Anda di halaman 1dari 4

SMK PERMATANG TOK LABU

13100 PENAGA
SEBERANG PERAI UTARA
PULAU PINANG

(RABU)
24 OGOS 2016
TARIKH:

KAMPUNG LEMBAH, PENAGA.


TEMPAT:

KERTAS KERJA

ANJURAN :
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
& PANITIA SEJARAH
SMKPTL
1. PENDAHULUAN
Remaja harus dididik dengan nilai-nilai murni serta amalan-amalan yang baik bagi
mengisi ruang dalam jiwa mereka. Pemikiran serta akhlak remaja kini banyak
dipengaruhi oleh media massa seperti internet dan televisyen serta telefon pintar.
Pengaruh negatif media massa menjadikan remaja kurang aktif serta menghadkan
perhubungan mereka dengan komuniti. Isu ini dilihat sebagai suatu barah yang boleh
merosakkan sahsiah murid-murid yang berada di sekolah. Program Kembara Emas
Merdeka ini dirancang untuk mendekatkan murid-murid dengan komuniti terutama
warga emas yang kian dilupakan oleh golongan remaja pada masa kini. Selain itu,
program ini juga diharapkan dapat memupuk gaya hidup sihat selain
menyemarakkan semangat merdeka dan cintakan negara dalam diri setiap murid.

2. OBJEKTIF

2.1 Memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan murid dan guru.
2.2 Membentuk dan membangunkan sahsiah diri murid.
2.3 Menjalinkan satu ikatan kemasyarakatan dengan komuniti dan warga
emas.
2.4 Membuat kerja-kerja amal bagi membantu golongan warga emas di
sekitar lokasi program.
2.5 Mengibarkan jalur gemilang di sekitar komuniti untuk menaikkan
semangat kemerdekaan dan cintakan negara.

3. KUMPULAN SASARAN
30 orang ahli-ahli Kelab Kaunseling dan Persatuan Sejarah

4. PELAKSANAAN

Tarikh : 24 Ogos 2016

Tempat : SMK Permatang Tok Labu ke Kampung Lembah

Masa : 8.00 pagi 11.30 tengah hari

5. JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Adnan Bin Idris


NaibPengerusi 1 : Aziah Bt Yahaya
NaibPengerusi 2 : Norhasimah bt Muhamad
NaibPengerusi 3 : Farilah bt Abdul Halim
Penyelaras : Nurul Hasliza Aini Bt Ramli
Setiausaha : Norazlina Bt Mah Saad
Bendahari : Napisah Bt Hussain
AJK : Umi Jariah Bt Nik

6. PERBELANJAAN

6.1 Kenyataan Kewangan

a) PCG Kaunseling RM 288.00

JUMLAH RM 288.00

6.2 Kenyataan Perbelanjaan

a) Nasi Tomato dan Ayam 40 X RM 6.00 RM 240.00


b) Air Mineral 48 X RM 1.00 RM 48.00

JUMLAH RM 288.00

7.TENTATIF

TARIKH / HARI MASA AKTIVITI


RABU 7.30 pagi Berkumpul di Gelanggang Bola Keranjang
8.00 pagi Berbasikal ke Kg Lembah
24 OGOS 2016
8.30 pagi Gotong-royong di rumah-rumah warga
emas Kg Lembah.
10.00 pagi Ramah mesra bersama warga emas
10.30 pagi Sarapan pagi
11.00 pagi Majlis penutup dan penyampaian
sumbangan.
11.30 pagi Bertolak pulang ke sekolah.

8.0 PENUTUP

Semoga dengan adanya kembara merdeka ini dapat memberi manfaat kepada murid-
murid agar lebih menghargai warga emas dan erti sebuah kemerdekaan kepada diri
masing-masing. Adalah diharapkan program ini dapat mendidik anak-anak muda agar
menjadi insan dengan akhlak yang terpuji dan berhati mulia.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

.................
(NURUL HASLIZA AINI BT RAMLI) (ADNAN BIN IDRIS)
Guru Bimbingan dan Kaunseling Pengetua,
SMK Permatang Tok Labu, SMK Permatang Tok Labu,
13100 Penaga, 13100 Penaga,
Pulau Pinang. Pulau Pinang.

Anda mungkin juga menyukai