Anda di halaman 1dari 11

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN


SK LKTP TERSANG 3 2016

Agenda MC Teks Catatan


1. MC membacakan aturcara majlis yang akan berlangsung.
2. Pelajar diminta memberi kerjasama sepenuhnya
Persediaan sepanjang majlis. Para pengawas dan semua guru
(7.00-7.30) diminta memberi kerjasama dengan mengawasi para
pelajar.
3. Pelajar diminta tidak membuat bising, berbual-bual dan
menunjukkan reaksi tidak berminat ketika berada dalam
majlis.
4. Majlis akan melibatkan tetamu luar, jaga nama baik
sekolah.
5. Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan majlis.
Pergerakan keluar daripada majlis mestilah dengan
kebenaran guru.
6. Pelajar diminta duduk dalam keadaan paling selesa,
teratur dan tersusun.
7. Pelajar tidak dibenarkan untuk bersorak ketika majlis
berlangsung. Berikan tepukan kepada penerima pertama
& terakhir yang menaiki pentas bagi setiap sesi
Penyampaian hadiah.
8. Pelajar tidak perlu tepuk tangan semasa:
i. Sebelum & selepas nyanyian lagu
ii. Sebelum & selepas bacaan doa
9. Pelajar diminta untuk terus berdiri sebaik sahaja MC
mengumumkan ketibaan tetamu jemputan

Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati En. Zairul Akmal B.


MENGUMUMKAN Mohamad Diiringi Yang Berusaha En. Hassim B. Othman Guru
KETIBAAN
Besar SK LKTP Tersang 3 dan barisan pentadbir.

Assalamualaikum Salam Sejahtera


PANTUN Pembuka Kata Lidah Bicara
Izinkan Saya Mulakan Acara
Semoga Majlis Disambut Ceria

Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu Oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Meriahkan Suasana
Kami Menyambut Penuh Mesra

1
Yang Berbahagia
En. Zairul Akmal B. Mohamad Ketua Peneroka Tersang 3
KATA ALUAN
SELAMAT Yang Berusaha
DATANG En. Hassim B. Othman Guru Besar Sk LKTP Tersang 3

En. Wan Mahassan B. Wan Mahmud,


Guru Penolong Kanan Pentadbiran ,

En. Saberi B. Mustapa


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En. Ahmad Shahrol Nizam B. Mat Rejab,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Pengurus2 Felda, Dif2 jemputan, Guru-Guru, Wakil Pibg, Tuan-


Tuan, Puan-Puan Seterusnya Murid-Murid yang Dikasihi
Sekalian.

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia

SELAMAT DATANG KE MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN


2016.

Majlis Merakamkan Setinggi-Tinggi Terima Kasih Kepada Dif


KATA ALUAN jemputan Kita Pada Hari Ini, En. Zairul Akmal B. Mohamad
PENGERUSI selaku Ketua Peneroka Tersang 3 Kerana Sudi Hadir ke Majlis
Anugerah Kecemerlangan 2016.

Selamat Datang dan terima kasih juga diucapkan kepada Semua


Ibu Bapa Serta Hadirin Hadirat Sekalian. Semoga Dengan
Kehadiran Semua, Majlis Kita Akan Lebih Bermakna Dan
Bertambah Serinya demi memberi sokongan dan meraikan
kejayaan anak-anak kita dalam bidang akademik.

Bagi Memberkati Majlis, Marilah Sama-Sama Kita Menadah


BACAAN DOA Tangan Memohon Berkat Agar Segala Urusan Mendapat
[8.30 PAGI] Rahmat. Untuk Itu, Majlis Mempersilakan Al-Fadhil Ustaz
ROSMADI BIN. JANTAN Bagi Memimpin Bacaan Doa.

Amin, Amin Ya-Rabbal ‘Alamin……


Pihak Majlis Mengucapkan Ribuan Terima Kasih Kepada Al-
Fadhil Ustaz Atas Pimpinan Bacaan Doa Itu Tadi.

Mudah-Mudahan Majlis Kita Pada PAGI Ini Mendapat Rahmat


Hingga Ke Penghujungnya.

2
Dirgahayu tanahairku. Bersatu di bawah naungan Duli Tuanku.
Nyanyian Lagu Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negeri Pahang lagu
[8.40 PAGI] Negaraku, dan lagu Sekolah

Hadirin mohon berdiri

*Hadirin dipersilakan duduk

Sidang hadirin yang dihormati sekalian, seperti yang kita semua


ALUAN sedia maklum, majlis kita pada pagi ini bertujuan untuk
PENGERUSI memberi penghargaan dan pengiktirafan atas pencapaian
cemerlang para pelajar dalam bidang kurikulum serta
kepimpinan sepanjang tahun 2016.

