Anda di halaman 1dari 15

TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN GURU (RETIREMENT FUNCTION: ADDRESS BY MASTER OF

CEREMONY)

(Q: ketibaan tetamu kehormat, Dato’ Bro. Vincent Corkery / En Joseph Michael Lee, Pengerusi PIBG)

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat: Yang Berbahagia Dato’ Bro. Vincent Corkery /

En. Joseph Michael Lee, Pengerusi PIBG SMK St Michael, Ipoh

(Q: setelah tetamu dan hadirin mengambil tempat)

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam sejahtera dan selamat pagi

Yang Berbahagia Dato’ Bro. Vincent, En. Joseph Michael Lee,

En. Phoon Chong Chee, Pengetua SMK St Michael, Ipoh

En. Mohd Zahir bin Ramli, Penolong Kanan

Drs. Rajendran Naidu, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Tan Cheng Choo, Penolong Kanan Tingkatan 6

Puan Hajah Normah, Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru Kanan, guru-guru

Pemimpin-pemimpin pelajar dan seterusnya pelajar yang dikasihi sekalian

Guru umpama bintang cemerlang

Walau bersara jasa dikenang

Hari ini, Selasa 22 Mac 2011 mencatatkan satu lagi lembaran sejarah bagi warga SMK St Michael,
Ipoh. Pada pagi ini kita meraikan seorang guru yang akan bersara secara rasminya bermula esok.
Majlis dimulakan dengan lagu Negaraku, diiringi oleh pasukan pancaragam sekolah. Hadirin diminta
bersedia.

(Q: selesai lagu)

Terima kasih. Bagi membacakan biodata guru yang diraikan, majlis dengan segala hormatnya
menjemput Puan Choong Sau Han ke pentas. Dipersilakan.

(Q: tunggu sehingga Pn. CSH mengambil semula tempat beliau)

Terima kasih Puan Choong Sau Han.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Tuan Pengetua, En. Phoon Chong Chee. Dipersilakan.

(Q: setelah pengetua mengambil semula tempat beliau)

Terima kasih tuan pengetua. Kini tiba masa yang dinanti-nantikan. Marilah kita bersama-sama
menghayati ucapan guru yang diraikan, Puan Tan Eng Sim. Majlis mempersilakan.

(Q: usai ucapan; tunggu hingga Pn Tan ES mengambil tempat)

Terima kasih Puan Tan Eng Sim.

Ucapan puan akan menjadi kenang-kenangan sekalian yang hadir dalam majlis pada pagi yang
hening ini. Sebagai tanda penghargaan warga SMI dan sebagai simbolik kenang-kenangan peribadi
Puan Tan Eng Sim yang telah berkhidmat begitu lama di SMI, majlis menjemput Puan Tan Cheng
Choo mengiringi Puan Tan Eng Sim untuk acara memotong kek. Dijemput.

(Q: usai acara potong kek)

Terima kasih Puan Tan Cheng Choo. Terima kasih Puan Tan Eng Sim.

(Q: dan kedua-dua Pn Tan mengambil tempat)

Sekarang, khas buat Puan Tang Eng Sim yang diraikan, terimalah persembahan pelajar SMI.

Persembahan pertama oleh Yee Jing Wah dan Young Hui Ling dari UA1 dengan deklamasi sajak

Diikuti persembahan kedua oleh kumpulan yang menamakan diri mereka Beh Heng Jian and The
Girls dengan koir berjudul "Music of my heart"

Persembahan terakhir ialah muzik harmonis pancaragam sekolah

(Q: tamat persembahan. Pelajar mengambil tempat)

Terima kasih kepada semua pelajar yang membuat persembahan.

Tuai padi antara masak

Esok jangan layu-layuan


Intai SMI antara nampak

Esok jangan rindu-rinduan

Perkhidmatan Puan Tan Eng Sim sebagai pendidik sepanjang lebih tiga dekad lamanya sangatlah
besar maknanya untuk negara. Sebagai tanda terima kasih pihak majikan, iaitu kerajaan Malaysia,
majlis dengan penuh takzim menjemput Tuan Pengetua, En. Phoon Chong Chee bagi menyampaikan
sijil perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Puan Tan Eng Sim.

Sekali lagi majlis mempersilakan Puan Tan Eng Sim naik ke pentas bagi menerima sijil berkenaan.

(Q: usai penyampaian sijil)

Terima kasih Tuan Pengetua. Puan Tan Eng Sim diminta tunggu sebentar.

(Q: setelah pengetua kembali ke tempat duduk)

Acara berikut ialah penyampaian cenderamata kenang-kenangan.

Majlis menjemput En. Joseph Michael Lee, Pengerusi PIBG menyampaikan cenderamata PIBG
kepada Puan Tang Eng Sim.

(Q: setelah En. Joseph ML mengambil tempat)

Majlis mempersilakan pula wakil Kelab Staf untuk menyampaikan tanda mata kenang-kenangan guru
dan kakitangan SMI. Dipersilakan En. Mohd Zahir bin Ramli, Penasihat Kelab Staf.

(Q: teruskan mengikut giliran)

Dijemput wakil-wakil tingkatan 3, 4, 5 dan 6 Atas.

Wakil-wakil kelab dan persatuan.

(Q: upacara berakhir, buat pengumuman)

Terima kasih Puan Tan Eng Sim. Terima kasih semua.

Acara sent off dimulakan. Murid tingkatan 3, 4 dan 5 diminta terus berada di tapak perhimpunan.

Kepada pelajar tingkatan 6 Atas sila beratur mengikut susunan yang akan diselaraskan oleh En. A.
Thedarajaran dan Puan Hajjah Zaleha.
Kampung Dermawan di Pulau Ara

Mari singgah menjengkal rotan

Walau puan akan bersara

Budi dan jasa kekal di ingatan

Bagi pihak majlis, saya mengucapkan selamat bersara buat Puan Tan Eng Sim. Salah dan silap harap
dimaafkan. Panjang umur murah rezeki kita bertemu lagi.

Wabillahi taufiq wal hidayah Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Bismillah………. Alham dulilliah.....

1. Yang berusaha Tn Pengetua SMT DSMZ, Pn Hjh Semah Bt Mohd Noh


2. Yang diraikan En Ismail B Mohamad dan Pn Hamidah Bt Mohammad
3. Yang dihormati Pn Hjh Patimah Bt Hj Othman Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah
4. En Abd Aziz B Abu, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
5. Pn Halimah Bt Hj Ahmad, Guru Penolong Kanan Ko kurikulum
6. Guru-guru Kanan Bidang,
7. Guru-guru cemerlang
8. Barisan guru mithali smt dsmz,
9. Dan para pelajar yang dikasihi lagi dirahmati sekelian

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Bershukur kita ke hadrat Illahi, dengan izin serta limpah kurnianya dapat kita bersama-sama
berhimpun pada pagi ini bagi meraikan MAJLIS PERSARAAN En Ismail B Mohamad DAN MAJLIS
PERPIndahan Pn Hamidah Bt Mohammad.

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,

Duduk bersama satu tujuan


Indah majlis gilang gemilang
Mohon doa kupohon tuhan
Semoga Majlis peroleh keberkat

Untuk itu, Majlis pada pagi ini dimulakan dengan bacaan doa. Jesteru, majlis mempersilakan Uz. Jaini
Bin Saiman untuk memimpin bacaan doa, dipersilakan.

Bacaan Doa

Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi.
**********************************************************************************
***************************
Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada ustadz Jaini Bin Saiman di
atas pimpimpinan bacaan doa itu tadi.

Yang berusaha tuan pengetua dan hadirin sekelian

Buat pengetahuan hadirin semua, Jika kita soroti perjalanan en ismail b mohamad di perkampungan
teknik datuk seri mohd zin ini, beliau merupakan seorang staf sokongan sekolah yang telah
berkhidmat di sini bermula pada tahun nov 1978. Bapa kepada 3 orang anak hasil perkongsian hidup
bersama permaisuri hati tercinta Pn Ani Bt mat jan ini sangat penyayang dan gigih berusaha. Banyak
suka duka yang telah dilaluinya selama 31 tahun sewaktu menabur keringat di bumi teknik
khususnya dalam pembangunan sekolah. Segala jasa dan pengorbanan tuan hanya tuhan sahaja
yang dapat membalasnya. Kini sudah sampailah detik waktunya beliau bersara dari sektor
perkhidmatan awam.

Tinggi bukit gilang-gemilang,


Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tak akan hilang,
Tetap menjadi kenang-kenangan.

Hadirin yang di hormati sekelian,

Warga teknik md zin juga bakal kehilangan seorang lagi staf sekolah berikutan perpindahannya di
atas kenaikkan pangkat. Pn hamidah mohd telah pun berhijrah di SMK Durian Tunggal. Majlis dengan
sukacitanya merakamkan sekalung tahniah di atas penghijrahan puan. Ibu kepada 8 orang anak ini
merupakan insan yang sentiasa di senangi oleh warga teknik berikutan sifatnya yang penyayang dan
bertanggungjawab tinggi terhadap tugas. Hasil sokongan padu suami tercinta en saat b bakar,
menjadikan pn hamidah menyahut cabaran untuk menjawat tugas lain yang lebih mencabar. Warga
teknik dengan sukacitanya mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa bakti yang dicurahkan
selama hampir 20 di perkampungan teknik md zin ini.
Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi puan kami tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati
Oleh itu diharapkan sentuhan majlis pada hari ini dapat di jadikan tanda kenang-kenangan di dalam
lipatan sejarah kalian berdua.

Warga dewan yang di rahmati sekelian,

Majlis meneruskan tirainya dengan mempersilakan Yang Berusaha Tn Pengetua SMTDSMZ, tuan Hj
Mohd Shaari Bin Hussain , untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
************************************ucapan Tn
pengetua*************************************

Demikianlah tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh Tuan Pengetua SMTDSMZ Tn Hj
Mohd Shaari Bin Hussain. Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Yang berusaha dan hadirin sekelian

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang di rai en ismail b mohamad untuk memberikan
ucapan, dipersilakan
**********************************************************************************
***************************
Terima kasih di atas ucapan en ismail sebentar tadi...

Tuai padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Inderagiri pasirnya lumat,


Kerang berjemur dengan lokan;
Bagaimana nabi kasihkan umat,
Begitulah kami kasihkan tuan.

Hadirin-hadirat yang dikasihi,

Majlis dengan penuh hormatnya menjemput Pn Hamidah bt mohd untuk memberikan ucapan.
Majlis mempersilakan....
**********************************************************************************
***************************
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Pn hamidah memberikan ucapan

Dewa sakti melayang ke Daik


Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa
Tanjung Katong airnya biru,
Tempat mandi si dara jelita;
Sama sekampung lagikan rindu,
Inikan lagi jauh dimata

Hadirin warga dewan yang dimuliakan,


Warga dewan yang dikasihi,

Sebagai tanda sanjungan budi untaian kasih dari warga SMTDSMZ , Pihak majlis sukacita dan
berbesar hati untuk memberikan cenderamata untuk yang dirai. Jesteru, majlis mempersilakan
dihormati Yang berusaha Tuan pengetua, Tuan Hj. Mohd. Shaari bin Hussein untuk menjemput dan
mengiringi en ismail b mohamad untuk menerima hadiah dan cenderamata.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan...

**********************************************************************************
***************************
Terima kasih diucapkan kepada en ismail b mohamad

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn Hamidah bt mohd untuk menerima
tanda kasih dari kami warga teknik datuk seri mohd zin, dipersilakan
Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha tuan pengetua dan pn hamidah atas
penyempunaan pemberian hadiah sebentar tadi.
Hadirin yang dimuliakan,

Ada pasang ada surutnya


Ada pangkal ada hujungnya
Ada hulu ada hilirnya
Ada pertemuan ada perpisahannya
Ada hilang ada gantinya
Ada awal ada akhirnya

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata tadi...majlis bakal melabuhkan tirainya


Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada
Yg berusaha Tn Pengetua dan Semua ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus dari mula hingga ke
akhirnya. Tidak lupa juga setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua warga teknik datuk seri
mohd zin yang telah memberikan sumbangan masa dan tenaga secara langsung atau tidak langsung
sewaktu menjayakan majlis ini. Apa yang kurang, maaf jua dipinta.

Harum baunya Si bunga cengkih


Dibawa orang dari ambon
Buang yang keruh ambil yang jernih
Jari disusun maaf dipohon.

BINTANG BARAT TERBITAN PETANG,


BINTANG T IMUR TERBITAN PAGI,
JIKATIDAK MELARAT PANJANG,
ADA UMUR KETEMU LAGI
Seterusnya majlis mempersilakan Tuan Pengetua dan tetamu kehormat untuk mengiringi yang dirai
En ismail dan pn hamidah ke bangunan bulat bagi menyempurnakan perarakan beramai-ramai
menaiki Jeep Khas ke pintu hadapan pagar sekolah untuk lambaian terakhir, majlis dipersilakan.
Para Pelajar di minta berdiri

EKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN

TEKS PENGACARA MAJLIS

“KASIH DISEMAI BAKTI DITUAI”


SEMPENA PERSARAAN TUAN HJ MAWARDI

Pagi yang indah penuh ceria. hari yang berbahagia penuh bermakna kita raikan Majlis “Kasih Disemai
Bakti Dituai” sempena persaraan Tuan Haji Mawardi PK Ko-kurikulum SKPBS,.
BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T

Yang Berusaha Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S). Yang Dihormati En. Mohammad
Saghir B. Mahmud, Guru Penolong Kanan 1, Pn. Bebee Arifa Bt. Said Rastan, Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim, Yang Dipertua PIBG SKPBS.
Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi PK Ko-kurikulum SKPBS,.
Seterusnya, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan ,Tuan Haji Mawardi PK Ko-kurikulum SKPBS

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh:

Ustaz Zuraimy B. Ali. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Zuraimy atas bacaan
doa itu tadi.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang ditaburkan oleh Yang
Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan
yang berakhir sebagai PK Ko-kurikulum SKPBS

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,


Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil murid Muhd Alif Ajwad Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Muhd Alif Ajwad atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan wakil guru En. Mohammad Saghir B.
Mahmud, ntuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohammad Saghir B. Mahmud, atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang Berusaha Pn Hajjah Rokiah B.
Ismail untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Berusaha Pn Hajjah Rokiah B. Ismail atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang dihormati Tuan Haji Mohd Nor
B. Ibrahim YDP PIBG untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada yang dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim YDP PIBG atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan sajak oleh Adik Abadiah dan multimedia
sempena persaraan Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman PK Ko-kurikulum SKPBS

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan sajak dan multimedia sempena persaraan
Yang Diraikan. Mudah-mudahan persembahan tersebut dapat memberi sumber inspirasi dan
kenang-kenangan buat kita semua.

Buah mengkudu buah bidara


Mari disimpan didalam dulang
Hari ini tuan genap bersara
Jasa baik tuan tetap dikenang

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Tuan Haji
Mawardi B. Othman PK Ko-kurikulum SKPBS. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji
Mawardi B. Othman atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan
daripada murid Tahun 4 A yang akan menyampaikan nasyid yang bertajuk Buatmu Guru. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Demikianlah tadi persembahan nasyid yang sungguh syahdu penampilan persembahan yang
cukup istimewa.

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan sketsa, persembahan daripada murid tahun 5A.
Dengan segala hormatnya di persilakan.

Begitu bersahaja murid-murid anak didik Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman
melakonkan watak guru kesayangan mereka.

Persemabahan seterusnya ialah persembahan pantun khas ditujukan untuk Yang Diraikan Tuan Haji
Mawardi B. Othman Dengan segala hormatnya di persilakan.

Demikianlah tadi persembahan pantun yang mencuit rasa dan menjadi ingatan untuk kita semua.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat
insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Tuan Haji Mawardi B. Othman

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Puan
Hjjh Rokiah B. Ismail,untuk mengiringi Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas.

Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah ,kelas 1 Arif, 1 Bestari, 2 Arif, 2 Bestari, 3 Arif, 3 Bestari,
4 Arif, 4 Bestari, 5 Arif, 5 Bestari, 6 Arif, dan 6 Bestari

Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati Pn Hjjh Rokiah Bt Ismail untuk
menyampaikan cenderamata daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SKBPBS.
Sekarang kita jemput Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim, Yang Dipertua PIBG untuk
menyampaikan cendamata kenang-kenangan kepada yang diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman

Sekarang kita jemput wakil pekerja untuk menyampaikan cendamata kenang-kenangan kepada yang
diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan Tuan
Haji Mawardi B. Othman’
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman atas
kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas
kesudian Yang Berusaha En. Saghir B. Mahmud, Guru Penolong Kanan mengiringi Yang Diraikan Tuan
Haji Mawardi B. Othman sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B.
Othman kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua
mendoakan agar Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman bertambah ceria dan bahagia di
dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” ini.
Di kesempatan ini juga, kami ingin menyampaikan seloka khusus buat yang diraikan Tuan Haji
Mawardi B. Othman.

Assalamualaikum pembuka bicara

Madah disusun mengungkap rasa

Suasana suram pagi yang hiba

Bagai mengerti gelodak jiwa

CikguMawardi panggilan mesra

Guru veteran yang banyak berjasa

Mendidik anak bangsa bukan sebentar cuma

Tiga dekad begitulah lama

Dari muda hingga berusia

Menjalankan tugas dengan setia

Menabur bakti mencurah jasa

Tak terbalas dek pelajar semua

Kini sudah tibanya masa

Berundur Cikgu Mawardi kerana bersara

Hilanglah permata yang berharga

Hilang seri hilang cahaya

Sudah biasa kita dengari

patah tumbuh hilang berganti

namun tak sama guru yang ini


Tak mungkin ada galang ganti

Kenangan manis kekal selamanya

Jasamu cikgu tak mungkin dilupa

Pemergianmu cikgu kami redha

Sudah suratan berpisah akhirnya

Sampai di sini seloka kami

Tidak berakhir hubungan ini

Silaturahim terus terpatri

Biarpun cikgu Mawardi tiada di sisi

Ampun dan maaf kami pinta

Andai pernah mengusik rasa

Jenguklah kami sekali sekala

Andai rindu datang menjelma

Semoga cikgu Mawardi sihat sejahtera

Menyusuri hari-hari yang ceria

Di samping beribadat pada yang Esa

Moga dilindungi Allah sentiasa.

Majlis sudah sampai ke penghujungnya, kami selaku pengacara ingin memohon ribuan kemaafan
andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Dengan ini, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita akan menyaksikan
upacara menanam pokok sebagai tanda ingatan kita yang tidak akan luput terhadap yang diraikan
Tuan Haji Mawardi B. Othman di SKPBS ini ,

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi
Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai