Anda di halaman 1dari 12

TEKS UCAPAN

PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH PELAJAR


SALUTASI

1. Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam,


selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi
Muhammad S.A.W serta para sahabat dan ahli
keluarga Baginda. Marilah kita merafakkan setinggi
kesyukuran ke hadrat Allah kerana dengan limpah
kurnianya kita masih lagi diberi peluang
meneruskan tugas sebagai hamba Allah untuk
melaksanakan amalan kebaikan di muka bumi ini.

2. Pertamanya, saya mengucapkan ribuan terima


kasih kepada pihak penganjur, khususnya Pejabat
Pendidikan Daerah Bera kerana sudi menjemput
saya bagi merasmikan majlis ini.

3. Tahniah juga diucapkan kepada anak-anak pelajar


yang telah terpilih untuk menyertai program yang
sangat bermanfaat ini. Ia suatu program yang
dipenuhi dengan mutiara ilmu. Dalam usia yang
muda ini, anak-anak sudah didedahkan dengan
ilmu agama yang akan menjadi pendinding diri.

4. Sesungguhnya anak-anak di hadapan saya ini


adalah masa hadapan agama dan negara kita.
Pernah diceritakan bahawa pada zaman Rasulullah
SAW, sebelum bermulanya satu peperangan Nabi
Muhammad SAW menyeru seruan jihad kepada
para sahabat-sahabat Baginda SAW. Baginda akan
mengumpulkan para-para sahabat dan memilih
siapakah yang layak untuk pergi berjuang bersama-
sama baginda.
5. Ketika mana Baginda Nabi s.a.w melaungkan jihad
(menyeru sahabat untuk pergi berperang) dengan
bersabda: “ Di antara semua yang hadir ini,siapakah
yang bersedia menyertaiku di dalam peperangan
nanti?"

6. Maka ramai sahabat-sahabat nabi yang


menawarkan diri ingin turut serta di dalam
peperangan tersebut. Di dalam ramai-ramai yang
menawarkan diri untuk pergi berperang itu ada
seorang kanak-kanak lelaki melompat-lompat
agar dirinya dapat dilihat oleh Rasulullah
dengan harapan dirinya terpilih untuk menyertai
peperangan itu.

7. Lalu Baginda s.a.w bersabda : "Wahai Anak ku,


buat masa sekarang engkau tidak lagi diwajibkan
berperang atas dirimu"

8. Lihatlah contoh kanak-kanak pada zaman Nabi


Muhammad SAW yang menunjukkan
keberaniannya untuk ikut serta di dalam
peperangan menentang musuh Islam.

Hassan dan Hussin cucu Nabi mengajar Orang


tua mengambil wudhu’
9. Pada kisah yang lain, dua orang cucu Rasulullah
yang tersohor itu mengambil wudhu’ bersama -sama
di suatu tempat. Ketika itu mereka masih kecil.
Tiba-tiba, datang seseorang yang sudah berumur
mengambil wudhu’ di kawasan yang sama.

10. Kelihatan wudhu’ orang t ua tersebut agak


kurang sempurna. Hassan dan Hussin kebingungan
memikirkan bagaimanakah caranya untuk menegur
perbuatan tersebut.

11. Lalu mereka mengambil keputusan untuk


bertanding mengambil wudhu’ siapakah yang paling
sempurna. Mereka menjadikan orang tua tersebut
sebagai hakim. Akhirnya, orang tua tersebut
perasan yang sebenarnya wudhu’nyalah yang tidak
sempurna.

12. Ia contoh bagaimana geniusnya seorang


kanak-kanak dan sangat menitik beratkan
hubungan yang baik dengan orang tua. Untuk
menegur, kita harus ada ilmu dan berhikmah dalam
tutur kata.

Kisah Abdullah Ibn Zubair, Kanak-kanak yang


berani
13. Abdullah Ibn Zubair adalah kanak-kanak yang
pertama lahir setelah Rasulullah SAW berhijrah.
Ibunya adalah Asma binti Abu Bakar As-Shiddiq,
seorang wanita yang bergelar Dzatu al-Nithaqain (si
pemilik dua ikat pinggang) dan seorang pahlawan
wanita dalam hijrah. Sedangkan ayahnya adalah
Zubair bin Awwam, penolong Rasulullah SAW.

14. Abdullah bin Zubair membesar sebagai yang


berani dan pahlawan. Pernah suatu hari, Khalifah
Umar bin Khatthab melalui satu jalan dan anak-
anak yang bertembung dengannya berlari
ketakutan, kecuali Abdullah Ibn Zubair.

15. Maka, Khalifah Umar pun bertanya, “Hai anak,


mengapa engkau tidak lari seperti mereka?”

16. Abdullah Ibn Zubair men jawab, “Mengapa aku


harus lari? Jalan ini tidak sempit sehingga aku
harus memberikan jalan untukmu dan aku pun tidak
berbuat salah?”

17. Mendengar jawapan itu Umar bin Khatthab


berkata, ”Jika eng kau telah besar, engkau akan
menjadi orang besar.”

18. Ditakdirkan Allah, Abdullah bin Zubair


kemudian menjadi pemimpin orang-orang yang
beriman. Dia ikut dalam beberapa pertempuran
dahsyat ketika usianya masih masih muda.
19. Abdullah Ibn Zubair tampil dengan keberanian
yang luar biasa. Beliau juga ikut serta di dalam
penaklukan Afrika, Andalusia dan Kostantinopel.

Tuan-tuan dan puan-puan, serta anak-anak pelajar


sekalian,

20. Kisah yang diceritakan sebentar tadi


merupakan secebis daripada wajah kehebatan
sahabat cilik di zaman Rasulullah SAW. Kanak-
kanak pada zaman nabi sangat kental dengan
imannya hasil daripada didikan Baginda Rasulullah
SAW. Mereka menjadikan al- Qur’an sebagai
pegangan hidup. Sebagai contoh, diceritakan
bahawa Imam asy-Syafie Rahimahullah sudah
hafaz al- Qur’an ketika umurnya 7 tahun lagi. Ketika
umurnya 10 tahun pula, Imam Syafie sudah
menghafal kitab hadis al- Muwatta’.

21. Malah, kita diperlihatkan bagaimana


keberanian anak-anak Palestin yang turun ke
dataran awam berdepan dengan kereta kebal
tentera Israel hanya berbekalkan batu dan lastik.
Tiada rasa gentar di hati mereka, yang ada
hanyalah kerinduan terhadap harumnya haruman
syurga yang menanti mereka. Malah mereka
mengungkapkan kata- kata yang hebat “kami
bersahur di dunia, dan bakal berbuka di syurga” di
saat mereka menyambut Ramadhan dengan diasak
oleh bedilan peluru Israel.

22. Kita sepatutnya rasa bertuah kerana dapat


hidup dan belajar dalam keadaan yang aman dan
selesa. Kita boleh belajar dan hidup bebas tanpa
dihujani dengan bedilan bom. Justeru, hargailah
nikmat keamanan ini dengan terus melakukan
ibadah dengan bersungguh-sungguh.

anak-anak pelajar sekalian,

23. Anak-anak adalah wajah masa hadapan negara. Di


bahu anak-anak terpikul suatu amanah untuk
mempertahankan agama. Ketepikan sebentar rasa
ingin berseronok. Binalah diri. Binalah cita. Jadilah
orang yang berjaya. Binalah masa hadapan negara.
Ingati dan ikutilah pesan rasulullah SAW. Cintalah
kepada kedua ibu-bapa, jangan menderhakai
mereka.

24. Saya percaya, daripada anak-anak di hadapan


saya ini akan ada yang menjadi seorang menteri.
Malah, tidak mustahil, akan ada yang bakal menjadi
perdana menteri. Ia bukannya gurauan, tetapi ia
adalah sebuah doa. Setiap kata-kata yang baik
apabila diulang ulang akan menjadi doa yang
mustajab. Berdoalah dan ungkapkanlah kata kata
positif.

25. Saya juga menyeru kepada diri saya sendiri serta


hadirin dan hadirat , gunakanlah mata untuk
memandang ayat-ayat al- Qur’an serta melihat
kebesaran Allah melalui penciptaan alam.
Gunakanlah telinga untuk mendengar ayat-ayat
suci al- Qur’an dan bingkisan ilmu melalui kuliah dan
ceramah. Gunakanlah lidah untuk membaca al-
Qur’an, berzikir serta memuji kebesaran Allah serta
menyampaikan kebaikan.Gunakanlah tangan untuk
berderma kepada yang memerlukan. Gunakanlah
kaki untuk melangkah ke masjid bagi menunaikan
solat dan beriktikaf. Dan Gunakanlah hati untuk
menginsafi diri dan mendekatkan kita dengan
pencipta.

26. Saya juga sangat berharap agar program Kem


Pemantapan Shasiah ini tidak berakhir di sini
sahaja. Satu tindakan susulan perlu dibuat oleh
pihak pelaksana program ini bagi melihat
keberhasilan dan kemenjadian pelajar ini selepas
tamat mengikuti Kem Pemantapan Sahsiah ini.

27. Satu bentuk pelaporan dalam bentuk


perkembangan sahsiah mahupun akademik semua
peserta perlulah di laporkan sehingga pelajar ini
tamat persekolahan di peringkat tingkatan lima
nanti.

28. Saya juga berharap agar semua pelajar yang


mengikuti Kem Pemantapan Sahsiah pada kali ini
akan berjaya dibentuk akhlaknya, supaya hasrat
kita dalam melahirkan insan holistik yang bersifat
ibadur Rahman akan menjadi kenyataan.

29. Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan


ucapan jutaan penghargaan kepada semua pihak
yang terlibat dalam menjayakan program ini.

30. Mudah-mudahan, dengan amal ibadah yang


dilakukan ini akan menambah lagi keimanan kita
insya-Allah. Sukalah saya memetik kata-kata
Luqmanul Hakim. Katanya “Wahai anakku, tiga
perkara jika diperbanyakkan pada seseorang, ia
akan menyempurnakan iman:
i. Apabila redha, ia tidak akan redha dengan
kebatilan
ii. Apabila marah, ia tidak mencabuli kebenaran.
iii. Apabila ia menentukan sesuatu, ia tidak
mengambil sesuatu yang bukan haknya .

31. Dengan lafaz ?? saya


Merasmikan Kem Pemantapan Sahsiah Sekolah-
sekolah Peringkat Negeri Pahang tahun 2017.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai