Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PERASMIAN MICF 2019.


29 NOVEMBER 2019
OLEH : MUZAKKIR MOHD NOOR

AGENDA TEKS PENGACARAAN CATATAN


Acara 1 Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tn. Hj.
Mohd Ajib b Ismail diiringi dif dif kehormat tampil ke
Ketibaan Perasmi hadapan pentas.

Acara 2 Bismillah.
Assalamualaikum wbt
Ucapan Alu-aluan
Pengerusi Majlis Adat kita menyambut tetamu
Salam dihulur mesra bertamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Pemanis bicara aluan didahulu

1- Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd Ajib b Ismail


Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan

2- Cik Naquiah Noor


Ketua Strategi Pemasaran Media Karangkraf

3- Yang Berusaha Puan Dayang Lily Maznah


Abang Muas
Pengerusi Malaysia Islamic Children’s Fair
(MICF)

4- Yang Berusaha Tuan Sheikh Faisal Sheikh


Mansor
Pengarah Projek MICF

Barisan Ahli Lembaga Pengarah Zurriyat Venture,


Dato’-Dato’, Datin-Datin, Rakan-Rakan Media, Penaja
,NGO, rakan Pempamer, Tuan-tuan, Puan-puan
seterusnya hadirin yang dihormati sekalian.

Selamat Datang ke Majlis Perasmian Malaysia Islamic


Children’s Fair kali ke 8 tahun 2019.
Marilah sama-sama kita mulakan majlis pada hari ini
dengan bacaan Ummul Furqan Al-Fatihah.

Ke Pekan Kuala membeli bingka


Sayang pesanan terlupa sudah
Majlis Bermula tirai dibuka
Dengan alunan madah yang indah

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah


dan izinNya, dapatlah kita bersama-sama di majlis
perasmian Pesta Kanak-kanak Islam Malaysia ke 8
2019 (MICF 2019) . Pesta tahunan ini akan
berlangsung selama 3 hari yang bermula 29
November hingga 1 Disember 2019 di Masjid
Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. MICF ini
dianjurkan oleh Zurriyat Ventures Sdn Bhd dan
mendapat sokongan dan tajaan daripada pelbagai
pihak. Pelbagai pameran dan aktiviti menarik telah
disediakan sepanjang penganjuran 3 hari ini antara
nya Pertandingan Bercerita, Young Muslim Talent,
Pencarian Huffaz Cilik, , Kemunculan Didi & Friends,
Omar dan Hana dan sebagainya.

Acara 3 Hadirin dan Hadirat sekalian

Bacaan Doa Bak kata pepatah,

Kalau kaya harapkan hartanya


Kalau bijaksana harapkan ilmunya
Kalau kuat harapkan tenaganya
Kalau pemuda harapkan semangatnya
Kalau berladang harapkan berasnya
Kalau beramal harapkan barakahnya

Bagi menambah keberkatan, majlis dengan


sukacitanya mengundang
Ust ..........................................................
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

*************bacaan doa****************

Jazakallah kahiran kathira. In shaa Allah, semoga


dengan bacaan doa tadi, majlis kita ini akan sentiasa
mendapat rahmat dan keberkatan.

Bagi lebih memberkati Majlis, marilah kita sama-


sama menghayati bacaan Al-Quran daripada Adik
Muhammad Andra Al Iman b Mohd Zebby berusia 11
tahun dari Darul Quran wal Hadith As Sofa Ampang,
Beliau akan memperdengarkan bacaannya dari surah
________________ bermula ayat _____________.
Fa Ya Tafadhol Masykura

*************bacaan Al-Quran****************
Begitulah alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang
dibacakan oleh Adik Muhammad Andra Al Iman b
Mohd Zebby. Sebagai makluman, adik Andra telah
khatam hafalan 30 Juz semasa umur 9 tahun.

Majlis mengucapkan terima kasih di atas bacaan Al-


Quran sebentar tadi. Semoga kita semua dapat
menghayati maksud bacaan itu tadi

Seterusnya, marilah kita menyaksikan persembahan


percussion daripada TKC Educare mewakili Persatuan
Tadika Islam Malaysia PERTIM.

Dipersilakan.

Tepukan yang gemuruh untuk persembahan yang


menarik daripada adik-adik TKC Educare.
Terima kasih

Acara 4
Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan
Ucapan Pn Lily & Yang Berusaha Puan Dayang Lily Maznah Abang
Perasmi Muas, Pengerusi MICF. Dipersilakan.
************ ucapan vip****************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ,


Yang Berusaha Puan Dayang Lily Maznah Abang
Muas,atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar
tadi.

***************ucapan perasmian*************

Sudilah tuan jalan berlapan


Jalan berlapan di malam kelam
Sudilah tuan beri ucapan
Ucapan perasmian pemanis kalam

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian


yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Tn Hj
Mohd Ajib b Ismail , Ketua Pengarah JAWI seterusnya
merasmikan Pesta Kanak – Kanak Islam Malaysia ke 8
2019. DIpersilakan

************ Tamat Ucapan****************

Majlis mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Mohd


Ajib b Ismail , , untuk berada di tengah pentas dan
menjemput
1- Yang Berusaha Puan Dayang Lily Maznah
Abang Muas
2- Yang Berusaha Tuan Sheikh Faisal Sheikh
Mansor
3- Serta barisan Ahli Lembaga Pengarah
Zurriyyat Venture Sdn Bhd
Untuk bersama-sama merasmikan MICF 8 2019.

Maka, Rasmilah sudah Pesta Kanak-Kanak Islam


Malaysia kali ke 8 tahun 2019.

.
Terima kasih diucapkan kepada
1- Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Ajib b Ismail
2- Yang Berusaha Puan Dayang Lily Maznah
Abang Muas
3- Yang Berusaha Tuan Sheikh Faisal Sheikh
Mansor
4- Dan ahli lembaga pengarah Zurriyat Venture
Di atas penyempurnaan Majlis Perasmian Pesta
Kanak – Kanak Islam Malaysia ke 8 tahun 2019.

Acara 5 Baiklah, majlis diteruskan lagi dengan persembahan


kanak-kanak dari dua pusat jagaan Kanak-Kanak iaitu
Persembahan Pusat Jagaan Ibu Ana dan Pusat Jagaan Sayang Ibu.
Mereka akan mempersembahkan Tarian Jong Jong
Inai dan Nasyid Iman Mutiara.

Majlis mempersilakan.
Tepukan gemuruh untuk persembahan tadi. Terima
kasih dan tahniah kepada anak-anak Pusat Jagaan
Ibu Ana dan Pusat Jagaan Sayang Ibu.

Acara 6 Hadirin sekalian, dengan berakhirnya persembahan


tadi, kita telah pun berada di penghujung acara
Penutup
Gugur menguning buah kuini,
Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja
Sebarang kelemahan harap dimaaf
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.

Kami bagi pihak ahli jawatankuasa MICF 2019


merakamkan ucapan terima kasih kepada semua
pihak yang memberikan kerjasama terutama Yang
Berbahagia Tn Hj Mohd Ajib b Ismail dalam
menjayakan majlis pada hari ini. Semoga hadirin
sekalian dapat memanfatkan peluang sepanjang 3
hari ini di MICF 2019.

Akhir kalam,kita tutup majlis kita dengan tasbih


kafarah dan surah al-asr..

Sekian, wabilahitaufiq walhidayah ilal liqa ma’as


salamah.

Acara 11 Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahagia -


Tn Hj Mohd Ajib b Ismail
Melawat tapak dengan diiringi Yang Berusaha Tuan Sheikh Faisal
pameran Sheikh Mansor
untuk melawat tapak pameran seterusnya ke Majlis
jamuan yang telah disediakan. Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai