Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MINGGU PSS DAN PEMERKASAAN NILAM

SMK MIHARJA BAGI TAHUN 2023

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wArahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera


KATA ALU-ALUAN
Yang Berusaha, Dr Shamsudin bin Mohamad, Pengetua SMK Miharja

Pn Hanim Bt Kamari, Guru Penolong Kanan Kurikulum

En Halim Bin Ismail, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Cik Kamala Devi a/p Subramaniam, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Pn Nor Mazlinda binti Mohamed Zi, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas

Barisan Guru Kanan, Kaunselor-kaunselor sekolah, guru-guru dan murid-murid SMK Miharja
yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha
Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu, kesempatan dan
dianugerahkan kesihatan yang baik untuk kita berkumpul dalam majlis PELANCARAN
PROGRAM MINGGU PSS DAN PEMERKASAAN NILAM SMK MIHARJA BAGI TAHUN 2023.

Hadirin yang dirahmati sekalian,


Minggu Pusat Sumber Sekolah ini diadakan untuk membudayakan sikap suka membaca dalam
kalangan warga SMK Miharja khususnya para pelajar. Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan
sepanjang minggu PSS yang dapat memberi ilmu di samping para pelajar dapat mempamerkan
bakat yang terpendam.

Antara aktiviti tersebut ialah :


 PERTANDINGAN BICARA BUKU BM DAN BOOK REVIEW BI
 PERTANDINGAN TULISAN CANTIK
 PERTANDINGAN JEJAK MAKLUMAT
 PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO KREATIF dan
 CABUTAN BERTUAH PEMINJAM BUKU SERTA PENGGUNA PSS

Manakala Program PEMERKASAAN NILAM merupakan usaha Kementerian Pelajaran


Malaysia yang bermatlamat membina tabiat membaca dalam kalangan murid dari sekolah rendah
sehingga sekolah menengah. Rasional program ini untuk memastikan budaya cintakan ilmu berjaya
dipupuk dalam kalangan semua lapisan masyarakat terutamanya murid-murid sekolah selaras
dengan hala tuju kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang kaya bermaklumat. Program ini
akan dijalankan sepanjang tahun. Antara program yang dirancang adalah membaca dan merekod
bacaan NILAM, Pertandingan Sudut NILAM di dalam Kelas, Pembaca terbanyak bulanan, dan
Tokoh NILAM peringkat sekolah.

Maklumat lanjut berkenaan aktiviti sepanjang Minggu PSS dan Pemerkasaan Nilam akan
dipanjangkan ke setiap kelas. Diharap para pelajar memberikan kerjasama dengan menyertai
pelbagai aktiviti yang telah dirancang.

UCAPAN & Makan nasi di tepi bendang,


PERASMIAN bersambal tumis ikan bilis,
PENGETUA datanglah tuan kami mengundang,
tampil ke depan merasmi majlis.
Hadirin dan hadirat sekalian

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya menjemput Dr Shamsudin bin
Mohamad, Pengetua SMK Miharja untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Program
Minggu PSS dan Pemerkasaan NILAM SMK Miharja bagi tahun 2023.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********************************** ucapan******************

Demikianlah tadi ucapan perasmian yang telah disempurnakan oleh Dr Shamsudin bin Mohamad,
Pengetua SMK Miharja.

Seterusnya, majlis sekali lagi menjemput Dr Shamsudin bin Mohamad dan barisan pentadbir naik
ke pentas untuk menyempurnakan gimik pelancaran Minggu PSS dan Pemerkasaan NILAM.
Dipersilakan.

*********************************** perasmian***************

Terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir atas penyempurnaan gimik pelancaran sebentar
tadi.

UCAPAN Hadirin sekalian,


PENYELARAS
PROGRAM Dengan berakhirnya persembahan murid sebentar tadi, maka berakhirlah majlis Perasmian Minggu
Bahasa pada hari ini.
Diharapkan murid-murid mendapat manfaat daripada program yang telah dirancang untuk meningkatkan
penguasaan bahasa dari segi keyakinan, kefasihan, berfikiran tajam, kemahiran berhujah secara spontan,
berkemahiran mengutarakan hujah-hujah yang bernas dan teratur, betul, tepat dan gramatis melalui
penyertaan murid dalam aktiviti kebahasaan

PENUTUP Dengan berakhirnya ucapan penyelaras program itu tadi, maka berakhirlah Majlis Pelancaran
Minggu PSS dan Pemerkasaan NILAM untuk tahun ini.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Barisan Pentadbir, guru-guru
serta murid-murid sekalian atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Kami bagi pihak Pusat Sumber Sekolah juga ingin menyusun sepuluh jari memohon seribu
kemaafan sekiranya terdapat sebarang kecacatan dan kepincangan sepanjang perjalanan majlis ini.

Tinggi sungguh pohon cemara,


Tegak merimbun di tengah kota,
Tersalah, terkasar butir bicara,
Sepuluh jari maaf dipinta.

Mari dipetik sirih puan,


sirih dipetik di tepi perigi,
terima kasih tuan dan puan,
di lain masa berjumpa lagi

Sekian, dengan lafaz wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah

Anda mungkin juga menyukai