Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH PERINGKAT SEKOLAH

TAHUN 2023

Que Teks
Ucapan aluan
Sirih berlipatsirih pinang,
sirihdaripulaumutiara;
pemanis kata selamat datang,
awal bismillah pembukabicara.

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi

Yang Dihormati
Sarjan Muhamad Amary bin Punijan
Pegawai Perhubungan Sekolah
Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar

Yang berusaha,
Tn Hj Abdul Rahim bin Awang
Guru Besar SK Pusat Air Tawar

Tn Hj Maarop bin Mohamad


Penolong Kanan Pentadbiran,

1
En Md Syaifful bin Md Seth
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Tn Hj Azmi bin Arazad


Penolong Kanan Kokurikulum,

_________________________
Wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Guru-guru kanan, guru-guru dan seterusnya murid-murid yang


dikasihi sekalian.

Sebelum majlis dimulakan, diminta semua hadirinbersedia


untuk menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Johor dan Lagu
Nyanyian lagu Sekolah.

Semua hadirin diminta berdiri.


Berikutnya, majlis mempersilakan saudara
Azeem Nazaimie bin Jaapar untuk mengetuai bacaan ikrar
rukun negara. Dipersilakan.
Bacaan Ikrar Rukun
Negara
Terima kasih diucapkan kepada saudara Azeem. Semua hadirin
dipersilakan duduk.

2
Hadirin yang dimuliakan,

Intan permata cantik tersemat,


Dihias indah corak melati,
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasadiberkati.

Bagi menambah, keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah


Bacaam doa sama-sama kita menadah tangan, mengaminkan doa, yang akan
dibacakan oleh Ustaz Bukhari bin Abdullah.
Majlis dengan segala hormatnyamempersilakan.

**********************Bacaan
Doa**********************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepadaUstaz Bukhari


atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan Aluan Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada pagi ini, kita berkumpul di Tapak Perhimpunan dengan


satu tujuan yang sama iaitu Pelancaran Duta Sahsiah
Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat
Sekolah Tahun 2023. Pelancaran ini akan mengangkat murid
sebagai duta yang merupakan pemegang taruh terbesar selain
3
guru, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD).

Penganjuran majlis ini bertujuan memantapkan kerjasama


antara Kementerian Pendidikan Malaysiadengan Polis Diraja
Malaysia. Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah melalui
penglibatan pegawai PDRM sebagai Pegawai Perhubungan
Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM dalam membantu
menangani isu salah laku disiplin murid sekolah.

Sehubungan dengan itu, pelantikan murid sebagai Duta Sahsiah


pada peringkat sekolah dapat menggagaskanoptik lebih jelas
mengenai hala tuju sahsiah murid dalam menguar-uarkan Garis
Panduan Salah Laku Seksual di Institusi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Garis Panduan Salah
Laku Buli di Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan
Ucapan Pegawai
Perhubungan Malaysia.
Sekolah
Hadirin sekalian,

Perahu kolek di hilir tanjung,


sarat bermuat kayu jati,
salam tersusun sirih junjung,
Amanat tuan kami amati

4
Hadirin yang dimuliakan,

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan oleh,


Yang Berusaha Tn Hj Abdul Rahim bin Awang Guru Besar
Sekolah Pusat Air Tawar untuk memberikan ucapan alu-aluan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**********************Ucapan
PPS**********************

Terima kasih diucapkan kepada Tuan atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Para guru dan murid sekalian…


PerasmianPelancara
n Bagi meneruskan majlis pelancaran pada pagi ini, majlis dengan
sukacitanya menjemput
Yang Dihormati, Sarjan Muhamad Amary bin Punijan
Pegawai Perhubungan Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar

untuk menyampaikan ucapan dan sekaligus melancarkan Duta


Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah
Peringkat Sekolah Tahun 2023. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

5
*********************Ucapan
Perasmian**********************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


___________________ di atas ucapan dan perasmian yang
telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Tibalah kita pada acara kemuncak, iaitu Gimik Pelancaran Duta


Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah
Peringkat Sekolah Tahun 2023, dijemput sekali lagi Yang
Berusaha Tn Hj Abdul Rahim bin Awang bersama-sama
dengan Yang Dihormati Sarjan Muhamad Amary bin Punijan
untuk menyempurnakan upacara gimik pelancaran.
Gimik pelancaran

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********************Gimik
Pelancaran**********************

Terima kasih diucapkan kepada semua yang menyempurnakan


pelancaran sebentar tadi.

Mesej Duta Sahsiah Sebagai simbolik selepas dilantik, majlis menjemput wakil Duta
6
untuk menyampaikan sedikit pesanan ringkas untuk ingatan
semua.
Dijemput Azeem Nazaimie bin Jaapar untuk membacakan
Mesej Pesanan khidmat masyarakat berkaitan Gangguan
Seksual. Dipersilakan

Terima kasih saudara azeem atas penyampaian mesej sebentar


tadi.

Seterusnya majlis menjemput, Zulaika binti Zakaria untuk


membacakan Mesej Pesanan khidmat masyarakat berkaitan
buli. Dipersilakan

Terima kasih saudari zulaika atas penyampaian mesej tersebut

Sebelum mengakhiri majlis, satu acara sesi bergambar akan di


adakan. Oleh itu, saya mempersilakan semua hadirin bersedia
untuk mengambil gambar.
Bersurai
Sebelum bersurai, saya menyusun jari sepuluh memohon maaf
seandainya ada terkasar bahasa tersalah bicara semasa
mengendalikan majlis ini. Sekian. Wbt.

Anda mungkin juga menyukai