Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS

KEPIMPINAN DUTA KECIL SEKOLAH SK SUALOK TAHUN 2022


QUE ANN CATATAN
INTRO
Assalamualaikum WBT dan selamat pagi.

Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama


menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Sekolah dengan iringan
muzik. Semua hadirin dipersilakan berdiri.

NYANYIAN

Hadirin dipersilakan duduk.


SALUTASI
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Yang berbahagia,
Encik Bakri bin Omar,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sualok

Yang berusaha,
Puan Jahalah binti Hammid,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang dihormati,
Encik Joe bin Lingal,
Penolong Kanan Pentadbiran

Encik James bin Emus,


Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru serta murid-murid SK Sualok yang dikasihi sekalian.

SELAMAT DATANG KE PROGRAM KEPIMPINAN DUTA


KECIL SEKOLAH KEBANGSAAN SUALOK TAHUN 2022

DOA Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala
hormatnya menjemput Ustaz Azam untuk memimpin bacaan
doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

BACAAN DOA

Amin amin ya rabbal alamin


UCAPAN DAN
PERASMIAN Hadirin sekalian,

Sudilah tuan jalan berlapan,


Jalan berlapan di malam kelam,
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Untuk meneruskan program hari ini, dijemput Encik Bakri bin


Omar selaku guru besar SK Sualok bagi menyampaikan ucapa
alu-aluan seterusnya merasmikan program pada hari ini.
dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian tuan


merasmikan program pada pagi ini.

CERAMAH Untuk pengetahuan murid-murid sekalian,


SLOT 1 & 2
Program kepimpinan duta kecil dilaksanakan bagi
meningkatkan keyakinan serta menambahkan pengetahuan
murid-murid sebagai pemimpin atau dikenali sebagai duta kecil
sekolah ini. DIharapkan murid-murid dapat mendengar dengan
teliti apa yang ingin disampaikan oleh guru-guru pada hari ini
agar matlamat dan objektif program dapat dicapai dengan
sebaiknya.

SLOT 1 akan disampaikan oleh Cikgu Mestan Appla yang


bertajuk PERANAN DUTA KECIL SEKOLAH

Tanpa membuang masa, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan.

CERAMAH SLOT 1

Program diteruskan dengan SLOT ke-2 yang akan


disampaikan oleh Cikgu Joe yang bertajuk CIRI-CIRI
KEPIMPINAN.
Dipersilakan.

CERAMAH SLOT 2
REHAT
Semua murid diminta untuk berkumpul semula di sini selepas
rehat kerana kita akan sambung program kita.

CERAMAH Program diteruskan lagi dengan SLOT 3 yang akan


SLOT 3 & 4 disampaikan oleh Sir Richard yang bertajuk Pengurusan
Masa. Dipersilakan.

CERAMAH SLOT 3

Seterusnya, slot terakhir akan disampaikan oleh Cikgu


Lobinus merangkap guru disiplin kita dengan tajuk
ceramahnya Displin Tonggak Kejayaan. Dipersilakan.

CERAMAH SLOT 4

Terima kasih kepada semua guru yang menyampaikan


ceramah pada pagi ini.

Pepatah melayu ada menyebut,

Nasihat jangan dilupa,


Amanah jadi pegangan.

Diharap murid dapat memperoleh pengetahuan dan


pengalaman serta dapat menanamkan semangat kepimpinan
dalam diri agar dapat menjadi duta kecil sekolah yang berjaya.

PENUTUP
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada hadirin sekalian yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam menjayakan program pada pagi ini.

Bunga dedap di atas para,


Anak Dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun, maaf dipinta.

Sebelum itu, dipersilakan pengawas-pengawas serta guru-guru


ke hadapan untuk sesi bergambar.

Anda mungkin juga menyukai