Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN

PUAN HAJAH ZUBIDAH BT MD YUNOS, AAP


SEMPENA
MAJLIS HARI LAHIR ASRAMA PUTERI SABKL
JANUARI HINGGA OGOS
2023

Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih saudari pengerusi majlis.

Yang Berusaha Pn Rafidah Bt Kamson,


Penolong Kanan Pentadbiran.

Yang Berusaha Pn Assemah Bt Johan,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Yang Berusaha Pn Shahzehan Bt Mohamed @ Shaail


Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru Kanan Matapelajaran


Warden-warden
Penyelia Asrama
Guru-guru SisKA
dan yang diraikan, puteri-puteri asrama sekalian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Salam sejahtera dan Salam Malaysia Madani.

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana


dengan limpah perkenan dan izinNya, dapat kita bersama-sama pada
petang ini untuk meraikan hari lahir anak-anak asrama puteri SABKL.
Pertama sekali saya mengucapkan tahniah kepada warden-warden dan
guru-guru SisKA kerana berjaya mengadakan majlis sambutan pada tahun
ini. Saya yakin, walaupun majlis ringkas dan padat, namum sambutan ini
pastinya memberi seribu satu memori indah kepada anak-anak asrama
sekalian.
Hadirin Sekalian,

Majlis sebegini bukanlah menjadi perkara yang baharu, kerana melalui


majlis ini kita dapat mengeratkan lagi tali silaturahim antara satu sama lain
. Sebenarnya, sambutan hari lahir memberikan banyak impak yang positif
dalam membina lingkungan asrama yang sihat dan bertolak ansur antara
satu sama lain. Seterusnya, dapat menjalin hubungan yang erat antara
guru-guru dan anak-anak puteri asrama SMK Aminuddin Baki, Kuala
Lumpur.

Untuk pengetahuan anak-anak asrama juga, majlis hari lahir ini


merupakan salah satu cabang di bawah program Guru Penyayang.
Program ini sebenarnya meningkatkan sifat ambil berat atau kepedulian
guru terhadap murid-muridnya. Sifat ini akan dibentuk dengan cara
mengamalkan nilai kasih sayang, kemesraan, mengambil berat, saling
hormat-menghormati, sentiasa ceria dan sabar. Di samping. itu, program
sebegini diharapkan dapat menawan jiwa raga murid untuk menyayangi
sekolah, guru, ibu bapa dan negara. Justeru, saya berharap anak-anak
asrama sedar bahawa kami barisan guru SMK Aminuddin Baki sentiasa
mengambil berat pelajar-pelajar asrama.

Hadirin Sekalian,

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan syabas


kepada tenaga penggerak majlis dan kepada semua ahli jawatankuasa
dalam menjayakan majlis ini. Saya juga mengambil kesempatan untuk
mengucapkan selamat hari lahir Januari hingga Ogos kepada warga
ASABKL. Semoga dengan majlis ini, dapat melahirkan rasa cinta yang
mendalam terhadap asrama

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai