Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PENGERUSI

Salam sejahtera, salam Malaysia Prihatin, Salam KENT, Kerana Engkau Nama
Terbilang.

Yang Berbahagia, Dr. Hajah Rosmawati Binti Hamzah B.S.K, Pengarah IPG Kampus
Kent. Yang Berusaha, Dr. Jais Bin Abdul Hamid B.S.K, Ketua Jabatan Pengajian
Sains Sosial IPG Kampus Kent. Yang Berusaha, Encik Daniel Hedwig Chew, Ketua
Unit Pendidikan Jasmani IPG Kampus Kent. Ahli-ahli Jawatankuasa Pengelola yang
terdiri daripada pelajar Elektif Pendidikan Jasmani Ambilan Jun 2019 dan 2020
dengan kerjasama pelajar Elektif Pendidikan Kesihatan Ambilan Jun 2019. Para
pensyarah, pasukan-pasukan yang bertanding, serta para pelajar sekalian.

Syukur ke hadrat Tuhan yang Maha Esa kerana dengan izin-Nya kita berpeluang
untuk berhimpun dalam Majlis Penutupan Karnival Sukan dan Kebudayaan IPG
Kampus Kent tahun 2022. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada Dr. Pengarah kerana meluluskan program Karnival Sukan dan
Kebudayaan peringkat IPG Kampus Kent untuk tahun ini dan memberi sumbangan
bagi memeriahkan lagi karnival ini. Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih
kepada pihak pensyarah atas sokongan dan bantuan yang diberikan sepanjang kami
mengelola program ini. Begitu juga kepada ajk yang terlibat, ucapan terima kasih
yang tidak terhingga atas kerjasama yang padu sepanjang mengurus program ini
sehinggalah selesai.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Sepertimana yang kita telah ketahui, Karnival Sukan dan Kebudayaan ini telah
menerima penyertaan seramai 820 pelajar iaitu 350 lelaki dan 470 perempuan.
Terdapat 10 acara yang dipertandingkan 5 permainan tradisional iaitu tarik upih,
rampanau, tarik tali, lumba tempurung dan terompa gergasi manakala selebihnya
permainan bola tampar, bola jaring, bola sepak, futsal dan badminton.
Program Karnival Sukan dan Kebudayaan yang dianjurkan oleh institusi ini
merupakan satu platform yang amat strategik kepada para guru pelatih untuk
menimba pengalaman mengelola dan menguruskan sesuatu pertandingan. Ada
pepatah mengatakan bahawa sambil menyelam sambil minum air, begitu jugalah
kepada pasukan bertanding di mana sambil bermain pelajar dapat mengembangkan
bakat, potensi dalam permainan yang dipertandingkan dan melahirkan modan insan
yang sihat dan cergas. Hubungan silaturahim juga dapat dipupuk dan wahana
pergerakan pendapat antara guru pelatih dan pensyarah-pensyarah juga dapat
ditingkatkan.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Akhir kata, diharapkan kejayaan penganjuran Program Karnival Sukan dan


Kebudayaan tahun 2022 peringkat IPG Kampus Kent ini menjadi simbol kejayaan
IPG Kampus Kent dalam membudayakan aktiviti bersukan dan melahirkan para insan
bakal pendidik yang seimbang dan bersepadu dari segi rohani, jasmani, emosi, sosial
dan intelek. Segala kelemahan dan kekurangan sepanjang program karnival ini dapat
diperbaiki bersama untuk program pada masa akan datang.

Dengan itu, saya berharap Program Karnival Sukan dan Kebudayaan seperti ini
akan dianjurkan lagi pada masa akan datang agar dapat menjadi salah satu asas
kepada pengaplikasian pengetahuan dan pengalaman ke arah pembangunan diri
sebagai insan guru yang ideal serta pemantapan semangat sukan yang tinggi dalam
kalangan para bakal pendidik IPG Kampus Kent.

Sekian dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai