Anda di halaman 1dari 3

Yang saya hormati, En Nur Azhar bin Hj Wamin, YDP PIBG SK.Seri Bulan.

2. Yang Berusaha Pn Hanizah binti Md Said , GPK Kokurikulum SK Seri


Bulan merangkap Pengurus Kejohanan Sukan Sekolah.

Pn Wahidah binti Ibrahim


Guru Besar SK Seri Bulan
3. Guru- guru kanan, Para Ajk PIBG sekolah, ibu bapa dan murid-murid
sekalian.

Telebih dahulu, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana


dengan limpah kurnianya , dapat kita bersama-sama meraikan Temasya
sukan sekolah kali 37.

Tahniah diucapkan kepada barisan guru-guru dan juga barisan PIBG SK


Seri Bulan kerana bertungkus lumus merealisasikan Temasya Sukan
Sekolah pada hari ini.

Hadirin Sekalian,
Terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang hadir pada hari ini.
Sokongan yang sebeginilah yang selalu kita harapkan daripada semua ibu
bapa.Ini membuktikan bahawa para ibu bapa sekolah ini amat prihatin
dengan aktiviti-aktiviti yang sekolah adakan untuk anak-anak kita. Tahniah
daripada saya.

Tuan-Tuan dan puan,

Temasya Sukan Sekolah diadakan pada setiap tahun adalah


untuk membina semangat kesukanan anak-anak kita. Ianya bukan
sekadar satu temasya bagi mengukur kemampuan anak-anak kita
bertanding dalam acara-acara sukan tetapi temasya ini juga membina
keyakinan diri serta suntikan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid-
murid. Elemen ini sangat penting bagi mengiktiraf keboleh mampuan
berfikir dalam menjana kemenjadian murid yang cemerlang dan bersahsiah
mulia.
Hadirin sekalian,
Temasya sukan sekolah ini adalah salah satu daripada usaha sekolah
dalam memastikan akses pendidikan yang berkualiti untuk setiap murid
berupaya memberi kesan berganda dalam bidang pembelajaran. Ini secara
tidak langsung dapat melonjakkan pencapaian murid-murid dalam bidang
pembelajaran khasnya.

Badan sihat otak cerdas boleh dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti jasmani


yang diadakan di sekolah. Elemen ini sangat dititik beratkan oleh pihak
sekolah bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
intelektual dan rohani. Inilah modal insan yang bersifat holistik yang bakal
kita lahirkan pada hari ini dan juga pada masa akan datang.

Insya Allah. Saya mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan dapat


memberikan sokongan kepada anak-anak untuk bergiat cergas dalam
aktiviti kokurikulum kerana potensi dan penglibatan pelajar dalam bidang
kokurikulum akan membantu pelajar mencipta kecemerlangan dalam
bidang kurikulum. Momentum seperti inilah yang kita perlukan agar anak-
anak kita sentiasa cerdas dan cergas sama ada di sekolah mahupun di
rumah. Maka akan lahirlah pelajar minda kelas pertama yang senantiasa
kita harapkan.

Dengan adanya kerjasama dua hala ini, saya berharap agar sekolah SK.
Seri Bulan akan terus cemerlang dalam bidang Kokurikulum khasnya. Saya
juga berharap agar warga pendidik dan murid –murid dapat bersama-sama
menguatkan tekad dan usaha bagi memastikan bidang kokurikulum akan
terus cemerlang pada masa akan datang.

Sebelum saya akhiri kalam, saya mengucapkan selamat bertanding


kepada murid-murid saya. Kalah atau menang bukan ukuran tetapi
semangat kesukanan yang kental itu yang perlu ada dalam setiap jiwa
anak-anak.
Dengan lafaz ‘Bismillahhirrahmannirrahim’ saya merasmikan kejohanan
olahraga SK SERI BULAN KALI KE 37.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai