Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PELANCARAN MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN

PEMBENTUKAN KARAKTER INSANIAH


PERINGKAT SK TAMAN MIDAH 2

ATUR CARA SKRIP PENGACARA


Indah berarak si awan petang,
UCAPAN ALUAN
Berarak di celah pepohon ara,
PENGACARA MAJLIS
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara

Bismillahurrahmanirrahim
Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh

Yang Berusaha En. Rosli bin Juhari @ Zahari (Guru Besar SK Taman
Midah 2)

Yang Berbahagia Sarjan Mejar Mohd Shahir Bin Shafiin (Pegawai


Perhubungan Sekolah)

Yang Dihormati En. Mohd Nasir bin Ramli (Guru Penolong Kanan
Pentadbiran),

Yang Dihormati En. Ishak bin Bidin (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid),

Yang Dihormati En. Irwan bin Mokhtar (Guru Penolong Kanan Pendidikan
Khas)

Guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Berlari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan


limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama dalam MAJLIS
PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN
KARAKTER INSANIAH PERINGKAT SK TAMAN MIDAH 2

NYANYIAN LAGU Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Wilayah Persekutuan,
dan lagu sekolah. Untuk itu, hadirin diminta berdiri.

(NYANYIAN LAGU)

Hadirin yang dihormati, majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar Rukun
Bacaan Ikrar Rukun Negara
Negara.

Untuk itu, dijemput _________________________


___________________________________, _______________________
_________________________________untuk mengetuai bacaan ikrar
Rukun Negara.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


(bacaan ikrar Rukun Negara)
Terima kasih diucapkan kepada semua murid atas bacaan ikrar sebentar tadi.

Hadirin dipersilakan duduk.


Hadirin yang dihormati,
BACAAN DOA
Intan permata cantik tersemat,
Dihias indah corak melati,
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan


mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Azmi Azwan bin
Mohd Azmi

Dengan segala hormatnya mempersilakan.

***** (DOA)
UCAPAN GURU BESAR Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustaz Azmi Azwan
bin Mohd Azmi atas bacaan doa sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan ucapan oleh Yang Berusaha En.
Rosli bin Juhari @ Zahari (Guru Besar SK Taman Midah 2. Majlis dengan
hormatnya mempersilakan.

(UCAPAN GURU BESAR)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada En. Rosli bin Juhari @
Zahari atas ucapan beliau sebentar tadi.
Seterusnya, majlis menjemput Sarjan Mejar Mohd Shahir Bin Shafiin
UCAPAN PERASMI
(Pegawai Perhubungan Sekolah) menyampaikan ucapan sempena MAJLIS
PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN
KARAKTER INSANIAH
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

(UCAPAN SARJAN MEJAR)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Sarjan Mejar Mohd Shahir
Bin Shafiin (Pegawai Perhubungan Sekolah) atas ucapan sebentar tadi.
Hadirin yang dihormati, bagi meneruskan majlis pelancaran pada pagi ini,
BACAAN TEKS UCAPAN
majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Dihormati En. Ishak bin Bidin
MENTERI PENDIDIKAN
untuk membacakan teks Ucapan Menteri Pendidikan Malaysia Sempena
MALAYSIA
Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah
Insaniah Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Ishak bin Bidin di atas
GIMIK PELANCARAN
ucapan dan perasmian yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Tibalah kita pada acara kemuncak, iaitu Gimik Pelancaran Duta Sahsiah
Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat Sekolah
Tahun 2023, dijemput sekali lagi Yang Berusaha
____________________________________________ bersama-sama
dengan Yang Dihormati ................................diiringi oleh barisan pentadbir
untuk menyempurnakan upacara gimik pelancaran .

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


*********************Gimik Pelancaran**********************

Terima kasih diucapkan kepada semua yang menyempurnakan pelancaran


sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil dan cenderahati. Untuk itu,
PENYAMPAIAN SIJIL
majlis menjemput En. Rosli bin Juhari @ Zahari (Guru Besar SK Taman
Midah 2.) untuk menyampaikan sijil dan cenderahati.

(Gimik Penyerahan Modul Mentor Mentee)

Dijemput ...................................

Terima kasih diucapkan kepada En. Rosli bin Juhari @ Zahari Guru Besar
SK Taman Midah 2 atas kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.

Bersurai
Bunga seroja di atas para
Jatuh ditimpa buah berangan
Andai katatersilap bicara
Maaf jua kami pohonkan

Dengan kata-kata ini maka

Selesailah sudah majlis pada hari ini.

Pihak majlis juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru,


murid-murid serta pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung dalam mengadakan majlis pada hari ini.

Akhir kata, saya bagi pihak majlis memohon maaf jika terdapat sebarang
kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini.
Saya sudahi majlis dengan wassalamualaikum warahmatullah hi wabaratuh.

Dengan ini majlis diserahkan semula kepada Cikgu Marylin.

Anda mungkin juga menyukai