Terbang tinggi si burung kenyalang


Berkicau kenari sambil berterbangan
Insan cemerlang Negara terbilang
Anugerah diberi tanda kecemerlangan.

Disamping Meraikan Kejayaan Pelajar, Pengiktirafan Diberikan


Juga Kepada Tenaga Pengajar Yang Telah Bekerja Keras Dalam
Meningkatkan Prestasi Akademik Sekolah.

Tirai majlis kita pagi ini dimulakan dengan amanat yang akan
disampaikan oleh ayahanda Tuan Guru Besar yang dikasihi.
UCAPAN GB
[9.00 PAGI] Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha En.
Hassim B. Othman Guru Besar SK LKTP TERSANG 3 untuk
menyampaikan kata-kata aluan. Dipersilakan.
Majlis Merakamkan Ucapan Terima Kasih Atas Ucapan Yang Cukup
Memberikan Inspirasi Dan Bermakna Sebentar Tadi....

Kalau Tuan Pikat Kenari,


Jangan Patahkan Batang Jerami,
Kepada tuan mandat Diberi,
UCAPAN Mohon Rasmikan Majlis Kami.
PERASMI
[9.10 PAGI] Majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang berusaha En.
Zairul Akmal B. Mohamad untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sesi
2016. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan .

Tuan berbudi tidak terperi


Hulurkan madah terus merasmi
Kepada Tuan yang kami segani,
Kesudian tuan amat kami hargai.

Terima kasih dan setinggi- tinggi penghargaan kepada En. Zairul


Akmal B. Mohamad di atas kesudian merasmikan majlis kita
pada hari ini...Semoga apa yang disampaikan oleh beliau akan
menyuntik semangat para pelajar untuk terus menggembleng
usaha serta tenaga bagi menggenggam kejayaan yang lebih
gemilang pada masa hadapan.

3
Hadirin sekalian, bagi menghangatkan suasana majlis kita pada
PERSEMBAHAN pagi yang berbahagia ini, marilah kita sama-sama menyaksikan
1: satu persembahan tarian yang akan dipersembahkan oleh adik2
TARIAN VIP prasekolah di bawah bimbingan guru prasekolah.
PRA
[9.20 PAGI] Dari Kedah ke Kuala Perlis
Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan tarian VIP memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada barisan penari yang telah


memberikan persembahan yang memukau.

Hadirin yang dihormati sekalian,


PERSEMBAHAN
2: Seterusnya Dipersilakan Anak2 Istimewa Dengan Persembahan
PENTOMIN PPKI Pentomin Mereka Bertajuk Assalamualaikum Ustazah..

Terima kasih kepada anak2 PPKI yang berani menampilkan bakat


mereka. Ampun dan maaf andai ada yang terkesan di hati.
Persembahan murid2 ppki ini tidak ada kena mengena dengan
yang hidup mahupun yang telah pergi. Apa yang ingin
ditonjolkan di sini ialah keberanian mereka berhadapan dengan
penonton yang ramai.

PENYAMPAIAN Hadirin yang dikasihi sekalian, kini tibalah kita ke acara yang
SIJIL & HADIAH dinanti-nantikan, iaitu sesi penyampaian sijil dan hadiah
(SLOT 1) kecemerlangan.
[9.30 PAGI]
Berkebaya batik berwarna merah
Diserikan dengan permata berlian
Tibalah masa penyampaian hadiah
Penerima teruja menunggu giliran

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya ingin menjemput, En.


Zairul Akmal B. Mohamad diiringi En. Hassim B. Othman Guru
Besar Sk LKTP Tersang 3 untuk menyempurnakan penyampaian
hadiah kategori.
1. Pendidikan Khas
2. Pemulihan Khas
3. Keceriaan Kelas

Terima kasih diucapkan kepada En. Zairul Akmal B. Mohamad dan


Tuan Guru Besar atas kesudian menyampaikan hadiah.

4
Seterusnya majlis dengan sukacitanya menjemput, Yang
Berusaha En Jamaluddin b. Omar Yang Dipertua PIBG SK LKTP
TERSANG 3 diiringi NYDP PIBG En. Mohd Zaini B. Karim untuk
menyempurnakan penyampaian hadiah bagi kategori:

1. Penyampaian Anugerah Nilam


2. Kehadiran terbaik
3. Penyampaian sijil pengawas sekolah dan pengawas
PSS serta ketua dan penolong kelas.

* En. Ahmad Shahrol Nizam B. Mat Rejab,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Majlis mengucapkan terima kasih diucapkan atas kesudian


TUAN menyampaikan hadiah.

Sehabis merah daun yang sihat


PERSEMBAHAN Dahan melebar bercerita sakan
3 Majlis anugerah mohon berehat
[10.15 PAGI] Persembahan pelajar kita saksikan

Hadirin sekalian, majlis berhenti rehat buat seketika.


Bagi mengisi ruang rehat ini sama2lah kita berhibur dengan
menyaksikan persembahan pelajar.

Persembahan KETIGA ini merupakan tarian 60an mengikut


rentak lagu yang berjudul Siti Haida di persembahkan oleh
anak2 cilik dari PRASEKOLAH.
Mari sama-sama kita saksikan
- Persembahan pelajar –
- TERIMA KASIH ADIK2 DARI PRASEKOLAH..CUKUP
BERSEMANGAT SEKALI.

Seterusnya kita hangatkan lagi pentas kita pagi ini dengan


mempersilakan murid2 tahun 6 . Yang akan menyampaikan
sebuah lakonan bertajuk Si Tanggang.
- Persembahan pelajar –
- TERIMA KASIH Adik2 tahun 6..inilah sedikit kenangan
yang mereka tinggalkan buat kita ...semoga adik2 tahun
6 akan terus berjaya dunia n akhirat..aaminn

Hadirin sekalian
Sekalung penghargaan kepada semua murid yang berjaya
menampilkan persembahan yang cukup menarik & berwarna-
warni sebentar tadi.

5
Bagi menghargai kehadiran dan kesudian Yang Berbahagia En.
Zairul Akmal B. Mohamad menyempurnakan majlis
PENYAMPAIAN penyampaian sijil dan hadiah kepada para pelajar pagi ini, Majlis
CENDERAHATI dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan En.
Zairul Akmal kepentas diiringi Tuan Guru Besar, En. Hassim B.
Othman. Sebagai tanda terima kasih untuk menyampaikan
cenderamata ikhlas dari warga SK LKTP TERSANG 3.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

- Penyampaian Cenderamata –

Burung nuri tegak berdiri


Hinggap di beranda singgah di tangan
cenderamata di beri seikhlas hati
Sebagai tanda buat kenangan

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan


kepada Yang Berbahagia En. Zairul Akmal, Tuan Guru Besar serta
barisan tetamu kehormat.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahagia En. Zairul


Akmal B. Mohamad diiringi barisan pentadbir sekolah dan dif2
kehormat untuk menjamu selera.
REHAT
VIP & TAHAP 1 MURID2 TAHAP 1 SILA BERDIRI DAN BERSEDIA UNTUK KE
[10.30 PAGI] KANTIN.

Sementara itu buat murid tahap 2 dan ibubapa sebagai selingan


kami sediakan tayangan gambar aktiviti SK LKTP TERSANG 3
sepanjang tahun 2016.

Hadirin sekalian.

Sungguh indah bunga kemboja,


Di bawah atap tepi halaman;
Juadah sudah terhidang di meja,
Sudilah tuan/puan menjamu hidangan.

Majlis berhenti rehat seketika. Dipersilakan ibubapa dan penjaga


untuk menjamu selera.Majlis akan bersambung semula tepat
jam 11.00 pagi. Dipersilakan.

Murid2 tahap 2 juga dibenarkan rehat dan berkumpul semula


pada pukul 11.00 pagi.

6
Pergi ke sekolah seawal pagi
Melintas jalan berhati-hati
Penyampaian anugerah diteruskan lagi
PENYAMPAIAN Penerima-penerimanya sabarlah menanti.
HADIAH TAHAP
1
[11.05 PAGI] Seterusnya majlis dengan sukacitanya menjemput, Yang
Berusaha GPK HEM EN SABERI B. MUSTAFA Diiringi GPK KO
EN. AHMAD SHAHROL NIZAM B. MAT REJAB untuk
menyempurnakan penyampaian hadiah bagi kategori:

1. Penyampaian hadiah untuk TAHAP 1

Kita mulakan dengan penerima hadiah KEDUDUKAN


DALAM KELAS. [Rujuk lampiran]

2. Seterusnya bagi penerima ANUGERAH PENCAPAIAN


MATA PELAJARAN TERBAIK mengikut tahun.

Kita mulakan dengan penerima pencapaian


matapelajaran terbaik tahun 1. [Rujuk lampiran]

Majlis diteruskan dengan :


PENYAMPAIAN
HADIAH TAHAP 1. Penyampaian hadiah untuk TAHAP 2
2
Kita mulakan dengan penerima hadiah KEDUDUKAN
DALAM KELAS. [Rujuk lampiran]

2. Seterusnya bagi penerima ANUGERAH PENCAPAIAN


MATA PELAJARAN TERBAIK mengikut tahun.

Kita mulakan dengan penerima pencapaian


matapelajaran terbaik tahun 4. [Rujuk lampiran]

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada GPK HEM EN


SABERI B. MUSTAFA dan GPK KO EN. AHMAD SHAHROL NIZAM
B. MAT REJAB atas penyampaian hadiah sebentar tadi.

Montaj
PERSEMBAHAN Hadirin yang dihormati sekalian,
5
BORIA Kita rehat2 dahulu sambil menyaksikan persembahan murid
[11.35 PAGI] yang ke 5. Hadirin sekalian kita tampilkan persembahan boria yg
terdiri daripada murid-murid tahun _______________ dengan
lagunya yang berjudul Malaysia Baru.

Terima kasih dan tepukan gemuruh kepada pasukan boria skt3.

7
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan kumpulan penari
yang akan menampilkan tarian Sajojo dari Papua

DARI PAHANG PERGI KE MELAKA


SINGGAH SEBENTAR DI KOTA FAMOSA
BERMINGGU BERLATIH BERSENGKANG MASA
TEPUKAN GEMURUH BUAT SEMUA

Seterusnya majlis dengan sukacitanya menjemput, Yang


PENYAMPAIAN Berusaha GURU BESAR EN. HASSIM B. OTHMAN Diiringi GPK
HADIAH HEM EN. SABERI B. MUSTAFA untuk menyempurnakan
TAHUN 6 penyampaian hadiah bagi kategori:
(11.55 PAGI)

1. ANUGERAH PENCAPAIAN MATA PELAJARAN


TERBAIK
TAHUN 6

-RUJUK LAMPIRAN-

Warga cemerlang tersenyum manis


Hadir bersama ibu bapa wibawa
Sambutan anugerah penyeri majlis
Sematkan gagah di dalam jiwa

Seterusnya merupakan penyampaian anugerah-anugerah khas


buat pelajar-pelajar yang telah menunjukkan pencapaian yang
cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan kepimpinan
serta kokurikulum bagi sesi persekolahan 2016.

Bagi Anugerah Khas Tokoh AKADEMIK Terbaik tahun 2016


dipersilakan:
1.

Seterusnya Anugerah Khas Tokoh Kokurikulum 2016


dipersilakan:

1.

Anugerah seterusnya adalah Anugerah Tokoh Sahsiah


Terpuji.Dipersilakan;

1.

Anugerah yang terakhir adalah anugerah Tokoh Saidatina


Khadijah [Anugerah khas JQAF].Dipersilakan:
1.

8
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Guru
Besar dan Gpk Hem.

Hadirin sekalian anugerah-anugerah yang disampaikan sebentar


tadi merupakan 1 platform utk menggalakkan kemenjadian
murid dari segi akademik , sahsiah dan kokurikulum. Sekaligus
menjadi pedoman n ikutan kepada murid-murid lain agar
mereka terus berdisiplin dan berazam menjadi seperti tokoh-
tokoh murid sebentar tadi. Syabas kepada penerima anugerah
Khas tokoh sebentar tadi semoga anda terus cemerlang dan
gemilang membawa nama SK LKTP Tersang 3.

Hadirin sekalian.

Tibalah kita ke kemuncak majlis. Anugerah Tokoh Murid 2016.


Sebelum itu izinkan saya membacakan sedikit coretan tentang
murid yang akan dinobatkan sebagai Tokoh Murid 2016.

Murid ini adalah anak ke4 daripada 6 orang adik beradik.


TOKOH Ayahnya berasaldaripada________________________manakala
PELAJAR ibunya pula berasal daripada___________________________.
[12.30 T.HARI] Ayahnya merupakan seorang ____________________manakala
ibunya pula adalah seorang___________________________.

Hari lahirnya adalah tanggal 30. September. 2004.Beliau lahir di


Hospital Muadzam Shah, Rompin Pahang. Pernah menyertai
Perlawanan Bola Sepak hingga ke peringkat zon. Namun sukan
kegemaran beliau adalah bermain badminton.

Peribadi beliau sentiasa dipuji oleh guru-guru. Seorang yang baik


kepada rakan-rakannya, menghormati guru dan tentu sekali taat
kepada kedua ibubapa.

Jarang menonjolkan diri namun sentiasa steady. Keputusan


peperiksaan beliau tidak pernah mengecewakan. Tanggal 17
November 2016 beliau sekali lagi berjaya mengukir senyuman
buat kami warga SK LKTP TERSANG 3 kerana satu-satunya murid
yang berjaya mendapat 5A 1B dalam PEPERIKSAAN UPSR.
Keputusan ini sangat membanggakan kami warga sekolah dan
pastinya ibubapa beliau.

Murid yang dimaksudkan ini adalah Muaz Bin Hasan. Dengan ini
secara rasminya Adik Muaz dinobatkan sebagai TOKOH
PELAJAR SK LKTP TERSANG 3 SESI 2016.
9
Sebelum anugerah disampaikan, marilah sama-sama kita
saksikan tayangan video serba sedikit berkaitan dengan latar
belakang tokoh pelajar kita adik Muaz B. Hassan .

-selesai video-

Majlis seterusnya menjumput adik Muaz Bin Hassan bersama


ibubapa tersayang tampil ke pentas.

Majlis seterusnya menjemput Yang Berusaha Guru Besar En.


Hassim B. Othman diiringi GPK HEM En. Sabri B. Mustafa untuk
menyampaikan anugeraha kepada Tokoh Pelajar kita Adik Muaz
B. Hassan.

Adik Muaz menerima:

1.
2.
3.

Majlis merakamkan ucapan Tahniah kepada adik Muaz dan


ibubapanya.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Hasil kesungguhan, ketekunan guru dan dorongan keluarga yang


menjadi resepi sempurna dalam melahirkan pelajar yang
cemerlang, gemilang dan akhirnya terbilang insyaAllah... .
Semoga kejayaan adik Muaz ini akan membangkitkan semangat
pelajar SK LKTP TERSANG 3 untuk mencapai kejayaan
seumpamanya.

Hadirin sekalian

Adat bertamu ditempat orang


CABUTAN Dilayan dengan hati yang girang
BERTUAH Cabutan bertuah bermula sekarang
[12.45 t.hari] Hadiah lumayan bakal dibawa pulang.

Kita hangatkan kemuncak majlis kita hari ini dengan


mempersilakan NYDP PIBG En. Zaini B. Karim / GPK
KOKURIKULUM En. Ahmad Shahrol Nizam B. Mat Rejab Ke
Pentas Mencabut Nombor Dan Seterusnya Menyampaikan
Hadiah Kepada Hadirin Yang Bertuah.

Tahniah dan terima kasih diucapkan.

10
Hadirin yang dihormati sekalian, kita telah pun tiba di
penghujung majlis.
Penutup
(1.00 t/hari) Bersyukur kini kami panjatkan,
Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan....

Dengan berakhirnya penyampaian cabutan bertuah sebentar


tadi, maka berakhirlah sudah Majlis Anugerah Kecemerlangan
bagi tahun 2016.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar yang


menerima anugerah pada hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi
pendorong untuk anda terus cemerlang dalam bidang yang
diceburi di hari-hari yang mendatang. Renungilah kata-kata
seorang cendekiawan:

“Kejayaan yang luar biasa dicapai oleh orang biasa yang


berusaha secara luar biasa”
__________________________________________________
Sebelum tirai majlis dilabuhkan, majlis ingin merakamkan jutaan
terima kasih kepada semua hadirin atas kerjasama yang telah
diberikan.
Kami selaku pengacara majlis, mewakili jawatankuasa kerja
Majlis Anugerah Kecemerlangan 2016 menyusun jari memohon
maaf atas segala kekurangan,terlanjur kata mahupun tersilap
bicara sepanjang majlis berlangsung.

Merdu bertingkah alunan suara


Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta

SEKIAN WABILLAHITAUFIK WAL HIDAYAH…


WASSALAMUALAIKUM…..

11

Anda mungkin juga menyukai