Anda di halaman 1dari 12

SK TAMAN MALURI

TEKS PENGACARAAN
MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SKTM KALI KE-33
SESI 2023/2024
(PENGACARA: WAN ZURAIDA & NORATUL ASIAH))

TARIKH: 13 MEI 2023

BIL CUE/ PENGACARA TEKS

Hadirin dan hadirat sekalian, kita akan memulakan majlis sebentar sahaja lagi, jadi bagi
HOUSE KEEPING menghormati dan memastikan majlis berjalan lancar sehingga ke penghujung, dipohon agar
ANNOUNCEMENT hadirin sekalian dapat menjaga adab-adab di dalam majlis ini dengan:-
1. Tidak membuat bising yang keterlaluan,
2. Menetapkan telefon masing-masing dalam mod senyap, dan seterusnya;
3. Berdiri ketika pengumuman ketibaan VIP dibuat dan terus kekal berdiri sehingga selesai
nyanyian Lagu Negaraku dan juga Lagu Wilayah.

Jasa dan keprihatian tuan-tuan dan puan-puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

1. 08.30 PAGI Mengumumkan ketibaan,


KETIBAAN PERASMI
Yang Berusaha,
Pn. Nornai’lah binti Abdul Latiff
Ketua Penolong Pengarah Kanan,
Sektor Pendidikan Khas,
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

1
Yang Berusaha,
En. Hadi bin Harun
Yang DiPertua PIBG
SK Taman Maluri,

Yang Berusaha,
Pn. Ani Marlina binti Alias
Naib Yang DiPertua PIBG
SK Taman Maluri

Diiringi oleh

Yang Berusaha,
Pn. Norshafina binti Yasak,
Guru Besar
SK Taman Maluri,

Dan
Barisan Guru-Guru Penolong Kanan serta Ahli-Ahli Jawatankuasa PIBG SK Taman Maluri bagi
Sesi 2022/2023.

Hadirin diminta untuk terus kekal berdiri bagi menyanyikan Lagu Negaraku dan juga Lagu
Wilayah

-------------NYANYIAN LAGU ----------------------------

Hadirin dipersilakan duduk. Terima kasih.

2
2. SALUTASI Bismillahirahmanirrahim.
Allahumma solli a’la sayyidina Muhammad wa a’la alihi wasohbihi ajmain.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani

Mulia Anak Sempurna Akhlak


Mulia Tua sempurna agama
Mulia Bangsa Berbudi Bahasa
Mulia Majlis Tertib Aturcara

Yang Berusaha,
Pn. Nornai’lah binti Abdul Latiff
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Pendidikan Khas,
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Yang Berusaha,
En. Hadi bin Harun
Yang Di Pertua PIBG
SK Taman Maluri,

Yang Berusaha,
Pn. Ani Marlina binti Alias,
Naib Yang Di Pertua PIBG
SK Taman Maluri,

Yang Berusaha
Pn. Norshafina binti Yasak,
Guru Besar
SK Taman Maluri,

3
Yang Berusaha,
Barisan Penolong Kanan
En. Amirul bin Mohd Yusoff,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pn. Rosmani binti Hussin,
Penolong Kokurikulum Kokurikulum

Yang dihormati,
Ahli-Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023. Guru-guru serta ibubapa sekalian.

Selamat Datang diucapkan ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan
Taman Maluri Kali Ke-33 bagi sesi 2023/2024.

3. UCAPAN ALUAN Alhamdulillahi Rabbil A’lamin…


PENGERUSI MAJLIS
Setinggi-tinggi rafak syukur kita panjatkan kehadrat Allah kerana dengan izin dan kasih
sayangNya Allah kita diberi kekuatan untuk berkumpul di dewan pagi ini bagi menjayakan Majlis
Perasmian Mesyuarat Agong PIBG kali ke-33 bagi sesi 2023/2024.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa dan para tetamu yang sudi hadir dalam
majlis yang sangat signifikan ini.

Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah, penuh cemerlang dan membawa makna kepada
kita semua. Pastinya pertemuan pada hari ini bertujuan untuk bertukar pandangan dan
pemikiran membina, ke arah membantu pihak sekolah dalam meningkatkan potensi anak-anak
kita khususnya dalam bidang akademik dan dunia pendidikan seterusnya menjulang nama SK
Taman Maluri sama ada di bidang kurikulum, ko-kurikulum mahupun sahsiah pelajar.

4
4. BACAAN DOA Hadirin sekalian,

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat Yang Maha Esa

Sebelum pagi yang indah ini berganjak mengikut rentaknya majlis, kita mulakan dengan bacaan
Ummul Kitab Al-Fatihah dan doa sebagai pembuka majlis dan niatkan juga bacaan Al-Fatihah
tersebut sebagai hadiah buat junjungan besar nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w. agar majlis ini
mendapat lebih keberkatan dan pandangan Ilahi hendakNya. InsyaAllah

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Wan Hafizi bin Wan
Ibrahim untuk memimpin bacaan Al-Fatihah dan doa pembuka majlis. Dipersilakan.

-BACAAN DOA-

Amin…amin…amin Ya Rabbal Alamin.

Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Wan Hafizi bin Wan Ibrahim atas bacaan doa
sebentar tadi. Mudah-mudahan majlis kita pada pagi ini mendapat rahmat hingga ke
penghujungnya. InsyaAllah.

5. UCAPAN ALUAN PENASIHAT Hadirin yang dihormati sekalian,


PIBG
(GURU BESAR) Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,
Tak berguna Jika ada dayung tiada Perahunya
Tak Lengkaplah Majlis jika tiada yang berbicara

5
Memulakan bingkisan ucapan, majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn. Norshafina binti
Yasak, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Maluri untuk menitipkan sepatah dua kata.
Dengan segala hormatnya dipersilakan

----UCAPAN----

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Guru Besar atas kesudian
menyampaikan ucapan aluan sebentar tadi.

6. UCAPAN YDP PIBG Sidang hadirin sekalian,


Seterusnya, kita dengarkan pula ucapan daripada Yang Berusaha En. Hadi bin Harun, Yang
DiPertua PIBG SK Taman Maluri.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

………………………….UCAPAN……………………………

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Hadi bin Harun atas kesudian
menyampaikan ucapan itu tadi.

7. UCAPAN PERASMIAN Terbang di awan burung jentayu,


Diatas papan batang jerami,
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.

Kini tibalah masa, untuk kita mendengar ucapan yang bakal disampaikan oleh Yang Berusaha,
Pn. Nornai’lah binti Abdul Latif, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Khas,
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan seterusnya merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Maluri kali ke-33 bagi sesi 2023/2024.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

6
……………………UCAPAN……………………………………

Majlis dengan penuh takzimnya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berusaha, Pn. Nornai’lah binti Abdul Latif atas
kesudian menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Taman
Maluri bagi tahun 2023/2024.

8. PENYAMPAIAN Seterusnya, pihak majlis berbesar hati ingin menyampaikan cenderahati sebagai tanda
CENDERAHATI KEPADA penghargaan kepada barisan ahli jawatankuasa PIBG yang telah menyumbangkan tenaga dan
AJK PIBG SESI 2022/2023 buah fikiran sepanjang sesi 2022/2023.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha, Pn. Norshafina
(OLEH GB)
binti Yasak, Guru Besar SK Taman Maluri, dengan diringi oleh Yang Berusaha
________________________________________ bagi menyempurnakan upacara penyampaian cenderahati
kepada barisan ahli jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023.

Dipersilakan.

------------------------------SESI PENYAMPAIAN HADIAH ---------------------------------

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan
Guru Besar atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian cenderahati itu tadi.

9. PENYAMPAIAN Anak haruan berlima-lima


CENDERAHATI KEPADA Mati ditimpa punggur berdaun
PERASMI Budi tuan kami terima
Jadi kenangan bertahun-tahun
(OLEH YDP)

7
Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga, majlis mempersilakan Yang
Berusaha, En. Hadi bin Harun, Yang Dipertua PIBG untuk menyampaikan cenderahati kepada
Yang Berusaha Pn. Nornai’lah binti Abdul Latif.

Dipersilakan.

-----------------SESI PENYAMPAIAN CENDERAHATI --------------------------------------

Sesungguhnya kesudian puan ke majlis kami merupakan satu suntikan semangat buat kami
semua di SK Taman Maluri dan para ibu bapa untuk terus berusaha demi kecemerlangan anak-
anak yang kami kasihi. Terima kasih sekali lagi. Terima kasih juga diucapkan kepada En. Hadi bin
Harun, atas kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi.

Pilih antah buangkan dedak


Beras segantang pulang disanjung
Entah terbalas entah tidak,
Jasamu tuan tetap disanjung.

10. SESI CABUTAN BERTUAH Hadirin sekalian,


(1) Seterusnya, pihak sekolah berbesar hati mengadakan cabutan bertuah buat semua yang hadir
(3 CABUTAN) pada hari ini. Kita ada tiga sesi cabutan bertuah pada hari ini yang melibatkan 10 cabutan
bertuah.

Bagi sesi yang pertama, 3 cabutan akan dibuat. Manakala bagi sesi kedua, 3 cabutan lagi dan bagi
sesi terakhir, 4 cabutan pula akan dibuat.

Tuah ayam nampak di kaki,


Tuah kita tiada siapa yang tahu.

8
Jadi, mari kita lihat siapakah yang bakal bertuah pada hari ini.

Untuk itu, dijemput ______________________________________________ bagi membuat cabutan dan


menyampaikan hadiah cabutan bertuah bagi sesi yang pertama ini.

Dipersilakan.

------------------------------SESI CABUTAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH--------------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ________________________atas kesudian


menyampaikan hadiah cabutan bertuah itu tadi.

11. PENYERAHAN MAJLIS Hadirin sekalian,


KEPADA PENGERUSI Tanpa melengahkan lagi masa, majlis diteruskan dengan Mesyuarat Agong Pibg Kali Ke-33
SEMENTARA bagi Tahun 2023/2024 yang akan dipengerusikan oleh Yang Berusaha En. Amirul bin Mohd
(EN. AMIRUL BIN MOHD Yusuf, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid merangkap Pengerusi Sementara bagi Mesyuarat
YUSUF) Agong PIBG kali ke-33 ini.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

MESYUARAT AGONG PIBG SK TAMAN MALURI KE-33


DIKELOLAKAN OLEH PENGERUSI SEMENTARA

9
11. SESI CABUTAN BERTUAH Hadirin sekalian,
4 TERAKHIR
Seterusnya dalah sesi cabutan bertuah yang terkahir, dijemput
______________________________________________ bagi membuat cabutan dan menyampaikan hadiah
cabutan bertuah bagi sesi yang pertama ini.

Dipersilakan.

------------------------------SESI CABUTAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH--------------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ________________________atas kesudian


menyampaikan hadiah cabutan bertuah itu tadi.

10
Hadirin sekalian,
13. PENUTUP
Dengan berakhirnya sesi cabutan bertuah itu tadi, maka berakhirlah
mesyuarat agung pibg tahun 2023/2024.

Saya mewakili jawatankuasa pelaksana mengucapkan ribuan terima


kasih kepada semua hadirin yang telah menyumbang secara langsung
atau secara tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Dengan penuh takzim, majlis turut merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan atas kerjasama dan keprihatinan para ibu bapa yang
sanggup meluangkan masa sehingga majlis ini berjalan dengan lancar.

Madah di ungkap santun bicara,


Pantun di lantun mengusik hati
Salah dan silap tutur bicara
Pohon di ampun seikhlas hati

Kain yang carik cuma dihujung


Dibuat alas mengelap kendi
Budi yang baik tetap dijunjung
Tahun hadapan berjumpa lagi

Kita akhiri majlis ini dengan tasbih kaffarah dan bacaan suratul asr.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah


Wasalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh.

Terima Kasih.

11
Pengumuman Penting (war-warkan sepanjang majlis)

Hadirin sekalian, ada beberapa pengumuman penting yang ingin saya war-warkan disini

1. Pada buku program yang telah diedarkan, terdapat nombor cabutan bertuah masing-masing. Jadi pastikan buku tersebut tidak
dihilangkan sepanjang majlis berlangsung.

2. Memandangkan cuaca yang sangat panas sekarang ini, pastikan tuan-tuan dan puan-puan kerap minum air, dan kekal terhidrat.
Kita juga ada menyediakan cawan pakai buang yang diletakkan di sebelah penapis air coway di bahagian belakang sebelah kanan
dewan ini, jadi bolehlah tuan-tuan dan puan-puan memanfaatkannya.
3. Kita juga ada membuat jualan susu jenama Farm Fresh di laluan koridor belakang Tahun 1, jadi sesiapa yang berhajat untuk
membuat belian bolehlah terus ke sana.
4. Dan akhir sekali, pastikan tuan-tuan dan puan-puan membuang sampah di tempat yang telah disediakan.

Itu sahaja pesanan setakat ini, sekian terima kasih.

12

Anda mungkin juga menyukai