bapa dan penjaga SMK Bukit Jana

Semua pihak dan individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi
menjalankan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-27

2
ATUR CARA MAJLIS
AKU JANJI & MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-27
TAHUN 2023

8:00 pagi Ketibaan dan pendaftaran ibubapa / penjaga.

8:30 pagi Ketibaan Perasmi Mesyuarat Agung PIBG SMKBJ

8:40 pagi Bacaan Doa


Nyanyian "Negaraku" dan Lagu Kebesaran Negeri Perak.
Persembahan Montaj

8:50 pagi Ucapan kata alu-aluan Tuan Pengetua

9:10 pagi Ucapan Perasmi

9:20 pagi Ikrar murid


Gimik Penyerahan Watikah

9:40 pagi Persembahan gamelan & tarian


Cabutan Bertuah

10:00 pagi Ucapan PK HEM


Ucapan PK KOKU
Ucapan PK PPKI

10.30 pagi Ucapan YDP

10:45 pagi Mesyuarat Agung PIBG SMKBJ Kali ke-27


Ucapan Pengerusi
Ucapan Penasihat PIBG
Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-26
Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG 2022/2023
Membentang dan Mengesahkan Laporan Kewangan PIBG sesi
2022/2023
Pembubaran Jawatankuasa PIBG SMK Bukit Jana Sesi 2021 – 2023
Pelantikan Jawatankuasa PIBG SMK Bukit Jana Sesi 2023 – 2025
Membincangkan Usul-Usul Bertulis
Hal-hal Lain

12.00 tengah hari Cabutan Bertuah


Penyampaian Sijil
Ucapan Penangguhan

3
JAWATANKUASA PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-27
SMK BUKIT JANA KAMUNTING
TAHUN 2023

TARIKH : 10 Jun 2023


MASA : 8:00 pagi
TEMPAT : Dewan SMK Bukit Jana
PERASMI : Pn. Sharifah Nurul Binti Shahid

Pengerusi : En. Roslan bin Hassan., A.C.M (Pengetua)


Naib Pengerusi 1 : Pn. Suraya binti Sabaruddin (PK HEM)
Naib Pengerusi 2 : Encik Mazli bin Abdul Mutalib (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 3 : En. Suhairi bin Hj. Shoib (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 4 : Pn. Nor Mala binti Abdul (PK Pendidikan Khas)
Setiausaha : Cik Siti Nur Aqilah binti Zahari
Penolong Setiausaha : Pn. Siti Hasnah binti Chek Hassan
Bendahari : Pn. Nor Inani Izzati binti Mohd Daud

Bil. Jawatankuasa Senarai Tugas

1. SETIAUSAHA  Menyediakan kertas kerja program.


 Cik Siti Nur Aqilah binti  Memanggil jawatankuasa bermesyuarat.
Zahari  Bertanggungjawab untuk hadir dalam setiap
mesyuarat pelaksanaan program.
 Menyediakan dan mengedarkan minit
PENOLONG SETIAUSAHA mesyuarat kepada yang berkenaan.
 Pn. Siti Hasnah binti Chek
Hassan
2. BENDAHARI  Mengurus segala perbelanjaan program yang
 Pn. Nor Inani Izzati binti dijalankan.
Mohd Daud  Merekod segala perbelanjaan.
 Berinteraksi dengan AJK hadiah dan AJK
jamuan untuk urusan pembelian hadiah,
perbelanjaan jamuan dan kudapan.
 Menyediakan laporan perbelanjaan majlis.
 Menyimpan semua resit perbelanjaan yang
berkaitan dengan pengurusan kewangan
majlis.
PENYELARAS JAWATANKUASA: Cik Badariah binti Abi Mansor
3. PROTOKOL DAN PERASMIAN  Memastikan program berjalan lancar.
 Pn. Hurriyaty Isma binti  Bertanggungjawab dalam menguruskan
Mohamad majlis.
Jambih@Mohamad  Menentukan tempat duduk VIP.
Tambeh (K)  Mengambil Buku Kedatangan Pelawat dari
 Cik Rokiah binti Hashim pejabat untuk ditandatangani oleh VIP dan
 En. Mohd Azahary bin tetamu jemputan khas.
Jeraie (Teknikal)
 En. Khalil Shah bin Hashim
4
4. PENGUMPULAN DAN  Mengumpul usul dan kehadiran ibu bapa dari
PENYUSUNAN USUL guru kelas.
 Pn. Mangayar Selvi a/p  Menyusun usul dan kehadiran ibu bapa.
Harikrishnan (K)
 Pn. Arbaayah binti Rahid
Safian
 Pn. Hjh.Nuratiqah binti Ani
 Pn. Nik Fazehan binti Mat
Zain
 Pn. Rafiedah binti Mat Pawi

5. PENGACARA MAJLIS  Menyediakan teks ucapan berpandukan atur


 Pn. Anis Syahirah binti cara.
Rajuddin (K)  Mendapatkan senarai nama tetamu kehormat
 Pn. Natikah binti Ghazali yang lengkap dengan gelaran serta tetamu
 En. Ahmad Faiz bin Abd jemputan daripada AJK Jemputan.
Razak  Berinteraksi dengan AJK Hadiah, AJK
Persembahan dan AJK Penyelia Penerima
Hadiah untuk melicinkan atur cara majlis.
 Mengelola majlis raptai dan majlis sebenar.
6. BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG  Merancang dan membuat buku mesyuarat
 Pn. Rosmah binti Sumar(K) agung
 Pn. Siti Khadijah binti Ab
Manap
7. PEMBACA DOA  Menyediakan teks doa yang menepati majlis.
 En. Abu Hassan bin Abdul  Mengetuai pembacaan doa.
Karim(K)  Hadir semasa majlis raptai.
 En. Mohd Zulkifli bin Mohd
Saleh
8. UCAPAN PENGETUA dan MONTAJ  Mengadakan perbincangan dengan pengetua
POWERPOINT mengenai konsep dan bahan yang akan
 Pn. Noor Hasanah binti dipersembahkan.
Muhamad Sahapini (K)  Menyediakan story board untuk tayangan
 Pn Zunaidah binti Mohamad selama lebih kurang lima minit selepas
ucapan pengetua.
PENYELARAS JAWATANKUASA: Pn. Wasyirah Binti Abd Halim
9. PUBLISITI  Membuat hebahan dan siaran tentang majlis.
 Pn. Rosni binti Arifin  Menempah banner dan menggantung di
(banner) tempat yang bersesuaian.
 En. Prakash a/l Rajagopal  Menyimpan banner selepas Mesyuarat Agung
(Poster digital) PIBG.
10. JEMPUTAN/SURAT JEMPUTAN  Mendapatkan maklumat berkaitan nama dan
 Cik Nur Syamimi Amirah alamat para tetamu jemputan dan penerima
Binti Rosidin(k) hadiah.
 Pn. Balkis binti Hashim  Menyediakan dan menghantar surat jemputan
 Pn. Oh Lin Da untuk tetamu kehormat, tetamu jemputan, ibu
bapa.
 Menghubungi dan memastikan kehadiran
tetamu kehormat, tetamu jemputan dan
penerima hadiah atau wakil yang dijemput.
 Menyediakan senarai salutasi (tetamu
jemputan) dan diserahkan kepada tetamu
kehormat dan pengetua yang akan
menyampaikan ucapan.

11. PENGERUSI SEMENTARA  Mengacarakan perjalanan majlis.


 En. Mohd Faizal bin Zainal  Menjadi Pengerusi Sementara bagi Mesyuarat
Abidin (K) Agung PIBG.
 Tn. Haji Nor Azman bin  Mengendalikan majlis selepas ucapan YDP.

5
Ishak  Membuka undian untuk ajk PIBG.
PENYELARAS JAWATANKUASA: Pn. Norazizah binti Matrabi
12. HADIAH CABUTAN BERTUAH  Menyediakan anggaran perbelanjaan utuk
hadiah cabutan bertuah.
 Pn. Nurhafizah binti  Berinteraksi dengan Bendahari mengenai
Hairudin (K) implikasi kewangan.
 Pn. Nurdiran binti Mohd  Mencadangkan bentuk hadiah.
Fauzi  Menguruskan penyampaian hadiah semasa
 Pn. Zurainatul Akmar binti majlis.
Dzulkifli  Menyediakan dulang dan alas serta
mengemaskannya selepas tamat majlis.
 Menyediakan pembawa dulang.
13. AJK CENDERAMATA  Menyediakan anggaran perbelanjaan utuk
 Pn. Nor Asiah bt Othman cenderamata.
(K)  Berinteraksi dengan Bendahari mengenai
 Pn. Raha binti Ibrahim kewangan untuk membeli cenderamata.
 Pn. Norazlin binti Gazali  Mencadangkan bentuk hadiah.
 Menguruskan penyampaian cenderamata
semasa majlis.
 Menyediakan dulang dan alas serta
mengemaskannya selepas tamat majlis.
 Menyediakan pembawa dulang.
14. AJK SIJIL  Mendapatkan sijil daripada pihak sekolah.
 Pn. Nadirah Farhana binti  Mendapatkan senarai penerima sijil.
Abdul Gafar (K)  Menaip dan menyiapkan sijil penghargaan
 Pn. Iyanty Shalarina binti bagi ahli jawatankuasa PIBG yang terdahulu.
Rosli

15. BUKU PROGRAM  Mendapatkan maklumat yang diperlukan


 Pn. Saliza binti Sairin (K) untuk buku program.
 Pn. Fawzia binti hamed  Menaip dan menyemak maklumat yang
Yusoff diperoleh.
 Pn. Hjh Hasiah bt Taib  Menyediakan buku program yang secukupnya
untuk diedarkan kepada tetamu.
 Menghias buku program khas untuk VIP dan
mengedarkan kepada tetamu kehormat dan
tetamu jemputan.
 Menyerahkan buku program kepada AJK
Pendaftaran untuk diedarkan kepada guru
dan jemputan.
16. PENDAFTARAN IBU BAPA dan  Menyediakan borang pendaftaran yang
GURU sesuai.
 Pn. Siti Aniza binti  Memastikan meja pendaftaran kemas.
Kamaruddin (IBU BAPA)  Membuat pendaftaran penerima hadiah/wakil
 Pn. Nor Azihah binti Mat dan guru-guru.
Yusof  Mengedarkan buku program kepada guru-
 Cik Mumtaz Begam binti guru dan penerima hadiah/wakil.
Mohamed Salleh (GURU)
 Nur Syarafina binti Soad
 (Dua orang pengawas)

17. DOKUMENTASI/LAPORAN  Menyediakan laporan lengkap selewat-
 Cik Salasiah binti Osman(K) lewatnya dua minggu selepas majlis.
 Pn. Muneswary a/p  Laporan mestilah disediakan dalam bentuk
Sathianarayanan softcopy dan hardcopy.
 Dr. Munaratul Aini binti  Menyediakan, mengedarkan borang penilaian
Yahaya majlis, post-mortem dan diserahkan kepada
 Pn. Lim Kwee Geok semua bahagian jawatankuasa dan dijilidkan
bersama-sama laporan.

6
PENYELARAS JAWATANKUASA: Puan Wan Kamarul Bariah binti Wan
Kamaruzaman
18. PENCATAT Ucapan YDP PIBG  Mencatat ucapan YDP, Pengetua, PK HEM,
 Pn. Manisah binti Mohamad PK Pentadbiran dan PK KO.
Hamdan  Mengumpul dan mendokumentasi ucapan
PENCATAT Ucapan Pengetua YDP.
 Pn. Rathaa a/p  Menyerahkan catatan bertaip melalui softcopy
Balakrishnan dan harcopy yang mudah dibaca dan
PENCATAT Ucapan PK HEM sempurna kepada S/U PIBG dalam tempoh
 Pn. Aida Azmawati binti selepas seminggu.
Baharin
PENCATAT Ucapan PK
PENTADBIRAN
 Pn. Angayarkanni a/p
Sinnappan
PENCATAT Ucapan PK KO
 Pn. Faridah Hanim binti
Samsudin

19. MINIT MESYUARAT AGUNG  Mencatat minit mesyuarat agung tahun 2023.
 Pn. Norazlin binti Nordin(K)  Mencatat hal-hal lain sewaktu mesyuarat
 Pn. Norhafizah binti Hashim PIBG dijalankan.
 Pn. Wan Anidah binti Wan  Menyerahkan minit bertaip melalui softcopy
Abdul Kadir dan harcopy yang mudah dibaca dan
 Pn. Wan Norshafika binti sempurna kepada S/U PIBG dalam tempoh
Wan Marzuki selepas seminggu.

20. PENYEDIAAN TEKS UCAPAN  Menyediakan teks ucapan yang menepati


 Pn. Ros Azlinda Sazreen konsep majlis.
binti Abd Aziz (YDP)  Menyerahkan teks kepada PENGETUA, PK
 Cik Keeratpeeth a/p Jaspal HEM, PK Pentadbiran dan PK KO sebelum
Singh (Pengetua) majlis.
 Pn. Iyanty Shalarani binti
Rosli (PK HEM)
 Pn. Suhaila binti Abd.
Mutalib (PK KO)
21. PEMILIHAN TEMPAT DAN  Menyediakan meja berlapik untuk hadiah dan
PERSIAPAN TEMPAT (SEBELUM cenderahati.
MAJLIS)  Menyediakan meja berlapik dan kerusi set
 En. Zul Hairry bin Bahari (K) VIP, pengetua cemerlang, YDP PIBG dan
 En. Mohamad Sheqal tetamu jemputan yang mencukupi dan
Iskandar bin Sabri tersusun.
 En. Mohd Zaidi Tan bin Abd  Menyusun atur kerusi penerima hadiah.
Halim Tan  Menyediakan rostrum untuk tetamu berucap
dan untuk pengacara majlis.
 Membersih dan menghias kawasan dalam
dan luar dewan.
 Memastikan persekitaran tempat duduk
tetamu kehormat dihias.
 Memastikan cermin tingkap dilap bersih.
 Menyediakan label dan menentukan susun
atur kerusi tetamu kehormat dan tetamu.
 Menyediakan penunjuk arah (contoh tandas
dan tempat jamuan)

22. MENGEMAS DEWAN (SELEPAS  Mengemas dewan setelah majlis selesai.


MAJLIS)  Memastikan persekitaran sekolah dan laluan

7
 En. Mohd Aizuandy b. tetamu sentiasa bersih selepas majlis.
Mohd Mohd Shamsuddin(K)  Memastikan kerusi, meja, langsir dan
 En. Mohd Rukman bin Mat peralatan dikembalikan dan disusun pada
Sana lokasi asal.
 En. Hasran bin Pandak  Menutup pintu dan tingkap dewan.
Abdullah

23. HIASAN PENTAS DAN BACK  Menghias pentas dengan hiasan, latar pentas
DROP dan pasu bunga yang bersesuaian dengan
 Pn. Nani Rohaya binti bantuan pekerja am sekolah.
Ahmad (K)  Menghias Foto Booth untuk sesi bergambar.
 En. Wan Normawardi bin  Mengemas semula pentas dan Foto Booth
Wan Mohd Yusoff setelah majlis berakhir.
 Pn. Norma binti Nordin
24. FOTOGRAFI  Mengambil gambar yang bersesuaian untuk
 En. Mohd Hisham bin Abd didokumentasikan.
Manaf  Memberikan softcopy gambar majlis kepada
AJK Dokumentasi.

25. JAMUAN (VIP)  Menyediakan menu dan anggaran


 Pn. Wan Norazlina binti perbelanjaan.
Wan Ab Aziz (K)  Menentukan bentuk atau cara jamuan
 Pn. Fairuz binti Roduan dijalankan.
 Pn. Masnah binti Marshad  Menetapkan menu dan tempat jamuan.
 Pn. Noranita binti Mohd  Menyediakan, menghias dan mengurus
Said tempat jamuan sebelum, semasa dan selepas
 Pn. Wan Nor Fatihah bt jamuan tamat.
Wan Ali  Memastikan kualiti dan kuantiti makanan dan
peralatan mencukupi untuk semua tetamu
yang hadir.
 Melayan tetamu kehormat dan tetamu
jemputan semasa jamuan.
 Menyediakan gelas dan air mineral di meja
tetamu kehormat dan di rostrum semasa
ucapan di dalam dewan.

8
JAWATANKUASA
PIBG SESI 2022-2023
YANG DIPERTUA PIBG
Encik Khairul Azmin bin Anang

NAIB YANG DIPERTUA PIBG


Encik Mustafa bin Ariffin

SETIAUSAHA
Cik Aina Shafina binti Zainal Abidin

BENDAHARI
Puan Inani Izzati binti Mohd Daud

AJK IBU BAPA


Pn.Noraiza binti Abu Bakar
En.Alminizam bin Ahmad
En. Muhamad Radzi bin Abdul Karim
Pn.Salina binti Zakaria
Pn.Farizatul Ros binti Hj Mohd Ariffin

AJK GURU
Pn. Siti Hasnah binti Chek Hassan
Pn. Angayarkanni A/P Sinnapan
En. Khalil Shah bin Hashim

JURU AUDIT DALAMAN


Pn.Wan Norazlina binti Wan Ab. Aziz
Pn.Nor Azihah binti Mat Yusof

9
MINIT MESYUARAT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT JANA,


34600 KAMUNTING
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-26 TAHUN 2022

Tarikh : 23 April 2022


Masa : 9.00 pagi
Tempat : Google Meet & Microsoft Teams
Perasmi : Dato’ Ahmad Salimin Ahmad Shaffie

Kehadiran :

1. En. Khairul Azmin bin Anang Yang Dipertua PIBG


2. En. Mustaffa bin Ariffin Naib Yang Dipertua PIBG
3. Pn. Salina binti Zakaria AJK Ibu Bapa
4. Pn. Noraiza binti Abu Bakar AJK Ibu Bapa
5. Pn. Farizatul Ros binti Haji Mohd Ariffin AJK Ibu Bapa
6. En. Muhamad Radzi bin Abdul Karim AJK Ibu Bapa
7. En. Alminizam bin Ahmad AJK Ibu Bapa
8. Cik Aina Shafina binti Zainal Abidin AJK Guru
9. Pn. Inani Izzati binti Mohd Daud AJK Guru
10. Pn. Siti Hasnah binti Chek Daud AJK Guru
11. Pn. Angayarkanni A/P Sinnapan AJK Guru
12. En. Khalil Shah bin Hashim AJK Guru
13. Pn. Wan Norazlina binti Wan Ab. Aziz Juru Audit Dalaman
14. Pn. Nor Azihah binti Mat Yusof Juru Audit Dalaman

Turut hadir :

1. Encik Roslan bin Hassan Pengetua


2. Encik Muhamad Rizal bin Abd Rahim Penolong Kanan Pentadbiran
3. Tuan Haji Harun bin Ahmad Penolong Kanan HEM
4. Puan Nor Mala binti Abdul Penolong Kanan Pend. Khas

Bilangan Ibu Bapa/ Penjaga yang hadir: 52 orang


Bilangan Guru Yang Hadir: 92 orang

Agenda Mesyuarat

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Encik Khairul Azmin bin Anang selaku Yang Dipertua PIBG SMK Bukit Jana
sesi 2021/2023 mengalu-alukan kehadiran semua ibu bapa dan guru ke
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 melalui Google Meet dan Youtube.
1.2 Beliau memberi penghargaan kepada guru-guru di SMK Bukit Jana kerana
10
berjaya mengadakan mesyuarat PIBG secara dalam talian buat kali ke-2 dan
juga komitmen guru-guru untuk mendidik dan memajukan sekolah.
1.3 AJK PIBG 2021/2023 telah berusaha dan berkolaborasi dengan pihak sekolah
untuk meningkatkan kemajuan sekolah, pencapaian akademik pelajar dan
sahsiah pelajar.
1.4 Beliau menegaskan pembentukan sahsiah pelajar adalah bermula dengan
pendidikan awal dari rumah dan meminta ibu bapa untuk menjadikan sekolah
sebagai milik masyarakat secara bersama dengan sentiasa hadir ke sekolah
untuk menyumbang idea, tenaga dan juga wang ringgit.
1.5 YDP PIBG memaklumkan bahawa bayaran sumbangan tahunan PIBG
dikenakan hanya pada seorang sahaja pelajar dalam satu keluarga.

2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-25

2.1 Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25 telah dibentangkan oleh Cik Aina
Shafina binti Zainal Abidin selaku Setiausaha PIBG sesi 2021/2023.

Pencadang: Puan Noor Azlina binti Mohamad


Penyokong: Encik Mohd Khairul Nizam bin Abd Rahman

Tindakan : Makluman

3.0 Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti Tahunan 2021

3.1 Setiausaha PIBG membentangkan laporan aktiviti yang telah dijalankan


sepanjang tahun 2021.

3.1.1 Aktiviti PIBG


 Jamuan Akhir Tahun KEGAS 2020
 Pembelian Perisian/Program Jadual Waktu Sekolah
 Program Persatuan Pusat Sumber Sekolah-Sekolah Negeri Perak Tahun
2020 (PPSSNP)
 Cetakan Banner TS25
 Sumbangan Bantuan Internet Bagi Pelajar SPM 2020
 Pembelian Jurnal Pendidikan MPSM Edisi 2020
 Sumbangan Tuisyen Pelajar SPM 2020
 Cenderahati Sempena Persaraan dan Perpindahan Guru & Staf SMKBJ
 Projek Membaik Pulih Padang Sekolah
 Cetakan Buku Pengurusan Sekolah Tahun 2020
 Cetakan Papan Tanda Perhiasan Sekolah We Love SMKBJ
 Bayaran Upah RELA Bagi Program Penyuraian Murid SMK Bukit Jana
2021
 Mesyuarat Khas AJK PIBG
 Pembayaran Semula Yuran Ten-pin Bowling Tahun 2020 kepada
Pelajar
 Sumbangan Bantuan COVID-19 Fasa 2 kepada Pelajar
 Sumbangan Badan Kebajikan Guru-Guru Pendidikan Khas Negeri
11
Perak kepada PPKI SMKBJ
 Menyewa Lori Sebagai Pengangkutan Membawa Oven ke PPKI SMK
Bukit Jana
 Program Kembara Maya Nusantara Malaysia & Indonesia Melalui
Pembelajaran Inkuiri Daerah LMS 2021

3.1.2 Aktiviti Kecemerlangan Akademik


 Majlis Bacaan Yassin & Mohon Restu Ilmu Pelajar SPM 2020
 Projek Pembangunan Sains & Matematik
 Program Pecutan Akhir SPM Kertas 2 Kimia dan Program Skor A+
Kertas 3 Kimia
 Program Zero Fail Kertas 1 Matematik Tambahan
 Program Sentuhan Kasih 2021 Bagi Pelajar SPM 2020
 Pembelian Fail Poket Untuk Sijil SPM 2020
 Program Teknik Menjawab Soalan SPM
 Pembelian Komponen Robotik (STEM)
 Bayaran Fotostat Modul Bahasa Inggeris & Modul Bahasa Melayu Ting5

3.1.3 Aktiviti Kecemerlangan Kokurikulum


 Pertandingan E-Sport Mobile Legends
 Dekorasi Hari Raya Aidilfitri Anjuran Unit Kokurikulum SMK Bukit
Jana 2021
 Program Keceriaan Ikon Sukan Janarian Tahun 2021
 Kursus Pengakap Raja

3.1.4 Aktiviti Kecemerlangan Sahsiah


 Program Keceriaan Sekolah Wall of Fame
 Program Pembukaan Semula Sekolah Bagi Tahun 2021
 Program Pengenalan Kerjaya STEM Oleh Unit Bimbingan &
Kaunseling SMKBJ
 Program Keceriaan Panitia Pendidikan Seni Melukis Mural Sekolah
 Membeli Kertas Sijil Bagi Cetakan Sijil Pengawas Sekolah, Pengawas
PSS, PPDa Koperasi, PRS dan Ketua Kelas 2021

3.2 Laporan aktiviti tahunan yang telah dijalankan sepanjang tahun 2021 diterima
sebulat suara tanpa sebarang pindaan oleh semua yang hadir.

Tindakan : Makluman

4.0 Membentang dan Menerima Penyata Kira-Kira Berakhir Pada 31 Disember 2021

4.1 Penyata kira-kira PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2021 telah
dibentangkan oleh Puan Nor Inani Izzati binti Mohd Daud selaku Bendahari
PIBG dan telah diterima sebulat suara tanpa sebarang pindaan oleh semua
yang hadir.

Pencadang : Puan Rahmah binti Mohd Yusof


12
Penyokong : Encik Mohd Khairul Nizam bin Abd Rahman
Tindakan : Makluman
5.0 Membahaskan Usul
5.1 Bacaan usul daripada Tuan Pengerusi PIBG.
5.2 Usul daripada Encik Mohd Faizal bin Azlan
5.2.1 Memohon pihak PIBG usulkan pembinaan bonggol di jalan raya utama kepada
JKR atau MPT atas faktor keselamatan murid.
Maklum balas YDP:
Pihak PIBG sekolah telah membuat permohonan tetapi tidak diluluskan akan
tetapi pihak PIBG akan mengajukan permohonan sekali lagi kerana perkara ini
amat penting dalam menjaga keselamatan warga sekolah dan juga pengguna
jalan raya yang lain.

5.3 Usul daripada Puan Zaida binti Mohd Jali


5.3.1 Mencadangkan untuk menubuhkan tabung khas PIBG bagi tujuan
menampung perbelanjaan murid membeli kertas, buku latihan dan
alat tulis.
Maklum balas Tuan Pengetua:
Tabung Khas tidak perlu diwujudkan kerana telah ada bayaran sumbangan
PIBG yang mempunyai surat kelulusan daripada JPN untuk pihak sekolah
membuat kutipan. Tabung khas ini hanya dibuat atau dilaksanakan jika perlu
sahaja kerana dibimbangi akan membebankan pihak ibu bapa jika diwajibkan
kepada semua.

Maklum balas YDP:


Bersetuju dengan Tuan Pengetua dan jika perlu diwujudkan tabung khas dikemudian
hari, perlu dalam nilai yang minima.

5.4 Usul daripada Encik Muhamad Faris bin Saad

5.4.1 Mencadangkan agar pihak sekolah mengutamakan kebersihan kawasan


sekolah supaya anak-anak bersemangat untuk ke sekolah.
Maklum balas Tuan Pengetua:
Semua warga sekolah sememangnya menitikberatkan kebersihan. Bagi
memastikan kebersihan sekolah sentiasa berada pada tahap yang baik,
kerjasama dan tindakan semua pihak amat diperlukan. Sikap semua pelajar
juga memainkan peranan. Jadual rondaan setiap hari oleh semua pentadbir
juga telah dibuat bagi memastikan masalah vandalisme tidak berlaku.

13
5.4.2 Mencadangkan supaya mencantikkan kelas dan ruang yang sedia ada.
Maklum balas Tuan Pengetua:
Tuan Pengetua memaklumkan semua guru kelas telah mula menjalankan aktiviti
menghias kelas. Unit HEM juga telah membuat taklimat perancangan untuk strategi
keceriaan kelas. Dijangkakan pada bulan Oktober kelak akan terlaksana konsep
‘Sekolah Dalam Taman’.

5.4.3 Mencadangkan supaya memastikan tandas sentiasa bersih dan wangi.


Maklum balas Tuan Pengetua:
Tuan Pengetua memaklumkan bahawa Unit HEM telah mengambil tindakan dengan
menyediakan buku log untuk penggunaan tandas serta pas keluar kelas untuk pelajar
ke tandas sebagai usaha mengurangkan pergerakan ke tandas dan mengawal bilangan
pelajar dalam tandas pada suatu masa. Pekerja swasta juga membersihkan tandas 5 kali
sehari dan Tuan Pengetua sendiri membuat rondaan 3 kali sehari ke tandas untuk
memantau kebersihan serta aktiviti salah laku di tandas terutamanya merokok.

5.5 Usul daripada Pn. Nor Azizan binti Ibrahim

5.5.1 Memohon supaya tarikh Mesyuarat Agung PIBG SMK Bukit Jana dan
SK Bukit Jana tidak diadakan pada hari yang sama.
Maklum balas Tuan Pengetua:
Tuan Pengetua memaklumkan bahawa SMKBJ dan SKBJ sentiasa berhubung dan
mempunyai jalinan untuk maklumkan tarikh-tarikh program/aktiviti yang melibatkan
ibu bapa supaya tiada pertembungan tarikh.

5.6 Usul daripada En. Zakaria bin Mamat

5.6.1 Mencadangkan agar longkang sebelah kanan jalan masuk ke sekolah


ditutup dengan lantai simen atau besi supaya jalan menjadi lebih luas
untuk pergerakan kenderaan keluar/masuk/pusing.
Maklum balas Tuan Pengetua:
Tuan Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah sebelum ini telah membuat
permohonan tetapi pihak MPT memaklumkan kos yang diperlukan adalah tinggi.
Pihak sekolah sekali lagi telah membuat permohonan kepada pihak MPT pada 16 April
2022 untuk melebarkan jalan dan menaik taraf jalan masuk ke sekolah dan akan wujud
perbincangan lanjut antara MPT, pentadbir SMKBJ dan SKBJ, wakil PIBG SMKBJ
dan SKBJ serta wakil guru dari kedua-dua sekolah. Beliau juga bercadang untuk
memasang lampu LED bagi tujuan keselamatan murid yang hadir awal.

5.7 Usul daripada Pn. Norhana binti Bahaudini

5.7.1 Mencadangkan agar tidak mengadakan banyak aktiviti yang


memenatkan di bulan puasa.

Maklum balas Tuan Pengetua:


Tuan Pengetua memaklumkan bahawa memang tiada aktiviti yang memenatkan.
14
Subjek PJPK juga tiada aktiviti fizikal hanya Pendidikan Kesihatan di dalam kelas
serta aktiviti kokurikulum juga hanya dijalankan mesyuarat agung kelab/persatuan
masing-masing sahaja.

5.8 Usul daripada En. Karim bin Mat Jen

5.8.1 Mencadangkan supaya memelihara sekolah daripada sampah sarap.


5.8.2 Memperbaiki tandas dan sekolah.
5.8.3 Memperbaiki jalan tar sekolah.
Maklum balas Tuan Pengetua:
Tuan Pengetua memaklumkan jawapan bagi usul beliau adalah sama seperti usul 5.4
dan 5.6. Beliau turut memaklumkan perancangan untuk mengadakan gotong-royong
perdana pada bulan Ogos dan mengalu-alukan ibu bapa yang berkemahiran untuk turut
hadir membantu.

5.9 Usul daripada Pn. Nur Suhaila binti Saidin

5.9.1 Balik awal sepanjang Ramadan.


Maklum balas Tuan Pengetua:
Tuan Pengetua memaklumkan bahawa telah diberi kelonggaran dan kebenaran untuk
murid yang tinggal di Pondok Tanjung dan Ulu Sepetang yang menaiki bas awam
untuk pulang awal iaitu pada pukul 1.05 petang walaupun PdPc masih berlangsung.
Murid lain pulang pada pukul 2.00 petang atau 2.30 petang.

5.10 Usul daripada Pn. Zaida binti Mat Amin


5.10.1 Menyediakan makanan kelas tambahan.
Maklum balas Tuan Pengetua:
Tuan Pengetua memaklumkan bahawa telah dilaksanakan dan akan diteruskan.

5.11 Usul daripada En. Rosidi bin Shahidin

5.11.1 Keselamatan pelajar


Maklum balas Tuan Pengetua:
Tuan Pengetua memaklumkan bahawa keselamatan pelajar sangat dititikberatkan.
Beliau memberi jaminan bahawa sekolah adalah selamat untuk pelajar.

5.12 Usul daripada Pn. Noraksyah binti Ahmad

5.12.1 Pengurangan yuran PIBG 2021 kerana PdPR.


Maklum balas Tuan Pengetua:
Tuan Pengetua memaklumkan hal ini memerlukan perbincangan dan keputusan ramai.
Beliau menjelaskan walaupun PdPR, tetapi tetap memerlukan perbelanjaan seperti
mencetak dan menyediakan modul terancang bagi murid-murid yang tiada akses
internet dan gajet.

15
Maklum balas YDP:
Beliau bersetuju dengan Tuan Pengetua dan akan dibincangkan pada mesyuarat akan
datang. Beliau juga menjelaskan bahawa semasa murid tingkatan 5 boleh bersemuka
pada tahun lepas, pihak sekolah telah menjalankan kelas tambahan dan memerlukan
dana untuk bahan cetak dan makanan murid. Beliau turut mengatakan supaya ibu bapa
tidak perlu khuatir dengan penggunaan duit PIBG kerana semunya direkodkan dengan
telus.
5.13 Usul daripada Pn. Razilah binti Abdul Razak

5.13.1 Beg berat kerana jadual waktu terlalu banyak, perlu sediakan loker
untuk murid simpan buku.
Maklum balas Tuan Pengetua:
Tuan Pengetua menyarankan supaya murid mengikut jadual waktu dengan betul. Isu
beg berat adalah isu nasional dan untuk pihak sekolah menyediakan loker memerlukan
kos yang besar. Sebagai solusi, beliau meminta supaya murid-murid meninggalkan
buku teks di dalam laci meja masing-masing memandangkan kelas tidak berkongsi.
Untuk mengakses buku teks di rumah boleh dibuat secara dalam talian dengan
menggunakan buku teks digital.

5.13.2 Pelepasan murid pada waktu balik dibahagikan kepada 2 waktu bagi
mengelakkan kesesakan.
Maklum balas Tuan Pengetua:
Tuan Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah telah berbuat demikian mengikut
SOP penyuraian murid. Waktu pulang berbeza bagi murid menengah rendah dan
menengah atas.

5.14 Usul daripada En. Norrashid bin Kulub Abdul

5.14.1 Tambah bilangan kipas dalam kelas.


Maklum balas Tuan Pengetua:
Tuan Pengetua memaklumkan pihak sekolah telah menggantikan 12 unit kipas dan
sedang mencari dana untuk menggantikan 34 unit kipas lagi. Kewangan sangat terhad
kerana terdapat juga keperluan lain yang lebih penting lagi.

5.15 Usul Pihak Sekolah

5.15.1 Yuran PIBG tahun 2022 masih kekal RM100 tetapi pengurangan nilai
bayaran Kecemerlangan Akademik bagi murid tingkatan 1 hingga 4.
Maklum balas YDP:
YDP PIBG menyokong bayaran sumbangan PIBG dan sumbangan Yuran
Kecemerlangan Tahun 2022 dikekalkan bagi Tingkatan 5, Tingkatan Peralihan dan
Pendidikan Khas. Jumlah sumbangan bagi Tingkatan 5 yang kekal tahun 2022 ini
adalah sebanyak RM100 dan Tingkatan Peralihan serta Pendidikan Khas adalah
RM65. Manakala bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4, pengurangan bayaran Yuran
16
Kecemerlangan kepada RM30 berbanding RM50 pada tahun 2021. Oleh itu, jumlah
yuran PIBG pada tahun 2022 bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 adalah sebanyak
RM80.

6.0 Ucapan Penangguhan

Encik Khairul Azmin bin Anang mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
pentadbir, barisan AJK PIBG dan semua ibu bapa yang hadir. Beliau menyokong
perancangan untuk laksanakan gotong-royong perdana dan meminta ibu bapa untuk
hadir dan sumbangkan tenaga atau kemahiran yang ada. Beliau turut mengalu-alukan
sebarang bentuk sumbangan seperti idea, material atau apa sahaja untuk membantu
membangunkan pelajar SMK Bukit Jana.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.48 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(AINA SHAFINA BINTI ZAINAL ABIDIN) (KHAIRUL AZMIN BIN ANANG)


Setiausaha PIBG, Yang Dipertua PIBG,
SMK Bukit Jana, Kamunting SMK Bukit Jana, Kamunting

17
LAPORAN TAHUNAN
(JANUARI 2022 – DISEMBER 2022)

BIL AKTIVITI PIBG


1 Program Memburu Bintang Calon SPM 2022
2 Program Transformasi Sekolah TS25
3 ASC Timetables PPKI
4 Sudut Maklumat KBAT Sekolah TS25
5 Cenderahati AJK PIBG
6 Program Intervensi Pelajar SPM 2022
7 Pendawaian Elektrik DI Wakaf TS25
8 Papan Tanda Parkir PIBG 2022
9 Sumbangan Makanan Kelas Tambahan Pelajar SPM 2022
10 Penyelenggaraan Kereta Kembara
11 Pendaftaran Baharu Nama Domain [smkbukitjana.edu.my] (Yuran Tahunan)
12 Set Portfolio PGB
13 Penyelenggaraan Wakaf TS25
14 Setem (HEM)
15 Sumbangan Majlis Penutupan Ihya'
 16 Ramadhan SMKBJ
17 Cabutan Bertuah Mesyuarat Agong PIBG 2022
18 Cenderahati Perasmi Mesyuarat Agong PIBG 2022
19 Sumbangan Majlis Hari Raya SMKBJ
20 Penyelenggaraan Sistem Kecemasan
21 Sewaan Lori Mengangkut Kerusi&Meja
22 Majlis Watikah Pelantikan Badan Tertinggi Kepimpinan Sekolah 2022
23 Pembelian Alatan Siaran Televisen Di Kantin SMK Bukit Jana
Sesi Libat Urus Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah 2022/2023
24 Peringkat Negeri Perak
25 Jamuan Makan Mesyuarat AJK PIBG 2022
26 Sumbangan Kepada Pemain Sofbol Ke MSSM 2022
27 Hari 1 STEM Mutiara Harapan
28 Pertandingan Tarian Tradisional Semarak Di Muzium Matang 2022
29 Kejohanan Sofbol Bawah 16 Tahun Perak 2022
30 Program Jalinan Kasih Sulaman Sayang PPKI SMK Bukit Jana 22/23
31 Jubah Konvo SMKBJ
32 Setem (HEM)
33 Pemasangan Dawai Tingkap Kelas SMKBJ
34 Kerja-Kerja Memotong Pokok Di Laluan Murid
35 Penyelenggaraan Elektrik
36 Penyelenggaraan Sekolah

BIL AKTIVITI KECEMERLANGAN AKADEMIK

18
1 Kecemerlangan Akademik SPM 2022
2 Kecemerlangan PT3 2019 (Tertangguh Akibat PKP)
3 Bahan-Bahan Memburu Bintang Tingkatan 5
4 Bilik Bahasa
5 Sudut Maklumat Sejarah KBAT
6 Teknik Menjawab Soalan Tamil
7 Makanan Kelas Tambahan Pelajar
8 Majlis Mohon Restu Pelajar Tingkatan 5
9 Majlis Apreasasi PPKI
10 Program STEM
11 Banners Info TS25
12 Pengurusan Bilik STEM
13 Jamuan Makan Program Kecemerlangan
14 Alat Bantu Mengajar Bahasa Tamil
15 Program Ihya' Ramadhan PPKI
16 Seminar Sejarah SPM 2022
17 Fail Hari Untuk Sijil SPM
18 Majlis Konvokesyen SPM 2021
19 Bengkel Pemantapan Sahsiah & Disiplin Murid Tamil
20 Program Motivasi Pelajar SPM
21 Karnival Bahasa Tamil Peringkat LMS
22 Program Sambutan Kemerdekaan 2022
23 Bengkel Teknik Menjawab Geografi
24 Majlis Aku Janji SPM 2022
25 Pembayaran White Board Bilik Peralihan
26 Banner Bagi Kecemerlangan Bahasa Melayu Dan Sejarah

BIL AKTIVITI KECEMERLANGAN KOKURIKULUM


19
1 Hari Apreasasi Kokurikulum & HEM
2 JANARIAN ECO-GREEN
3 Minuman Pelajar Program Larian Maya ECO-SCHOOLS Perak 2022
4 Peruncitan Kejohanan Bola Jaring
5 Seminar Kelab Pencegahan Jenayah
Kejohanan Catur Sekolah Menengah Peringkat Daerah Larut Matang &
6 Selama (MSSD) 2022
7 Pembelian Gitar Bagi Kebitaran SMKBJ
8 Program Kebitaraan Kesenian & Kebudayaan SMKBJ 2022
9 Majlis Perlimau Tapak Persatuan Silat Gayong
10 Program Jalinan Kasih Sulaman Sayang PPKI
Kejohanan Pembangunan Bola Jaring Peringkat Daerah Larut Matang &
11 Selama

BIL AKTIVITI KECEMERLANGAN SAHSIAH


1 Hari Apreasasi Kokurikulum & HEM
2 Banner Program Memburu Bintang
3 Majlis Hari Guru SMK Bukit Jana 2022
4 Kursus Pemantapan Pengawas Sekolah
5 Setem (HEM)
6 Kursus Kepimpinan Badan-Badan Tertinggi 2022

20
21
22
23
24
USUL MESYUARAT IBU BAPA/PENJAGA

NAMA IBU BAPA / USUL/ CADANGAN/


BIL NAMA MURID
PENJAGA PERTANYAAN
Membina bangku panjang
Hasbirabbi Wan Elmursyeed berbumbung di kawasan menunggu
1. Zakaria bin Mamat
(301)
murid.
1. Pembinaan gajah menyusur di
sepanjang laluan murid di tepi
jalan bagi mengelakkan dari
hujan dan panas.
2. Pihak PIBG boleh membuat
kerjasama atau gabungan
Nur Fatin Izzati bt Mazwan
2. Mas Sarah bt Awang Long PIBG SK Bukit Jana, Sek
(5UKM)
Agama Rakyat bagi mencari
dana untuk projek gajah
menyusur sebegai contoh di
SMJK Hua Lian 2.

1. Mohon bantuan RELA


mengawal lalu lintas semasa
pergi dan balik sekolah.
Nur Aisyah btAbdullah (105) 2. Menyediakan laluan
3. Hamzah bin Jodi
Nursyazrina bt Abd Halim (105) berbumbung untuk murid
keluar dan masuk ke kawasan
sekolah

Memohon bantuan RELA untuk


Maya Danischa (1 STEM)
4. Hadi Faizal bin Ahmad menjaga lalu lintas di luar kawasan
Mohamad Dhani Haikal (5USM)
sekolah.
5. Idzham Firdaous Idzulfiqar Fidaous (103) 1. Memandangkan lalu lintas
sesak setiap kali waktu pulang
anak-anak, maka dicadangkan
waktu balik secara
berperingkat untuk
mengelakkan kesesakan.
2. Selepas selesai persekolahan,
pihak sekolah mewajibkan
murid solat Zuhur secara
berjemaah terlebih dahulu.
3. Solat Zuhur berjemaah
diadakan dalam dua sesi bagi

25
membolehkan waktu balik
secara berperingkat.

1. Menyediakan lokar bagi


memudahkan dan
meringankan beban murid
2. Membaiki kemudahan telefon
Mohd Saiful Hayas bin Saidatul Zulaikhah bt Saiful awam untuk kemudahan murid
6.
Mispan Hayas (4UM) 3. Menjalankan kelas tambahan
dengan kerap sebelum
peperiksaan bagi membantu
murid membuat persediaan.

1. Ibu bapa parking kereta tidak


mengikut peraturan dan
sesuka hati sehingga
Kuganetharren a/l Muniandy menyebabkan kesesakan.
7. Muniandy a/l Supramanian
(PK5A) 2. Jalan besar di hadapan
sekolah berlubang-lubang dan
tidak rata.

1. Bergotong-royong
membersihkan kawasan
sekolah demi menjaga
kebersihan demi
8. Nor Faizah bt Mohd Noor Muhammad Haiqal Arraz (3B) kesejahteraan warga sekolah.
2. Makanan yang dijual di kantin
sekolah terlalu mahal dan
kurangkan tahap kepedasan
supaya murid tidak terjejas.

1. Mencadangkan agar waktu


tamat persekolahan di
awalkan.
9. Marina bt Mohamad Nuratiqah bt Azrul Fadli (105) 2. Harga makanan yang dijual di
kantin diharap berbaloi dengan
kualiti makanan.

1. Beg sekolah berat kerana


Natrisha Shabriah bt jadual waktu padat sehingga 7
10. Razilah Abdul Razak
Mohammed Raziff (203) mata pelajaran sehari.

1. Laluan jalan masuk ke sekolah


perlu diturap baru kerana
11. Saniah bt Mohamm Nurul Dayana bt Hamdan (102) keadaan jalan sedia ada
berlubang sana-sini.

26
USUL MESYUARAT SEKOLAH

BIL NAMA GURU USUL/ CADANGAN / PERTANYAAN

Pihak sekolah mencadangkan untuk menaikkan


1. Pn. Wan Anidah binti Wan Abdul Kadir wang kecemerlangan bagi semua kelas aliran
perdana dan PPKI.
Tingkatan 5 akan dinaikkan sebanyak RM20
menjadikan wang kecemerlangan Tingkatan 5
sebanyak RM120.
Tingkatan 1-4 akan dinaikkan RM20 menjadikan
wang kecemerlangan Tingkatan 1-4 sebanyak
RM100.
Kelas PPKI akan dinaikkan RM5 menjadikan wang
kecemerlangan Kelas PPKI sebanyak RM70.

Pihak sekolah mencadangkan agar ibu bapa


2. Pn. Masnah binti Marshad memberi keizinan untuk memotong rambut pelajar
yang tidak mematuhi peraturan sekolah setelah
diberi amaran sebanyak 3 kali.

27
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT JANA
34600 KAMUNTING
PERAK DARUL RIDZUAN Tel: 05-8839230
Faks: 05-8837139

KOD SEKOLAH : AEA6056


Portal:http://smkbjana.tripod.com
E-mail: AEA6056@moe.edu.my

Ruj. Kami : SMKBJ.100-13/1/4(14)


Tarikh : 17 Mei 2023

Kepada

Semua ibu bapa/penjaga


SMK Bukit Jana
34600 Kamunting,
Perak.

Tuan / Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-27, SESI 2023/2024

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk maklumat tuan/puan, mesyuarat Agung PIBG kali ke-27, sesi 2023/2024 akan diadakan seperti
ketetapan berikut:
Tarikh : 10 Jun 2023
Hari : Sabtu
Masa : 08:00 pagi
Tempat : Dewan SMK Bukit Jana

3. Antara agenda mesyuarat kali ini ialah:


i. Ucapan Pengerusi Mesyuarat
ii. Ucapan YDP PIBG
iii. Ucapan Penasihat PIBG
iv. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-26
v. Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG 2022/2023
vi. Membentang dan Mengesahkan Laporan Kewangan PIBG sesi 2022/2023
vii. Membincangkan Usul-Usul Bertulis
viii. Hal-hal Lain
ix. Ucapan Penangguhan

4. Sila lengkapkan Borang Jawapan Kehadiran dan Borang Usul yand disertakan. Borang Jawapan Kehadiran
dan Usul hendaklah dihantar kepada guru kelas selewat-lewatnya sebelum/pada 25 MEI 2023.

28
5. Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir dan Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

...................................................
(ROSLAN BIN HASSAN., A.C.M)
PENGETUA,
SMK Bukit Jana.

BORANG USUL MESYUARAT PIBG PIBG SMK BUKIT JANA KALI KE-27

Usul
1. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………

2. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………

3. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………

Nama pembawa usul : ________________________________________________________________________________


Nama anak : ________________________________________________________________________________
Kelas : _________________

BORANG KEHADIRAN
Saya _______________________________________________________________________________________ ibu bapa / penjaga
kepada murid ___________________________________________________________________________________________ akan hadir /
tidak hadir ke mesyuarat Agung PIBG SMK Bukit Jana kali ke-27 pada 10 Jun 2023.
Yang benar,
______________________
( )

29
LANTIKAN JAWATANKUASA
PIBG SESI 2023-2025
YANG DIPERTUA PIBG

NAIB YANG DIPERTUA PIBG

SETIAUSAHA
Cik Siti Nur Aqilah binti Zahari

BENDAHARI
Cik Nur Syamimi Amira Binti Rosidin

AJK IBU BAPA

1.
2.
3.
4.
5.

AJK GURU
Pn. Faridah Hanim binti Samsudin
Cik Keeratpeeth a/p Jaspal Singh
Pn. Zurida bt Kamarudin

JURU AUDIT DALAMAN


Pn. Suhaila binti Ab Mutalib
En. Mohd Zaidi Tan bin Abd Halim Tan

30

Anda mungkin juga menyukai