Anda di halaman 1dari 4

Bil AGENDA TEKS

Kata Alu-aluan Kompang Bergema Pusaka Bangsa


1 Pengacara Dipalu oleh Si Anak Muda
Majlis Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Berusaha
Pn. Zabidah binti Yusoff, Guru Besar SK Kg Kuala Pajam

Yang  Dihormati,
Pn. Siti Halijah binti Zainal Abidin
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Pn. Eshariza binti Arifin


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn. Norsarihawati binti Baharom


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan guru
Sekolah Kebangsaan Kg Kuala Pajam

Ibu bapa, penjaga & anak - anak


Sekolah Kebangsaan Kg Kuala Pajam
yang dikasihi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & salam


Malaysia Madani
Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta
limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam majlis
pelancaran PROGRAM GERAK MEMBACA SK KG KUALA
PAJAM BAGI TAHUN 2023.

Seluruh warga sekolah kebangsaan Kg Kuala Pajam turut


sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepadasemua ibubapa/penjaga dan anak - anak kerana sudi
meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan majlis
pada hari ini.

Bacaan Doa Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah


3. tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa
yang akan dibacakan oleh adik MUHAMMAD ASYIQ
MUAYYAD BIN HARIF. Majlis mempersilakan.

Amin amin ya robbal ‘alamin


Majlis mengucapkan terima kasih kepada atas pimpinan
bacaan doa itu tadi

Hadirin yang dihormati sekalian.


Program Gerak Membaca ini merupakan sebahagian
daripada gerakan membaca yang dijalankan pada setiap

tahun sebagai suatu usaha berterusan untuk membantu

murid mengatasi masalah keciciran / kelemahan,


khususnya dalam pembelajaran iaitu kelemahan
menguasai kemahiran 3M (membaca, menulis dan
mengira). Kali ini kita akan fokus kepada Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Arab.
Baik guru, ibubapa mahupun sahabat perlu sama - sama
membantu mereka untuk membina keyakinan diri dan
sekaligus membolehkan mereka menguasai bacaan
dalam ketiga -tiga bahasa ini, sama seperti murid - murid
lain.

Ucapan Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan
5. Perasmian yang akan disampaikan oleh Pn. Zabidah binti Yusoff, Guru
Besar SK Kg Kuala Pajam dan seterusnya merasmikan

PROGRAM GERAK MEMBACA BAGI TAHUN 2023

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


………………….

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan


terima kasih kepada Pn Zabidah binti Yusoff, Guru besar SK
Kg Kuala Pajam atas ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga
segala amanat dan ucapan itu tadi dapat kita hayati dan
ambil tindakan bersama.

Untuk pegetahuan semua, idea program Gerak Membaca ini


dicetuskan sendiri oleh Pn Guru Besar, Pn Zabidah binti
Yusoff bagi memastikan semua murid SK Kg Kuala Pajam
mahir membaca dan apat menaakul atau memahami apa
yang dibacanya.

Majlis Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada


7. Penyampaian barisan mentor yang terlibat. Untuk pengetahuan semua,
Sijil mentor murid mentor ini dipilih dari kalangan rakan sekelas mentee-
mentee yang ada . Untuk itu, majlis menjemput sekali lagi, Pn
Zabidah binti Yusoff untuk menyampaikan sijil tersebut.
Dipersilakan....

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar SK Kg


Kuala Pajam, Pn Zabidah binti Yusoff atas penyampaian sijil
itu tadi.

Majlis Penutup Dengan berakhirnya penyampaian sijil itu tadi, maka


8. selesailah sudah Majlis Perasmian Program GERAK
MEMBACA SK KG KUALA PAJAM BAGI TAHUN 2023
Mohon Ibubapa/penjaga untuk kekal berada di foyer bagi sesi
teklimat bersama Pn Guru Besar.

Manakala murid - murid pula boleh bergerak masuk ke kelas


dalam barisan.

Dengan ini saya sudahi dengan

Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullah


hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai