Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

ACARA PERKARA CATATAN

Acara 1 Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati, Puan Siti Rosliza Binti Ibrahim ke dataran perhimpunan.
Ketibaan
Perasmi Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Acara 2 .‫ والصالة والسالم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين‬،‫الحمد هلل رب العلمين‬...‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬
Ucapan Yang Dihormati Puan Siti Rosliza Binti Ibrahim
pengacara Pengawai Penerangan Daerah Klang,
majlis
Yang Berusaha En Mohd Rozaidi Bin Azizan
Penolong Kanan Pentadbiran

Ustaz Maarof bin Mohd Mindar


Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

En Azman Bin Ali


Penolong Kanan Kokurikulum

1
Barisan tetamu jemputan, Barisan guru, pelajar-pelajar, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Salam Sejahtera,
Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana di pagi yang berbahagia dan ceria ini kita
dapat bersama-sama berkumpul bagi memeriahkan satu lagi program bersempena dengan sambutan
pelancaran bulan kemerdekaan ke 62 tahun Malaysia.

Selamat datang ke majlis Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Sekolah Kebangsaan Taman
Gembira bagi tahun 2019. Semoga penyatuan tekad dan semangat ini senantiasa diiringi dengan
kedamaian dan keamanan yang berpanjangan.

Dengan tema "Sayangi Malaysiaku;Malaysia Bersih", secara rasminya menunjukkan Malaysia akan
meraikan ulangtahun yang ke-62 , sekaligus menjadi lambang kematangan negara di bawah
kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi
pembangunan, kecemerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.

Acara 3 Hadirin yang dihormati sekalian,


Bacaan doa
Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan Al-Fadhil Encik Ngapan Bin Alias untuk memimpin
bacaan doa. Dipersilakan.

2
*** bacaan doa

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Fadhil Encik Ngapan Bin Alias atas bacaan doa
itu tadi.

Acara 4 Hadirin yang dihormati Allah sekalian


Ucapan
pengetua Bagi meneruskan majlis sambutan Ambang Merdeka pada pagi ini, dengan sukacitanya dijemput Yang
Berusaha Encik Rozaidi Bin Azizan ke pentas untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

***ucapan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Rozaidi b Azizan atas ucapan itu tadi.

Acara 5
Ucapan Keris melayu lambang pusaka,
perasmian Tapak sirih lambang sejahtera,
Negara sudah aman merdeka,
Hidup rakyat bergaul mesra.

3
Ayam jantan lawan berlaga,
Bebas merdeka dari sengsara,
Maruah kita hendaklah dijaga,
Benteng kuat pertahankan Negara

Hadirin yang dimuliakan,

Tanpa membuang masa, majlis dengan penuh takzim, menjemput dan mempersilakan, Yang Dihormati
Puan Siti Rosliza Binti Ibrahim PEgawai Penerangan Daerah Klang untuk menyampaikan ucapan,
sekaligus merasmikan Majlis Sambutan Ambang Merdeka peringkat SK Taman Gembira tahun 2019.
Dipersilakan.

***ucapan

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Puan Siti Rosliza atas kesudian menyampaikan
ucapan dan merasmikan majlis sebentar tadi.

Acara 6 Para tetamu dan hadirin yang dihormati sekalian,


Gimik
merdeka Majlis pelancaran bulan kemerdekaan pada hari ini, tidak lengkap tanpa ada gimik perasmian.
Oleh itu, ayuh kita saksikan perbarisan lintas hormat bendera Jalur Gemilang oleh pasukan
pengakap sekolah.

4
Para hadirin diminta berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku dan seterusnya bersama-sama
melaungkan Merdeka, merdeka merdeka sebanyak 7 kali yang akan dipimpin oleh Cikgu Mohd Taufik
A Rahman.
***gimik
Hadirin dipersilakan duduk.

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Pasukan Pengakap Sekolah Kebangsaan
Taman GEmbira di atas gimik perasmian sebentar tadi.

Acara 7 Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,


Pemotongan
Pulut Kuning Meneruskan tertib acara, majlis dengan ini menjemput Yang Dihormati Puan Siti Rosliza Binti
Merdeka Ibrahim Pegawai Penerangan Daerah Klang diiringi oleh Guru-guru Penolong Kanan dan tetamu
jemputan untuk sama-sama memotong pulut kuning Merdeka di atas pentas. Majlis dengan ini
mempersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian menyempurnakan acara memotong pulut
kuning Merdeka itu tadi.

Acara 8
Persembahan Bagi memeriahkan majlis pada hari ini, majlis diteruskan dengan persembahan oleh para pelajar SK
pelajar Taman Gembira. Untuk itu, marilah kita saksikan persembahan silat dan taekwando yang
disampaikan oleh Adik …………………………………………………………………………………………………………. . Dipersilakan.

5
Terima kasih kepada ……………………………………….. atas persembahan itu tadi

Untuk persembahan seterusnya, adalah persembahan nyanyian lagu-lagu patriotic . Dengan itu,
tanpa melengahkan masa, majlis menjemput ……………………………………………………………………………………
untuk mempersembahkan sebuah lagu berjudul ……………………………………………………………………………
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas persembahan yang menghiburkan itu tadi.

Acara 9 Hadirin yang dihormati sekalian,


Nyanyian
lagu Bagi menghangatkan lagi majis pada hari ini, marilah sama-sama kita berdiri untuk menyanyikan
patriotik beberapa buah lagu patriotik. Dimulai dengan lagu Tanggal 31, seterusnya diikuti dengan lagu Jalur
Gemilang, Lagu Warisan dan diakhiri dengan lagu Tema Kemerdekaan 2019.

***nyanyian

Terima kasih kepada semua atas nyanyian lagu patriotic. Kita sebenarnya terhutang budi kepada
tokoh-tokoh kemerdekaan yg telah menempuh pahit getir untuk membebaskan negara daripada
belenggu penjajah. Kemerdekaan yang dikecapi ini, haruslah kita pelihara dan pertahakan walau ke
titisan darah yang terakhir.

6
Acara 10 Hadirin sekalian,
Seterusnya adalah acara penyampaian cenderamata tanda kenangan –kenangan. Oleh itu, majlis
sukacitanya menjemput Yang BErusaha Encik Rozaidi Bin Azizan untuk menyampaikan cenderamata
tanda penghargaan kepada Yang Dihormati Puan Siti Rosliza Binti Ibrahim Pegawai Penerangan
Daerah Klang diatas kesudian hadir merasmikan majlis kita pada pagi ini.
Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas penyampaian cenderamata itu tadi

Acara 11 Dengan berakhirnya upacara penyampaian cenderamata sebentar tadi, maka majlis kita akan
Penutup berehat sebentar. Saya mewakili jawatankuasa penganjur memohon kemaafan atas segala
kekurangan dan kesilapan sepanjang majlis ini dijalankan.

Sama-sama kita berdoa agar kita terus merasai nikmat kesejahteraan dan keselamatan yang
berterusan, terhindar dari segala keburukan, kemungkaran mahupun kemaksiatan agar kita terus
dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta ini.

Marilah, dengan penuh semangat, ayuh kita laungkan kalimah keramat MERDEKA sebanyak 7 kali

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA.

Terima kasih.

WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH. WASSALAMUALAIKUM WBT…

7
8

Anda mungkin juga menyukai