Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

SUDUT PIDATO 2.0


SK LKTP LINGGIU, KOTA TINGGI

DISEDIAKAN OLEH: CIK NOOR HALIZAH BINTI ISMAIL

GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA


KERTAS KERJA SUDUT PIDATO 2.0

SK LKTP LINGGIU, KOTA TINGGI

1.0 NAMA PROGRAM


Sudut Pidato 2.0

2.0 RASIONAL
Antara kemahiran terpenting yang harus dikuasai murid ialah kemahiran komunikasi.
Kebolehan istimewa yang menggabungkan kecekapan seperti petah berbicara,
matang dalam melontarkan idea dan pendapat serta berani lagi yakin apabila berada
di khalayak ramai. Ianya amat penting memandangkan dunia terbuka pada hari ini
memerlukan seseorang itu berkebolehan untuk mengeluarkan hujah yang bernas serta
pendapat yang matang. Justeru, sudut pidato 2.0 ini menjadi satu medan bagi
melahirkan murid-murid yang menguasai kemahiran komunikasi.

3.0 OBJEKTIF
i. Menggalakkan murid menggunakan sudut pidato dalam suasana pembelajaran
yang lebih santai.
ii. Membudayakan sikap yakin diri murid di mana sahaja mereka berada.
iii. Mewujudkan satu suasana pembelajaran yang akan mendorong murid lebih
bersemangat untuk menjadi murid yang terbilang dan cemerlang.
iv. Mendidik dan mendedahkan murid kepada kemahiran mengendalikan majlis atau
program.

4.0 MODUS OPERANDI SUDUT PIDATO 2.0


i. Terbuka kepada semua murid dan guru dan berpandukan jadual yang telah
ditetapkan.
ii. Aktiviti Sudut Pidato 2.0 dijalankan pada waktu rehat di Sudut Pidato SK LKTP Linggiu.
iii. Murid mengendalikan sepenuhnya aktiviti Sudut Pidato 2.0 dengan kawalan dan
bimbingan guru.
iv. Guru berkaitan boleh menggunakan Sudut Pidato semasa menjalankan sesi PdPc.

5.0 KUMPULAN SASARAN


Murid-murid dan guru-guru SK LKTP Linggiu.

6.0 TARIKH PELAKSANAAN


Februari hingga November 2019
7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Bil. Perkara Kuantiti Jumlah (RM)


1. Bunting 1 x RM 55 55
Jumlah 55

8.0 SUMBER KEWANGAN


PCG PSS

9.0 PELAKSANAAN
PENGERUSI : Pn. Norliza binti Ahmad (Guru Besar)
TIMBALAN PENGERUSI : Pn. Rozima binti Abu (GPK Pentadbiran)
NAIB PENGERUSI 1 : Pn. Norliza binti Salim (GPK Hal Ehwal Murid)
NAIB PENGERUSI 2 : En. Muhammad Rashid bin Othman (GPK Kokurikulum)
PENYELARAS : Cik Noor Halizah binti Ismail (Guru Perpustakaan & Media)

AJK GURU : Semua ketua panitia

AJK MURID

MASTER OF CEREMONY (MC) : Pengawas bertugas perhimpunan mingguan


PA SYSTEM : Muhammad Haziq Hazami bin Mazelan (6 Kreatif)
: Tineshwaran A/L Subramaniyam (6 Kreatif)
: Muhammad Afif Hazrieq bin Zulman (5 Kreatif)

10.0 PENUTUP
Semoga hasrat sekolah untuk memupuk sikap berani, yakin diri, berketrampilan,
berdikari dan bersemangat akan tercapai melalui kemudahan ini.
Disediakan oleh,

..................................................
(NOOR HALIZAH BINTI ISMAIL)
Guru Perpustakaan & Media
SK LKTP Linggiu

Disemak oleh,

..............................................................
(MOHAMMAD RASHID BIN OTHMAN)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK LKTP Linggiu,
Kota Tinggi

Diluluskan oleh,

.........................................
(NORLIZA BINTI AHMAD)
Guru Besar
SK LKTP Linggiu,
Kota Tinggi

Anda mungkin juga menyukai