Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN DAN PENUTUPAN

YANG BERHORMAT EN CHARLES O PANG SU PIN


ADUN N44 KARAMUNTING
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUPAN
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK ST. GABRIEL
KALI KE-33 TAHUN 2015

Yang Dihormati, Puan Salbiah Bt. Haron, YDP Persatuan Ibu Bapa dan Yang
Dihormati, Tuan Haji Ashmar Bin Haji Labadu, Guru Besar SK St. Gabriel;
Yang Berusaha, Penolong-penolong Kanan, Ahli Jawatankuasa PIBG, guruguru, tuan-tuan, puan-puan dan semua murid yang dikasihi sekalian.
Salam sejahtera, Salam perpaduan dan Salam Satu Malaysia
Saya amat berbesar hati pada hari ini kerana dapat meluangkan masa
bersama-sama warga sekolah ini pada Majlis Perasmian dan Penutupan Kejohanan
Sukan Tahunan SK St. Gabriel kali Ke-33, 2015.
Sidang hadirin yang berbahagia.
Bidang sukan merupakan antara platform terbaik untuk melahirkan muridmurid yang cergas fizikal dan mental. Menerusi latihan yang konsisten dan
seimbang daripada pelbagai aspek yang merangkumi minda, fizikal, otot, saraf dan
emosi, sukan juga mampu membentuk seorang murid yang cergas, patuh dengan
aturan dan secara tidak langsung membentuk seorang atlet yang berhemah tinggi,
bertanggungjawab,

berdisiplin

dan

mempunyai jati

diri

yang

kental

serta

mempunyai daya kepimpinan.


Hadirin yang dihormati,
Dasar 1 Murid 1 Sukan merupakan satu langkah yang tepat untuk mencapai
matlamat tersebut. Dasar yang mewajibkan setiap murid yang sihat mengikuti
sekurang-kurangnya

satu

aktiviti

sukan

di

sekolah

bukan

sahaja

mampu

mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah dan merapatkan silaturrahim warga

sekolah

dan masyarakat setempat, malahan, pendekatan

ini akan

menjadi

pemangkin ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.


Tuan-tuan dan puan-puan,
Kejohanan ini tidak semata-mata menentukan juara dan pemenang bagi
sesuatu acara, perkara yang lebih penting ialah kejohanan ini memberikan
pendidikan secara tidak langsung kepada murid-murid dan atlet bahawa kejayaan
hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan, perancangan yang rapi dan
pengorbanan.

Tidak

ada

kejayaan

yang

mudah

dicapai

melainkan

melalui

perjuangan yang berterusan. Kejohanan ini juga adalah landasan ke arah


perpaduan, menjalin sifat hormat-menghormati dan semangat kerjasama yang
tinggi. Matlamat akhirnya nanti adalah untuk membentuk sebuah masyarakat dan
warganegara yang berjiwa kental, patriotik dan saling berkasih sayang.
Kegiatan sukan yang berterusan akan menjadi satu daripada benteng yang
menjadi penghalang kepada murid-murid daripada terlibat dalam pelbagai aktiviti
yang tidak sihat. Melalui latihan persiapan mental dan spiritual, seseorang atlet itu
dilatih agar mempunyai daya saing dan semangat yang tinggi. Kita harus sedar
bahawa melalui kegiatan sukan, kita mampu membangun modal insan yang
berkualiti dan insan yang memiliki minda kelas pertama yang menjadi peneraju
negara pada masa hadapan. Melalui kegiatan sukan bukan sahaja akan melahirkan
pelajar yang sihat fizikalnya tetapi pelajar yang memiliki cergas mindanya.
Hadirin yang dikasihi
Aktiviti sukan juga berupaya memupuk perpaduan antara kaum dalam
kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan
Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Rakyat tidak harus alpa dengan
kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan
harmoni. Indikator terbaik ke arah itu ialah melalui sukan. Semangat kerjasama dan
bertoleransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli
sukan mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa,
dan agama.
Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada AJK
Pengelola kerana telah dapat menganjurkan Kejohanan Sukan Tahunan SK St.
Gabriel Kali Ke-33 dengan jayanya. Kepada para atlet yang mengambil bahagian

dan meraih pingat kejohanan sepanjang hari ini, saya ucapkan tahniah dan kepada
yang tidak berjaya janganlah berputus asa, kerana penyertaan anda sudah pun
menunjukkan bahawa anda telah mencipta kerjaya.
SAYA DENGAN INI MERASMIKAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK ST. GABRIEL KALI
KE -33 .
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai