Anda di halaman 1dari 2

ISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ASALAMUALAIKUM, SELAMAT SEJAHTERA


SELAMAT PAGI ,SALAM PERPADUAN, SALAM SATU MALAYSIA

Terima kasih kepada pengerusi majlis,

Yang berusaha, Pn. Ong Bee Yong - Guru Besar SK. Subang Jaya

Yang Dihormati, Ahli Jawatankuasa PIBG Sk. Subang Jaya

Yang Dihormati, Barisan Penolong Kanan SK. Subang Jaya, Guru - guru, Tuan-tuan, puan-
puan dan semua murid yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia Nya dapat kita bersama-
sama berkumpul untuk menjayakan Temasya Sukan Tahunan Sk. Subang Jaya kali Ke-30,
2013.

Sidang hadirin yang berbahagia.

Sukan adalah satu kaedah untuk membina peribadi mulia dalam kalangan kita. Dengan
memberi latihan yang sepadu merangkumi minda, fizikal, otot, saraf, emosi dalam lain-lain
faktor sama ada dalaman atau luaran akan membentuk seorang murid yang patuh dengan
aturan dan secara tidak langsung mendidik seorang atlet berhemah tinggi, bertanggungjawab,
berdisiplin dan membina jati diri ke arah kepimpinan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Pihak sekolah sentiasa mendukung hasrat KPM dengan sentiasa responsif terhadap keperluan
pelajar ke arah pemupukan dan membina bakat bagi murid yang berkecenderungan
memilih  kerjaya mereka dalam apa jua bidang sukan. 

Sukan pada hari ini bukan setakat satu aktiviti hobi dan riadah, bahkan ia telah menjadi satu
gaya hidup sihat, dan merupakan pelaburan terhadap kesihatan dan ekonomi yang
menguntungkan.

Adalah tidak mustahil jika hari ini murid-murid yang berlari berkaki ayam di atas trek rumput
tetapi pada satu hari nanti dengan bimbingan dan tunjuk ajar serta bakat yang ada murid tadi
akan belari di persada trek antarabangsa mengibarkan bendera negara.
Untuk mencipta nama perlu kepada usaha yang gigih dan sepenuh tumpuan kepada latihan
yang sepadu. Dalam hal ini atlet Malaysia amat beruntung kerana kerajaan sentiasa memberi
pelbagai imbuhan dan kemudahan.

Dalam konteks sekolah, semua murid amat bertuah sekali kerana pihak sekolah sentiasa
memberi galakan dan dorongan yang berterusan serta memberi peluang yang seluas-luasnya
kepada murid dalam bidang sukan.

Sememangnya aktiviti sukan sama ada sukan permainan atau sukan olahraga cukup penting
kepada rakyat dan negara, khususnya generasi anak bangsa pewaris nusa yang tercinta.
Selain dapat menjamin kecergasan, kecerdasan minda dan kesihatan, aktiviti sukan yang
melibatkan murid daripada pelbagai kaum dan agama dapat memupuk semangat kesukanan
dan perpaduan sekali gus mengeratkan tali silaturahim dan muhibah. 

Sebagai mengakhiri ucapan ini, sekali saya ingin mengambil kesempatan pada pagi yang
meriah ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada AJK
Pelaksana Temasya Sukan Tahunan kali ke 30, 2013 dan semua yang telah terlibat menjayakan
sukan pada tahun ini. Dengan lafaz Bisbilahirahmanirahim..saya merasmikan Temasya Sukan
Tahunan Sk. Subang Jaya Kali ke-30, 2013.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai