Anda di halaman 1dari 1

Kata-kata aluan YDP PIBG di Mesyuarat Agung PIBG kali ke 5 Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.

t Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan keizinan-Nya, maka kita dapat sekali lagi bertemu dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan pelajar. Saya juga berharap dalam pertemuan seperti ini kita dapat bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG sekolah ini. Kami AJK PIBG sesi 2013/2014 telah cuba untuk menjalankan tugas kami dengan cara yang terbaik. Didalam segala tindakan kami, kami sentiasa memikirkan kepentingan dan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini khasnya. Sumbangan tuan/puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu program-program sekolah bertujuan meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Tuan/puan bolehlah melihat buku aturcara mesyuarat agung kali ini dimana terdapat di dalamnya mengenai aktiviti PIBG dan juga sumbangan PIBG kepada sekolah. Pada sesi 2013 / 2014 ini, PIBG telah meneruskan kesinambungan aktiviti untuk kecemerlangan pelajar seperti mengadakan beberapa siri kelas tambahan bagi kelas-kelas peperiksaan yang diberi nama `Perkampungan Ilmu pada cuti semester yang lal u. Selain itu, PIBG juga membantu memberi sumbangan kepada pakar motivasi yang telah memberi ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar kelas peperiksaan. Sehubungan dengan itu, saya mengambil kesempatan ini menyeru ibu bapa yang dermawan atau yang berkemahiran dalam bidang-bidang tertentu tampil memberi sumbangan membantu pihak sekolah dalam menentukan penerusan kecemerlangan pendidikan anak-anak kita. Di samping kemajuan akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan pembangunan sahsiah pelajar agar anak-anak kita selamat meneruskan kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi yang penuh dengan cabaran. Mudahmudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita berjaya menjadi insan cemerlang tercapai selaras dengan visi dan misi SM Sains Kepala Batas. Saya berharap agar Ahli Jawatankuasa PIBG baru yang akan dilantik kelak dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan kecemerlangan SM Sains Kepala Batas Sekian, terima kasih. YDP PIBG

Anda mungkin juga menyukai