Anda di halaman 1dari 5

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.

t, dan salam sejahtera

Melayang Serindit di atas permatang,

Merbah berkicau di hujung muara;

Pemanis kata selamat datang,

Awal basmalah pembuka bicara.

1. Yang Berusaha, En. Md Yazid Bin Yusof, Guru Besar SK Melayu Raya
2. Yang Dihormati, En Mohamad Hilmi Bin Ismail, Guru Penolong Kanan 1,
3. Yang Dihormati, Pn. Hamidah Binti Ibrahim, Guru Penolong Kanan HEM,
4. Yang Dihormati, Pn. Azurawati Bt Abdullah, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum,
5. Barisan warga pendidik SK Melayu Raya
6. Seterusnya murid-murid yang dikasihi sekelian.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan


kurnianya dapat kita bersama-sama bersua dalam majlis Pelancaran Hari Antidadah
Peringkat Sekolah Tahun 2023.

Pelancaran Hari Antidadah merupakan salah satu Program yang dilaksanakan sebagai
ingatan kepada semua lapisan masyarakat tentang bahaya ancaman dadah yang
semakin berleluasa.

Pelancaran ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan minda dan sikap antidadah dalam
komuniti masyarakat dan komuniti sekolah. Di samping itu, program ini juga bertujuan
untuk menyampaikan mesej dan informasi antidadah kepada orang ramai melalui
pelbagai strategi media.

Untuk makluman hadirin sekalian, program ini adalah salah satu strategi Pejabat
Pendidikan Daerah Pontian dalam usaha memberikan pencegahan awalan kepada
murid dan juga masyarakat amnya. Bagaimanapun program ini akan lebih berkesan
sekiranya dapat dijayakan dengan kerjasama dan sokongan pelbagai pihak serta
agensi swasta dan NGO. Adalah menjadi harapan pihak pengelola agar program ini
dapat merealisasikan hasrat mewujudkan “Pelajar Bebas Dadah”, “Sekolah Bebas
Dadah”, dan “Negara Bebas Dadah” terutama sekali dengan sokongan dan kerjasama
daripada semua pihak.

DOA

Bagi memberkati Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Al Fadhil Ustaz Ridzwan Bin
Rohhani. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz
Ridzwan Bin Rohhani atas bacaan doa itu tadi.

TAKLIMAT PROGRAM

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan Taklimat Program Minggu AntiDadah yang akan
disampaikan oleh En Ruhaijan Bin Tuminan . Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Ruhaijan Bin Tuminan
diatas Taklimat Program Minggu Anti Dadah sebentar tadi.

UCAPAN PERASMIAN

Emas tempawan buatmu puteri,

Busana indah buat rupawan;

Sudilah Puan/Tuan tampilkan diri,

Bersama madah kata aluan.

Seterusnya, Majlis akan diteruskan dengan ucapan perasmian Minggu AntiDadah 2023
yang akan disampaikan oleh En. Md Yazid Bin Yusof, Guru Besar SK Melayu Raya.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar En. Md Yazid Bin Yusof diatas
ucapan sebentar tadi.

DEKLAMASI SAJAK

Dari Johor ke Kuala Kedah,

Sarat bermuat buah pala;

Taklimat sudah berucap pun sudah,

Marilah kita berhibur pula

Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan persembahan. Deklamasi Sajak yang
akan disampaikan Oleh En Mohd Zulhakimie Bin Zulkifli. Deklamasi Sajak ini
berkisarkan tentang semangat jati diri yang perlu sentiasa teguh demi mengelakkan diri
anak-anak muda daripada terjerumus ke lembah dadah. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas persembahan Deklamasi Sajak yang cukup bertenaga
menghiburkan itu tadi.

PERSEMBAHAN SYAIR

Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan persembahan. Syair yang akan
disampaikan Oleh Wakil Murid Tahun 6 Arif. Dijemput Adik ……………………………….
Tampil membacakan Syair AntiDadah bertajuk…………………………….. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas persembahan Syair yang cukup bertenaga dan
menghiburkan itu tadi.

IKRAR ANTIDADAH

Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan Ikrar AntiDadah yang akan disampaikan
Oleh Wakil Ketua Murid, dijemput Adik ……………………………………….. untuk
Bacaan Ikrar.
Terima Kasih diucapan kepada Wakil Murid Adik……………………………………. Diatas
Bacaan Ikrar sebentar tadi.

NYANYIAN LAGU “DADAH DURJANA”

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan Nyanyian “Dadah Durjana”.Marilah kita bersama-sama


mengalunkan lagu Dadah Durjana bagi menyatakan sokongan kita terhadap
pembanterasan najis dadah. Hadirin diminta untuk menyanyikan bersama-sama
dengan iringan muzik.

MAJLIS BERSURAI

Banyak keluk ke penarik,

Keluk tumbuh pohon kuini;

Nan elok bawalah balik,

Nan tak elok tinggallah di sini.

Demikianlah berakhirnya acara kita pada hari ini. selaku pengacara majlis, saya
menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atau keterlanjuran kata dan tingkah laku
sepanjang mengendalikan majlis hari ini.

Dari Kedah ke Pekan Sari,

Beli suasa di Kota Tinggi;

Selesai sudah tugas diberi,

Di lain masa bersua lagi.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah

Assamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai