Anda di halaman 1dari 9

aaTEKS PENGERUSI MAJLIS

MAJLIS CERAMAH MENANGANI ISU BULI MURID DI SEKOLAH


RENDAH
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN BERIS LALANG BAGI TAHUN
2022

Tarikh: 8/12/2022
Masa: 10.45 pagi
PERKARA/ BUTIRAN
PEMBACA

Sebelum Biji selasih boleh dimakan,


Menjadi perisa sedap terperi;
Ketibaan Selamat datang kami ucapkan,
Tetamu Semoga ceramah sentiasa diberkati.

Ucapan Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, dan salam


alu-aluan sejahtera
Pengerusi
Majlis Yang Berusaha Puan Zurnaini bt Mohd Yusoff,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Beris
TAJUL Lalang
Yang Berusaha En. Mohd Zamashary bin Ash’ary
Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SK Beris Lalang
_______________________________________________
Ketua Polis Daerah Hilir Perak

1. Yang Berusaha Pn Najmiah binti Hanafi


Ketua Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan
(AADK) Daerah Hilir Perak

2. Yang Berusaha, Dr ______________________________


Pegawai Kesihatan Daerah Hilir Perak

3. Yang Berusaha, En Sayuti bin Ibrahim


Penolong Pengarah Unit Pendidikan Pencegahan
Dadah (PPDa)
Sektor Pembangunan Kemanusiaan
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

4. Yang Berusaha Tn Hj Shamsuddin bin Tajul Urus


Pengetua SMK Sungai Manik

5. Pengarah Kolej Vokasional Teluk Intan

6. Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Daerah


Hilir Perak

7. Pegawai-Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Hilir


Perak
8. Ahli Jawatankuasa PEMADAM Daerah Hilir Perak

9. Penghulu-penghulu Mukim

10. Guru-guru, pelajar-pelajar serta para hadirin sekalian

AIN Hadirin yang dihormati sekalian,

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana


dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama bersua
dalam majlis Pelancaran Hari Antidadah Peringkat Daerah Hilir
Perak Tahun 2019.

Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran dif-dif kehormat, serta


para jemputan ke majlis ini.

Pelancaran Hari Antidadah merupakan salah satu program yang


AIN dilaksanakan sebagai ingatan kepada semua tentang bahaya
ancaman dadah yang semakin berleluasa.

Pelancaran ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan minda dan


sikap antidadah dalam komuniti masyarakat dan komuniti
sekolah. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk
menyampaikan mesej dan informasi antidadah kepada orang
ramai melalui pelbagai strategi media.

Untuk makluman hadirin sekalian, program ini adalah salah satu


TAJUL strategi Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak dan Persatuan
Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Hilir Perak
dalam usaha memberikan pencegahan awalan kepada murid
dan juga masyarakat amnya. Bagaimanapun program ini akan
lebih berkesan sekiranya dapat dijayakan dengan kerjasama dan
sokongan pelbagai pihak serta agensi swasta dan NGO. Adalah
menjadi harapan pihak pengelola agar program ini dapat
merealisasikan hasrat mewujudkan “Pelajar Bebas Dadah”,
“Sekolah Bebas Dadah”, dan “Negara Bebas Dadah” terutama
sekali dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.

Bacaan Doa Bagi memberkati Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama
kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
AIN dibacakan oleh Al Fadhil Ustaz Sukri bin Sulaiman. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Al Fadil Ustaz Sukri bin Sulaiman atas bacaan doa itu
tadi.

Ucapan Hadirin yang dihormati,


Ketua
Pegawai PPD Buah Berangan simpan di para,
Para dibuat dari papan;
TAJUL Menjadi adat setiap acara,
Majlis dimula dengan ucapan.

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan ucapan oleh Tn Hj


Mohamed Shafie bin Abd Karim, PPT, Ketua Pegawai
Pendidikan Daerah Hilir Perak. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn Hj


Mohamed Shafie bin Abd Karim, PPT.

Ucapan Emas tempawan buatmu puteri,


Pengerusi Busana indah buat rupawan;
PEMADAM Sudilah Puan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.
AIN
Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya
mempersilakan Puan Marlia binti Mohd Belia , Pegawai
Daerah Hilir Perak Merangkap Pengerusi PEMADAM Daerah
Hilir Perak untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya Puan
Marlia binti Mohd Belia diminta untuk kekal berada di pentas bagi
acara berikutnya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Marlia binti Mohd Belia.

Gimik Kalau Tuan pikat kenari,


Pelancaran Jangan patahkan batang jerami;
Kepada Tuan sembah diberi,
TAJUL Mohon rasmikan majlis kami

Hadirin yang dihormati sekalian, Majlis seterusnya


mempersilakan tetamu-tetamu kehormat untuk bersama-sama
dengan Puan Marlia binti Mohd Belia bagi menyempurnakan
upacara gimik perasmian. Dipersilakan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Marlia binti Mohd
Belia dan tetamu-tetamu kehormat atas kesudian
menyempurnakan upacara gimik perasmian sebentar tadi.

Tayangan Dari Kedah pergi ke Perlis,


Montaj Singgah bersantai di tepi jeti;
Persembahan montaj menghias majlis,
Moga hadirin terhibur di hati.
AIN
Marilah kita bersama-sama menyaksikan tayangan montaj
yang telah disediakan oleh En Mohamad Khusaini bin Haris
Padillah dan En Michael Patrick Cornelius.
Terima kasih diucapkan atas tayangan montaj yang begitu
menarik sebentar tadi.
Persembahan Dari Johor ke Kuala Kedah,
Sarat bermuat buah pala;
AIN Berucap sudah perasmian pun sudah,
Marilah kita berhibur pula

Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan persembahan.


Lirik lagu dicipta oleh Pn Safiahafsah bt. Shaharuddin dan koir
dipimpin bersama-sama oleh Cik Wahida bt. Abd Wahab
serta Pn Mardiana bt. Yusof. Dengan mengambil melodi Anta
Permana, koir ini berkisarkan tentang semangat jati diri yang
perlu sentiasa teguh demi mengelakkan diri remaja daripada
terjerumus ke lembah dadah. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang cukup


menghiburkan itu tadi.

Penyampaian Berkebaya batik bewarna merah,


Sijil, Hadiah Diserikan dengan permata berlian;
dan Tibalah masa penyampaian anugerah,
Cenderamata Penerima teruja menunggu giliran.

TAJUL Bagi menyempurnakan majlis, dijemput Tn Hj Shamsuddin


bin Tajul Urus, Pengetua SMK Sungai Manik untuk
mengiringi Pn Marlia binti Mohd Belia bagi
menyempurnakan upacara penyampaian hadiah.
Dipersilakan.
(Rujuk senarai penerima hadiah)

Terima kasih diucapkan kepada Pn Marlia binti Mohd Belia


dan Tn Hj Shamsuddin bin Tajul Urus atas kesudian
menyampaikan sijil dan hadiah .

Nyanyian Hadirin sekalian,


Lagu Dadah Marilah kita bersama-sama mengalunkan lagu Dadah Durjana
Durjana bagi menyatakan sokongan kita terhadap pembanterasan najis
AIN dadah. Hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Dadah
Durjana dengan iringan muzik.

Terima kasih. Hadirin dipersilakan duduk

Sesi Tibalah kita ke acara kemuncak iaitu sesi bergambar sebagai


Bergambar tanda kenang-kenangan. Diminta para tetamu kehormat,
TAJUL Pengetua-Pengetua, Guru-guru Besar dan wakil untuk
mengambil tempat bagi sesi fotografi. Terima kasih.

Lawatan ke Hadirin sekalian,


Pameran Para tetamu dijemput untuk melawat ke sudut pameran yang
TAJUL terletak di Blok D. Untuk makluman hadirin, agensi yang terlibat
dengan pameran hari ini ialah
Perasmian ___________________________________________________
Sudut / ___________________________________________________
Laluan PPDa
SMK Sungai Seterusnya, acara terakhir pada hari ini ialah perasmian sudut
Manik dan laluan PPDa SMK Sungai Manik. Dengan itu, majlis
mempersilakan Puan Marlia binti Mohd Belia, tetamu-tetamu
Jamuan kehormat, Pengetua, Guru Besar dan wakil untuk bergerak ke
sudut dan laluan PPDa SMK Sungai Manik bagi
menyempurnakan majlis perasmian tersebut.

Bersurai Banyak keluk ke penarik,


AIN Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Demikianlah berakhirnya acara kita pada hari ini. Kami selaku


pengacara majlis menyusun sepuluh jari memohon kemaafan
atau keterlanjuran kata dan tingkah laku sepanjang
mengendalikan majlis hari ini.

Dari Kedah ke Pekan Sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah


Assamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai