Anda di halaman 1dari 5

TEKS MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKATSEKOLAH TAHUN 2014

***MENGUMUMKAN KETIBAAN TETAMUU KEHORMAT, ENCIK JULAIHI BIN HAJI NARAWI,PEGAWAI


PENTADBIR SARAWAK,OYA
***DIJEMPUT TETAMU KEHORMAT SERTA SEMUA HADIRIN UNTUK MENYANYIKAN LAGU
NEGARAKU. TERIMA KASIH

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH, SALAM SEJAHTERA


DAN SALAM 1 MALAYSIA….

1. YANG BERBHAGIA ENCIK JULAIHI BIN NARAWI, PEGAWAI PENTADBIR


SARAWAK

2. YANG BERUSAHA ENCIK ABDUL AZID BIN HAJI ISMAIL, PEGAWAI


PENDIDIKAN DAERAH DALAT

3. YANG BERUSAHA CIKGU LIAS BIN HAJI DAUD, GURU BESAR SK DATU
PENGIRAN MOHAMAD OYA

4. YANG BERUSAHA ENCIK JEZERI BIN KIPLI, PENAUNG 2, PERSATUAN IBU


BAPA DAN GURU, SK DATU PENGIRAN MOHAMAD OYA

5. YANG BERUSAHA TUAN HAJI MORNI BIN HAJI SAIBI, YANG DI-PERTUA
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU, SK DATU PENGIRAN MOHAMAD, OYA

6. YANG BERUSAHA TEMENGGONG HENDI BIN SUHAI,PENGHULU-


PENGHULU,KETUA BALAI POLIS OYA,KETUA KAUM,GURU-GURU
BESAR,PEGAWAI KESIHATAN KLINIK OYA,KLINIK PERGIGIAN SK DPM dan

YANG DIHORMATI

7. TETAMU-TETAMU JEMPUTAN KHAS, BARISAN GURU PENOLONG KANAN,


RAKAN-RAKAN GURU DAN ANGGOTA KAKITANGAN SOKONGAN,
IBUBAPA-IBUBAPA ADIK-ADIK PESERTA KHATAM AL-QURAN SERTA ADIK-
ADIK PELAJAR YANG DISAYANGI SEKALIAN.
Selamat datang ke MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKATSEKOLAH TAHUN 2014
Alhamdullilah, pertama sekali kita panjatkan lafaz penuh kesyukuran ke hadrat yang
Maha Esa kerana dengan kudrat dan iradat-Nya telah memungkinkan kita menjayakan
Majlis pada pagi yang indah ini.

Jutaan terima kasih diucapkan atas kesudian tetamu kehormat kita dan para jemputan
kerana sudi meluangkan masa menghadiri undangan kami bagi merasmikan MAJLIS
KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH pada tahun ini.. Tidak lupa kami mengalu-alukan
kehadiran ibu bapa serta para hadirin yang sudi menghadirkan diri seterusnya
memeriahkan lagi majlis kami. Sesungguhnya kehadiran tuan puan amat kami hargai.
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian, majlis
akan bermula dengan perarakan masuk peserta khatam AL-QURAN ke pentas utama. Untuk
pengetahuan semua,jumlah peserta KHATAM AL-QURAN pada tahun ini ialah seramai 54 orang.
Oleh itu, majlis mengumumkan perarakan masuk peserta KHATAM AL-QURAN PERINGKAT
SEKOLAH SK DATU PENGIRAN MOHAMAD bagi TAHUN 2014

BACAAN DOA

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Tetamu kehormat dan hadirin sekalian,


Seterusnya marilah kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala
urusan kita pada hari ini mendapat rahmat. Oleh itu, majlis dengan hormatnya
menjemput AL-FADHIL USTAZ KHAIRUL ANWAR untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

(BACAAN DOA)

Amin amin ya rabbal `alamin.


Majlis mengucapkan terima kasih kepada AL FADHIL USTAZ KHAIRUL ANWAR di
atas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis kita pada pagi ini beroleh keberkatan dari yang
Maha Esa.

Alhamdulilah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat AllahS.W.T kerana dengan izin dan limpah
hidayahnya jua, dapatkita sama-sama berhimpun pada pagi yang barakah ini bagi menjayakan
”Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah bagi Tahun 2014”.Hadirin hadirat yang
dimuliakan.,Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu agenda tahunan pihak sekolah bagi
meningkatkan kecemerlangan murid-murid di dalam bidang Tilawah Al-Quran seterusnya
melahirkan sahsiah murid-murid yang seimbang duniawi dan ukhrawi.Majlis ini juga merupakan satu
kesinambungan bagi mengeratkan ukhwah silaturrahim di antara ibu bapa dan guru-guru di sekolah
ini khususnya.Kesungguhan guru-guru dan kecaknaan ibu bapa pastinya melahirkan anak-anak
yang cemerlang sepertimana yang diimpikan oleh setiap dari kita..Mudah-mudahan segala yang kita
laksanakan dengan penuh keikhlasan akan membuahkan hasil dan diberkati Allah jua.
InsyaAllah...

