Anda di halaman 1dari 3

Teks Pengacaraan Program Pelancaran NILAM/Minggu Bahasa 2023/2024

UCAPAN ALU-ALUAN SELAMAT DATANG

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Haniza binti Hamzah selaku Ketua Guru Bertugas pada
minggu ini.

Yang Berusaha,
Pn Rosmalelawirawati binti Saman, Pengetua SMK Sungai Kob,
En.Phea Chung Weng, Penolong Kanan Pentadbiran,
Tuan Haji Mat Ropi bin Mat Ali, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pn Noormazidah binti Mohammed Sohaini, Penolong Kanan Kokurikulum
Pn Siti Norah binti Dolah, Penolong Kanan Tingkatan 6
Pn Nor Zamzura binti Mat Desa, Penolong Kanan Pendidikan Khas
Barisan Guru-guru Kanan, Kaunselor,
Seterusnya para guru dan rakan murid yang dihormati,

Mari menjahit kain perca,

Buat mengelap air yang tumpah,

Marilah kita tekun membaca,

Program Nilam disambut meriah.

Dalam suasana ceria penuh harmoni, pada pagi yang indah ini, kita akan menyaksikan satu
majlis perasmian Program Pelancaran NILAM dan Minggu Bahasa SMK Sungai Kob bagi Tahun
2023.

Untuk pengetahuan hadirin, program Nadi Ilmu Amalan Membaca ataupun singkatannya
NILAM ini merupakan satu program yang dirancang khusus di bawah Program Pusat Sumber
SMK Sungai Kob. Antara tujuannya adalah untuk memupuk dan menggalakkan minat
membaca dalam kalangan murid.

Program NILAM ini sebenarnya bukanlah hanya tertumpu kepada subjek bahasa sahaja,
namun ia merangkumi kesemua subjek yang kita pelajari di sekolah dimana akan menjadi
sumber bahan bacaan sama ada di bawah kategori buku atau bukan buku. Pihak PSS amat
menggalakkan penyertaan murid dalam setiap program kerana kami akan menyediakan sijil
dan hadiah setara dengan pertandingan yang rakan murid sertai.
Program ini juga diharap menjadi penggerak untuk pelajar sentiasa mengunjungi pusat
sumber sekolah yang merupakan gedung ilmu pengetahuan dan menerapkan budaya
membaca sebagai amalan hidup.

UCAPAN GURU KANAN BAHASA

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis dimulakan dengan menjemput dan mempersilakan Pn Syuhairah binti Ahmad Puzairi,
Guru Kanan Bahasa untuk menyampaikan ucapan .Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Syuhairah.

Negara ini negara mulia,

Tamadun terkenal serata buana,

Ucapan pelancaran dengarkan segera,

Bukan sekadar ungkapan biasa.

Majlis diteruskan lagi menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Pn. Rosmalelawirawati
binti Saman, Pengetua SMK Sungai Kob untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
Program Pelancaran NILAM dan Minggu Bahasa bagi tahun 2023.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

………………………………………………………

(Gimik perasmian)

Begitulah tadi gimik perasmian Program NILAM dan Minggu Bahasa SMK Sungai Kob bagi
Tahun 2023. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Pengetua atas kesudian
merasmikan majlis sebentar tadi.

PERSEMBAHAN MURID

Para guru dan murid yang dihormati,

Majlis kita diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan

___________________________________________________

untuk tampil bagi menyampaikan persembahan. Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan.
 Majlis mengucapkan terima kasih

PENUTUP

Begitulah berakhirnya majlis kita pada hari ini. Semoga semua guru dan murid dapat
memberikan komitmen dan sokongan kepada program NILAM dan pertandingan-
pertandingan sempena Minggu Bahasa.

Saya serahkan kembali majlis kepada guru bertugas. Terima kasih. Assalammualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai