Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PERASMI

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah
menjemput saya untuk merasmikan Program Sambutan Hari Guru & Mini
Kaamatan Peringkat SK Gana Tahun 2023 . Saya juga ingin mengucapkan
syabas dan tahniah kepada pihak sekolah dengan Kerjasama PIBG yang berjaya
mengadakan program ini sebagai satu program tahunan di sekolah ini demi
kepentingan murid-murid dan meraikan para guru.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

“Kaamatan Membudayakan Perpaduan”. Tema Kaamatan tahun ini dipilih adalah


tepat dan bersesuaian pada masa nya dimana elemen ini merupakan pemangkin
utama ke arah kemajuan dalam pelbagai bidang khususnya dalam pendidikan. Hal
ini kerana semangat kekitaan dan kebersamaan dalam memupuk kebudayaan,
melalui penganjuran majlis seperti sambutan mini kaamatan sebegini akan dapat
melahirkan ikatan perpaduan yang kukuh dikalangan kita tanpa mengira bangsa dan
anutan agama. Misalnya kita dapat melihat, anak-anak murid kita menyertai
pelbagai pertandingan yang diadakan sepanjang program dan ini secara tidak
langsung dapat meningkatkan jasmani, emosi, intelek, social dan rohani mereka.

Hadirin yang dirahmati,

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru
kepada semua warga pendidik SK Gana, Kota Marudu. Bukan mudah memikul
tanggungjawab seorang guru. Seorang guru perlu dedikasi, jujur, dan ikhlas dalam
melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab. Saya amat mengagumi dan
menghargai semua guru yang tidak pernah jemu mendidik anak-anak bangsa demi
negara. Terima Kasih Cikgu. Kalianlah insan terpilih dan bertuah kerana dengan
Amanah berat yang dipikul, kalian menduduki satu darjat yang paling mulia
sepanjang zaman. Oleh itu, majlis yang diadakan ini merupakan salah satu cara kita
juga untuk menyampaikan penghargaan kepada guru-guru atas jasa dan bakti yang
dicurahkan. Sesuai dengan tema hari guru pada tahun ini, “Guru Insani Pemangkin
Generasi Madani”

Anak-anak yang dikasihi,

Hargailah jasa guru-guru yang telah mendidik dan membimbing kamu sejak kamu
mengenali huruf hinggalah belajar teori dan praktikal. Sama-sama memanjatkan
doa agar warga pendidik kita sentiasa diberi kekuatan, kegigihan dan kesihatan agar
dapat meneruskan komitmen dalam menjadikan anak-anak semua berjaya pada
masa hadapan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Seperti yang kita maklum, hari ini serentak kita meraikan Hari Guru dan Hari
Kaamatan. Oleh itu saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan
dan Selamat Hari Guru kepada semua warga SK Gana.

Dengan lafaz Bismillahnirrhman Nir rahin/ Digerak oleh iltizam mencapai


kecemerlangan, saya dengan ini MERASMIKAN, Program Sambutan Hari Guru &
Mini Kaamatan Peringkat SK Gana Tahun 2023.

Sekian, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai