Anda di halaman 1dari 10

1

TEKS PENGACARA MAJLIS


HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2023

SK PALOH 3

Nama Teks Pengacaraan


Hadirin yang dimuliakan,
Iyasjuni Majlis kita akan bermula sebentar sahaja lagi. Untuk itu tuan-tuan dan puan-puan
serta hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di dalam dewan.
Bagi melancarkan perjalanan majlis, tuan-tuan dan puan-puan diingatkan supaya
mematikan telefon bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap.
Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat, Yang Berhormat, Haji Amran bin
Arifin diiringi oleh Pn Haslina binti Harun, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Paloh
3, barisan penolong kanan dan dif-dif jemputan.
Zul Aimie
 Cue: Setelah tetamu sampai di tempat duduk

Hadirin dipersilakan duduk.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam


keilmuan dan salam cinta sayang.
Kuntum Melati tumbuh melata,
Burung Merbah di pohon cemara,
Selamat datang untuk semua,
Assalamualaikum pembuka bicara.
Zul Aimie
Sayang Selasih Berisi Minyak,
Bunga Angkuh Di Atas Jerami,
Terima Kasih Banyak-Banyak,
Sudi Datang Ke Majlis Kami.
2

Yang Berhormat (YB )


Haji Amran bin Arifin,
Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh

Yang Berusaha,
Pn Haslina binti Harun,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Paloh 3

Yang Dihormati,
En Mohd Kamel bin Ismail,
Zul Aimie
Naib Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Paloh 3

Yang Berusaha,
Pn Isma Rubey binti Ibrahim,
Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Paloh 3

Yang Berusaha,
En Mohd Nazli bin Sahak
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Paloh 3

Yang Berusaha,
Encik Azwan bin Ismail,
Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Paloh 3

Dif-dif Jemputan,

Para ibu bapa, guru-guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang


dirahmati Allah sekalian
3

Hari ini menugal jagung,


Hari esok memetik peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria.
Sarung ketupat berisi inti,
Dibawa budak sambil berlari,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Semoga majlis bertambah seri.
Iyasjuni
Terlebih dahulu, pihak majlis ingin memanjatkan rasa syukur, kerana
dengan limpah dan kurniaNYA, kita dapat sama-sama berhimpun pada
pagi ini bagi meraikan kejayaan anak-anak Sekolah Kebangsaan Paloh 3.
Hari ini anak-anak kita ini akan dirai kecemerlangannya dalam tiga
bidang utama proses kemenjadian murid iaitu akademik, sahsiah dan
kokurikulum.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat, Haji Amran bin
Arifin, Yang Dihormati En Mohd Kamel bin Ismail, barisan AJK PIBG,
dan semua ibu bapa atas kesudian meluangkan masa untuk hadir ke
majlis pada pagi ini.

Semoga usaha kita yang berterusan dalam memberi sokongan kepada


anak-anak kesayangan kita ini, terus menjadi pendorong kepada mereka,
untuk terus meraih jenama cemerlang pada masa akan datang. Mudah-
mudahan usaha kita semua diberkati Allah. InsyaAllah.
Tuan-tuan dan puan-puan,

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Zul Aimie Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati acara kita pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya
mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Hassim bin Abdullah untuk
4

memimpin bacaan doa.


Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan....

 Cue: Setelah doa selesai.


Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil
Ustaz atas pimpinan doa itu tadi.

Sidang dewan sekalian,

Duduk sekawan gadis jelita,


Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Iyasjuni Madah ucapan kata aluan.

Sebagai pembuka tirai majlis pada pagi yang berbahagia ini, pihak majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha, Pn Haslina
binti Harun, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Paloh 3 untuk
menyampaikan kata-kata aluan. Dipersilakan.

 Cue: Setelah ucapan selesai.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn Haslina binti Harun
atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang jerami,
Zul Aimie Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.

Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini,


5

Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat, Haji Amran bin


Arifin, Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan
Sekolah Kebangsaan Paloh 3 tahun 2023. Dengan segala hormatnya,
majlis mempersilakan.
Zul Aimie

 Cue: Setelah ucapan selesai

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat, Haji Amran bin
Arifin di atas kesudian merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan
Sekolah Kebangsaan Paloh 3 tahun 2023.
Hadirin-hadirat sekalian,
Berkebaya batik berwarna merah,
Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.

Kini, tibalah kita ke upacara pertama pada pagi ini dengan penyampaian
Anugerah NILAM 2023.
Iyasjuni
Untuk itu, majlis dengan penuh sukacitanya menjemput Yang
Berhormat, Haji Amran bin Arifin diiringi Pn Haslina binti Harun untuk
menyampaikan anugerah.
Memulakan senarai penerima Anugerah NILAM 1 Bintang 2023,
dipersilakan ke pentas adik ............
(Dijemput pula/Seterusnya/Dipersilakan)

Menyusul seterusnya adalah penerima Anugerah NILAM 2 Bintang


2023. Dipersilakan adik .........

(Dijemput pula/Seterusnya/Dipersilakan)

Seterusnya adalah Anugerah Tokoh NILAM. Pemilihan Tokoh ini


adalah berdasarkan jumlah bacaan yang mencapai 5 bintang iaitu
sebanyak 720 buah buku dan ke atas. Dipersilakan, Tokoh NILAM 2023,
adik Dhea Dhaleesya Rizqin Wan Harith binti Abdullah dari kelas 4
6

Iltizam.
Iyasjuni
 Cue: Setelah Anugerah NILAM selesai
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat, Haji
Amran bin Arifin dan Yang Berusaha, Pn Halina binti Harun atas
penyempurnaan majlis penyampaian Anugerah NILAM itu tadi.

Sidang hadirin sekalian,


Sehabis merah daun yang sihat,
Dahan melebar bercerita sakan,
Majlis anugerah mohon rehat,
Persembahan murid kita saksikan.
Zul Aimie
Majlis kita pada pagi ini akan diserikan lagi dengan persembahan khas
dari anak-anak Sekolah Kebangsaan Paloh 3 yang cukup berbakat. Untuk
itu, majlis menjemput kumpulan pentomin SKPaT untuk tampil ke
pentas.
Dipersilakan.

 Cue: Setelah persembahan selesai

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan pentomin SKPat atas


persembahan yang menghiburkan itu tadi.
Tuan-tuan dan puan-puan,

Seterusnya adalah penyampaian Anugerah PBS Terbaik Tahap 1. Bagi


Zul Aimie menyempurnakan upacara penyampaian anugerah, pihak majlis dengan
sukacitanya menjemput Yang Dihormati, En Mohd Kamel bin Ismail
diiringi Pn Haslina binti Harun untuk naik ke pentas. Dipersilakan.

Memulakan senarai penerima Anugerah PBS Terbaik Tahun 1,


dipersilakan ke pentas adik .....
Memulakan senarai penerima Anugerah PBS Terbaik Tahun 2,
dipersilakan ke pentas adik .....
7

Memulakan senarai penerima Anugerah PBS Terbaik Tahun 3,


dipersilakan ke pentas adik .....

 Cue: Setelah Anugerah Akademik Tahap 1 selesai

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd Kamel bin
Ismail dan Pn Haslina binti Harun atas penyempurnaan majlis
penyampaian Anugerah PBS terbaik tahap 1 itu tadi.
__________________________________________________________
Hadirin hadirat sekalian,
Seterusnya adalah penyampaian Anugerah PBS Terbaik Tahap 2.
Untuk itu, majlis menjemput Pn Isma Rubey binti Ibrahim diiringi En
Zul Aimie Mohd Nazli bin Sahak untuk menyempurnakan upacara penyampaian.
Dipersilakan.

Memulakan senarai penerima Anugerah PBS Terbaik Tahun 4,


dipersilakan ke pentas adik .....
Memulakan senarai penerima Anugerah PBS Terbaik Tahun 5,
dipersilakan ke pentas adik .....
Memulakan senarai penerima Anugerah PBS Terbaik Tahun 6,
dipersilakan ke pentas adik .....

 Cue: Setelah Anugerah Akademik Tahap 1 selesai

Seterusnya adalah Anugerah Tokoh Akademik. Pemilihan Tokoh ini


adalah berdasarkan pencapaian akademik yang cemerlang sepanjang
tahun. Dipersilakan, Tokoh Akademik 2023, adik Damia Qaisara binti
Mohd Sufian dari kelas 6 Iltizam.

 Cue: Setelah Anugerah Tokoh Akademik selesai

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Isma Rubey binti


8

Ibrahim dan En Mohd Nazli bin Sahak atas penyempurnaan majlis


penyampaian anugerah itu tadi.

Sidang hadirin sekalian,

Kita teruskan lagi acara kita pada hari ini dengan penyampaian Anugerah
Kehadiran Terbaik. Penerima-penerima anugerah ini adalah terdiri
daripada kalangan murid yang telah menunjukkan kehadiran cemerlang
sepanjang sesi persekolahan 2022/2023.

Bagi menyempurnakan upacara penyampaian anugerah, majlis sekali


lagi menjemput En Mohd Nazli bin Sahak diiringi En Azwan bin Ismail
untuk naik ke pentas. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
Mendahului senarai penerima Anugerah Kehadiran Terbaik, dijemput
adik ................... dari kelas ........................
Iyasjuni
(Dijemput pula/Seterusnya/Dipersilakan)

 Cue: Setelah Anugerah Kehadiran Terbaik selesai

Seterusnya adalah Anugerah Tokoh Sahsiah Terbaik. Pemilihan Tokoh


ini adalah berdasarkan ketrampilan sahsiah unggul yang telah
dipamerkan oleh murid ini.. Dipersilakan, Tokoh Sahsiah Terbaik 2023,
adik Putri Nurlaily Fatneen binti Mohd Nazli dari kelas 6 Iltizam.

 Cue: Setelah Tokoh Sahsiah Terbaik selesai


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En Mohd Nazli
bin Sahak dan En Azwan bin Ismail atas penyempurnaan majlis
penyampaian anugerah itu tadi.
Hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Tibalah kita ke acara penyampaian anugerah terakhir iaitu Anugerah dari


Unit Kokurikulum. Bagi menyempurnakan upacara penyampaian
anugerah, majlis sekali lagi menjemput Yang Berhormat, Haji Amran
9

bin Arifin diiringi Pn Haslina binti Harun untuk naik ke pentas. Dengan
segala hormatnya, dipersilakan.

Dijemput Tokoh Kokurikulum Kategori Lelaki, adik Afizul Nasreeq bin


Mohammad dari kelas 6 Dedikasi.

Seterusnya, Tokoh Kokurikulum Kategori Perempuan, adik Nur Fatnin


binti Mohd Fariosa dari kelas 6 Iltizam.

Tokoh Muda Sukan, dipersilakan adik Dhea Dhaeesya Rizqin Wan


Zul Aimie Harith binti Abdullah dari kelas 4 Iltizam.

 Cue: Setelah Anugerah Kokurikulum selesai

Sebagai tanda kenang-kenangan dan penghargaan teima kasih, majlis


menjemput Yang Berusaha, Pn Haslina binti Harun untuk
menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat, Haji Amran bin
Arifin atas kesudiannya untuk merasmikan majlis kita pada pagi ini.
Dipersilakan.

 Cue: Setelah penyampaian cenderamata selesai

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat, Haji


Amran bin Arifin dan Yang Berusaha, Pn Halina binti Harun atas
penyempurnaan majlis penyampaian anugerah dan cenderamata itu tadi.
Sekalung tahniah juga diucapkan kepada semua penerima dan harapan
dari kami guru-guru, kekalkanlah kecemerlangan anda semua di masa
hadapan.

Bersyukur kini kami panjatkan,


Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
10

Iyasjuni Segulung tahniah kami ucapkan

Sekian dahulu, pada kali ini.


Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, kepada tetamu
kehormat, dan para hadirin sekalian yang telah menyerikan, dan
menjayakan Hari Anugerah Kecemerlangan pada pagi ini.
Kami menyusun jari sepuluh, dengan tulus ikhlas memohon ampun maaf
andai tersilap mengatur bicara, melafazkan nama .

Pantai indah pantai berteluk,


Ramai orang bermandi-manda,
Majlis indah bertambah elok,
Jika terkurang bukan sengaja.
Zul Aimie

Dengan ini, berakhirlah majlis kita pada hari ini.


Akhir kalam, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

Tamat

Anda mungkin juga menyukai