Hadirin hadirat yang dimuliakan, sebelum kita memulakan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat
Sekolah pada tahun ini, majlis bebesar hati menjemput adik FATAH BIN HAMZAH bagi
memperdegarkan bacaan ayat-ayat suci AL-QURAN pada pagi ini. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
Begitulah tadi penyampaian yang penuh khusyuk telah kita dengarkan daripada adik FATAH BIN
HAMZAH. dalam bacaan ayat-ayat suci AL-QURAN. Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Seterusnya, majlis di teruskan dengan menjemput USTAZ AMIRUL HAMZAH bagi menyampaikan
penerangan mengenai adab khatam AL-QURAN dan seterusnya memimpin Majlis Khatam Al-
Quran Peringkat Sekolah pada tahun ini bersama-sama Juru Takhtim. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Alhamdulilah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai oleh 54 orang murid SK
DATU PENGIRAN MOHAMAD OYA bagi sesi 2014. Syukur Alhamdulillah dan tahniah diucapkan.

Setrusnya majlis dimeriahkan lagi dengan upacara menyuap pulut kuning peserta khatam AL-
QURAN oleh ibu bapa masing-masing. Dijemput adik (rujuk lampiran) (5 orang sekali ) bersama-
sama ibu bapa masing-masing. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa di atas penyuapan pulut
kuning itu tadi.

***habis penyuapan pulut kuning,peserta ke tempat duduk masing-masing

Seterusnya majlis bebesar hati menyampaikan cenderamata pulut kuning dan bunga telur kepada
1. TETAMU KEHORMAT
2. JEMPUTAN KHAS
3. JURI-JURI TAKHTIM
4. GURU-GURU JQAF
5. GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM
6. GURU-GURU KAFA dan
7. GURU-GURU PENOLONG KANAN oleh peserta-peserta khatam.

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, Majlis kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan
mempersilakan, Yg Berusaha CIKGU LIAS BIN HAJI DAUD, GURU BESAR SK DATU
PENGIRAN MOHAMAD OYA bagi menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ucapan itu tadi.

Meneruskan aturcara pada pagi ini, majlis bebesar hati mempersilakan


______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
bagi menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya merasmikan MAJLIS KHATAM AL-QURAN
PERINGKAT SK DATU PENGIRAN MOHAMAD OYA bagi tahun 2014. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada


______________________________________________________________________________
atas ucapan itu tadi.

Hadirin hadirat yang dimuliakan.Seterusnya, sampai kita pada acara penyampaian cenderamata
kepada peserta khatam Al-Quran pada tahun ini. Majlis dengan ini mempersilakan
______________________________________________________________________________
__________ __________________________________________________________ diiringi oleh
Yg Berusaha CIKGU LIAS BIN HJ DAUD, GURU BESAR SK DATU PENGIRAN MOHAMAD,
OYA bersama Yg Berusaha TUAN HAJI MORNI BIN HJ SAIBI YDP PIBG SK DATU PENGIRAN
MOHAMAD OYA bagi menyempurnakan majlis. Dengan segala hormatnya mempersilakan.

Dijemput adik ( rujuk lampiran) untuk menerima cenderamata. Terima kasih diucapkan.

Seterusnya penyampaian cenderamata kepada Juru Takhtim. Di jemput (rujuk


lampiran) untuk menerima cenderamta.
Seterusnya majlis berbesar hati untuk menyampaikan cenderamata tanda kenang-
kenangan kepada tetamu kehormat kita iaitu
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
daripada CIKGU LIAS BIN HJ DAUD, GURU BESAR SK DATU PENGIRAN
MOHAMAD,OYA. Dipersilakan
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Dengan berakhirnya majlis penyampaian
cenderamata itu tadi, maka berakhirlah Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah SK DATU
PENGIRAN MOHAMAD, OYA bagi Tahun 2014. Menutup tirai, Majlis ingin merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan majlis ini.Terima kasih juga atas sokongan semua ibu bapa yang hadir ke
majlis pada kali ini. Tidak lupa, tahniah juga kepada semua murid yang berjaya dalam Khatam
Al-Quran dengan jayanya. Akhir kata, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan segala
kekurangan adalah daripada kelemahan diri kami , Diizinkan Allah, bertemu lagi kita di tahun
hadapan. Saya sudahi majlis dengan lafaz yang mulia...Wabillahi taufiq wal hidayah
wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh dan Salam Sejahtera…

***DIJEMPUT TETAMU KEHORMAT SERTA SEMUA HADIRIN UNTUK MENIKMATI


JAMUAN YANG TELAH DISEDIAKAN. TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai