Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS PELANCARAN MAJLIS SEKOLAHKU SEJAHTERA, KEMPEN CEGAH BULI

DENGAN AMALAN 3S (SENYUM, SAPA, SALAM) & AMALAN GURU PENYAYANG,


SESI AKADEMIK 2022/2023

ATUR CARA SKRIP PENGACARA


Indah berarak si awan petang,
UCAPAN ALUAN Berarak di celah pepohon ara,
PENGACARA MAJLIS Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara

Bismillahurrahmanirrahim
Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh

Yang Berusaha En. Md Faisal bin Mohd Salih (Guru Besar SK Taman
Midah 2)

Yang Berbahagia Sarjan Mejar Mohd Shahir Bin Shafiin (Pegawai


Perhubungan Sekolah)

Yang Dihormati En. Mohd Nasir bin Ramli (Guru Penolong Kanan
Pentadbiran),

Yang Dihormati En. Ishak bin Bidin (Guru Penolong Hal Ehwal Murid),

Yang Dihormati Pn. Mazlah binti Ab. Kadir (Guru Penolong Kanan
Kokurikulum),

Yang Dihormati En. Irwan bin Mokhtar (Guru Penolong Kanan Pendidikan
Khas)

Guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Berlari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan


limpah dan kurniannya dapat kita bersama-sama dalam MAJLIS
PELANCARAN SEKOLAHKU SEJAHTERA, KEMPEN CEGAH BULI,
DENGAN AMALAN 3S (SENYUM, SAPA, SALAM) & AMALAN
GURU PENYAYANG SESI AKADEMIK 2022/2023

PENGENALAN SEKOLAH Apakah Konsep Sekolahku Sejahtera?


SEJAHTERAKU
Konsep Sekolahku SEJAHTERA dirangka berteraskan prinsip dan hasrat
bagi mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa,
menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai kesejahteraan
masyarakat.

Konsep Sekolahku Sejahtera digagaskan sebagai satu kerangka yang


memayungi pelbagai tema, inisiatif dan program sedia ada KPM berteraskan
penerapan nilai murni.

14 Elemen Nilai Murni


Sekolahku SEJAHTERA adalah satu konsep yang memberi penekanan
kepada 14 elemen berteraskan nilai murni yang diterapkan secara semula
jadi dalam kehidupan harian warga sekolah, khususnya murid.

14 elemen tersebut adalah:


S – Selamat, Seronok dan Sihat
E – Etika dan Empati
J – Jati Diri
A – Adab Sopan
H – Harmoni
T – Tekun, Teliti dan Terampil
E – Eksplorasi
R – Rasional
A – Artikulasi

Secara asasnya, elemen SEJAHTERA perlu sentiasa diterap, dihayati serta


diamalkan sehingga menjadi budaya bagi seluruh warga sekolah. Dengan
ini, kita akan dapat melahirkan generasi masa depan yang berkeperibadian
unggul dan mampu bersaing di peringkat dunia.

Tahukah anda apa itu buli?


Buli ialah Perbuatan atau perkataan yang menyakiti seseorang

1. Buli fizikal = memukul / menendang, mencuri, merosakkan harta benda


atau memaksa mangsa buli melakukan sesuatu.
2. Buli lisan = mengejek, menghina, memfitnah dan mengugut
3. Buli perhubungan = Pemulauan, memanipulasi atau mempengaruhi orang
lain membuli
4. Buli siber = Menggunakan kemudahan internet untuk memfitnah,
mengejek, mengugut, dan memanipulasi.

💚 Rakan yang baik akan menghentikan perbuatan buli dan tidak akan
melindungi si pembuli

💚 Beritahu guru, ibu bapa atau orang dewasa jika ada aktiviti buli
disekeliling anda

UCAPAN GURU BESAR Hadirin dan hadirat yang dihormati,


Majlis pada pagi ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang
Berusaha En. Md. Faisal bin Mohd Salih (Guru Besar SK Taman Midah 2.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

(UCAPAN GURU BESAR)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada En.Md Faisal bin Mohd Salih atas
ucapan beliau sebentar tadi.
Seterusnya, majlis menjemput Sarjan Mejar Mohd Shahir Bin Shafiin
UCAPAN PERASMI
(Pegawai Perhubungan Sekolah)untuk menyampaikan ucapan serta taklimat
buli sekali gus merasmikan MAJLIS PELANCARAN MAJLIS SEKOLAHKU
SEJAHTERA, KEMPEN CEGAH BULI, DENGAN AMALAN 3S (SENYUM,
SAPA, SALAM) & AMALAN GURU PENYAYANG,
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

(UCAPAN SARJAN MEJAR)


Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Sarjan Mejar Mohd Shahir
Bin Shafiin (Pegawai Perhubungan Sekolah) atas ucapan sebentar tadi.
Mohon Sarjan Mejar agar terus kekal di pentas untuk menyempurnakan
gimik perasmian.

GIMIK PERASMIAN
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Sarjan Mejar
Mohd Shahir Bin Shafiin (Pegawai Perhubungan Sekolah) diiringi En. Md.
Faisal bin Mohd Salih serta barisan pentadbir untuk menyempurnakan gimik
perasmian pelancaran SEKOLAHKU SEJAHTERA, KEMPEN CEGAH
BULI, AMALAN 3S (SENYUM, SAPA, SALAM) & AMALAN GURU
PENYAYANG.

(Gimik Perasmian)
Terima kasih diucapkan kepada Sarjan Mejar Mohd Shahir Bin Shafiin, dan
barisan pentadbir atas kesudian menyempurnakan gimik perasmian
pelancaran sebentar tadi.

VIDEO PENDEK Majlis diteruskan lagi dengan tayangan video pendek.


Hadirin yang dihormati, majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar.
Bacaan ikrar anti buli
Untuk itu, dijemput _________________________
___________________________________, _______________________
_________________________________untuk mengetuai bacaan ikrar anti-
buli.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


(bacaan ikrar aku janji)
Terima kasih diucapkan kepada semua murid atas bacaan ikrar sebentar tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan modul mentor mentee. Untuk itu,
Gimik Penyerahan
majlis menjemput En. Md. Faisal bin Mohd Salih (Guru Besar SK Taman
Midah 2.) untuk menyempurnakan penyerahan modul mentol mentee.

(Gimik Penyerahan Modul Mentor Mentee)

Dijemput Cikgu Noor Afiqah binti Rosli dan Muhammad Harith bin Ayub
dari 5 Al-Farabi sebagai wakil guru kelas untuk menerima Modul Mentol
Mentee.

Terima kasih diucapkan kepada En. Md. Faisal bin Mohd Salih Guru Besar
SK Taman Midah 2.

Bersurai
Bunga seroja di atas para
Jatuh ditimpa buah berangan
Andai katatersilap bicara
Maaf jua kami pohonkan

Dengan kata-kata ini maka

Selesailah sudah majlis pada hari ini.

Pihak majlis juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru,


murid-murid serta pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung dalam mengadakan majlis pada hari ini.

Akhir kata, saya bagi pihak majlis memohon maaf jika terdapat sebarang
kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini.
Saya sudahi majlis dengan wassalamualaikum warahmatullah hi wabaratuh.

Dengan ini majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai