Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA MAJLIS

RAMAH TAMAH AIDILFITRI & JAMUAN CEMERLANG UPSR

SK DATU PENGIRAN MOHAMAD OYA 2016

KETIBAAN TETAMU KEHORMAT

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia


_________________________________________ Pegawai Pelajaran Daerah
Dalat.

Para hadirin diminta berdiri.

JIKA PERLU!!!!(NYANYIAN LAGU NEGARAKU & LAGU IBU PERTIWIKU)

Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian itu tadi. Hadirin dijemput
duduk.

Bismillahirahmanirahim…

Yang Berbahagia
_______________________________,
Pegawai Pelajaran Daerah Dalat

Yang Berusaha
Cikgu Lias B. Hj. Daud
Guru Besar SK Datu Pengiran Mohamad Oya

Yang Dihormati
Cikgu Wadi Fatimah binti Suhai
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Cikgu Sedek Bin Yusu


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Cikgu Jaidah Binti Isa


Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

1
Tuan Haji Morni B. Hj. Saibi
Yang Dipertua PIBG SK Datu Pengiran Mohamad

(siapa2 yang hadir berjawatan)

Seterusnya
Barisan guru, anggota staf sokongan, ibu-bapa dan murid-murid yang
dirahmati Allah sekalian.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1


Malaysia….

Alhamdullilah, pertama sekali kita panjatkan lafaz penuh kesyukuran ke hadrat


yang Maha Esa kerana dengan kudrat dan iradat-Nya telah memungkinkan kita
menjayakan Majlis Jamuan Cemerlang dan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2016
di dewan yang indah dan permai pada pagi ini.

Majlis turut ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada semua khususnya kepada Yang Berbahagia _______________________
kerana sudi hadir di majlis hari ini. Semoga dengan kehadiran tetamu
kehormat dan para hadirin sekalian akan memeriahkan lagi majlis pada pagi
ini.

BACAAN DOA
Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.

Hadirin hadirat sekalian, seterusnya marilah kita menadah tangan bermunajat,


memohon berkat agar segala urusan kita pada hari ini mendapat rahmat. Oleh
itu majlis dengan hormatnya menjemput Al-fadzil ustaz Amirul Hamzah untuk
memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

2
(BACAAN DOA)

Amin amin ya rabbal `alamin.


Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-fadzil ustaz Amirul Hamzah di
atas bacaan doa itu tadi. Moga perjalanan majlis kita pada hari ini diberkati
oleh yang Maha Esa.

PERSEMBAHAN 1

Hadirin sekalian, majlis kita pada pagi ini akan diserikan dengan persembahan
nyanyian oleh adik Muhd Fakhrun Mizwan dengan lagunya SELAMAT HARI
RAYA

Dan seterusnya oleh adik Nabila dengan lagunya SELAMAT BERHARI RAYA

Terima kasih di atas persembahan yang sungguh bertenaga itu tadi.

UPACARA MEMOTONG PULUT KUNING ( jika perlu!!!!)xxxxxxxxxxxxxxxxx

Majlis Jamuan Cemerlang UPSR diteruskan lagi dengan upacara memotong


pulut kuning.
Dijemput ……………………………………………………………………………………… diiringi oleh
Guru Besar SK Datu pengiran Mohamad, Cikgu Lias bin Hj Daud, Guru-guru
Penolong Kanan, wakil guru Tahun EnaM, wakil ibu bapA dan wakil pelajar
adik ( KETUA PENGAWAS ) bagi menyempurnakan upacara memotong pulut
kuning.
Dipersilakan.
(UPACARA PEMOTONGAN PULUT KUNING)

Majlis mengucapkan terima kasih di atas penyempurnaan upacara itu tadi.

UPACARA SUAPAN PULUT KUNING DAN HADIAH GALAKAN DPD IBU BAPA

Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan upacara suapan pulut kuning dan
hadiah galakan dpd ibubapa.

Dengan sukacitanya dijemput ibu bapa atau wakil untuk tampil ke hadapan
bagi menyempurnakan upacara menyuap pulut kuning kepada anak masing-

3
masing mengikut giliran yang akan disebut selepas ini DI IKUTI, ANAK JUGA
MENYUAP PULUT KUNING KPD IBU BAPA / WAKIL DAN SETERUSNYA IBU BAPA
MENYEMAT ROZET & MEMBERI HADIAH GALAKAN KPD ANAK-ANAK…

Untuk itu, dijemput ibubapa atau wakil kepada adik ……………………………… bagi
menyempurnakan upacara tersebut. Dipersilakan.

1. xxxx

(ikut lampiran) (5 0RANG SEKALI )

Seterusnya, dijemput ibubapa atau wakil kepada adik ……………………………… bagi


menyempurnakan upacara tersebut. Dipersilakan.

(ikut lampiran)

Terima kasih diucapkan kepada para ibubapa atau wakil kepada pelajar Tahun
6 di atas penyempurnaan upacara suapan pulut kuning sebentar tadi.

UPACARA PENYERAHAN HADIAH GALAKAN ATAU KAD MOTIVASI DARIPADA


GURU ANGKAT

Sidang dewan sekalian…

Tibalah kita ke upacara yang seterusnya iaitu upacara penyerahan kad motivasi
atau hadiah galakan daripada guru-guru kepada anak angkat masing-masing.
Pemberian kad motivasi ini adalah untuk membakar semangat dan seterusnya
memotivasikan anak-anak angkat dalam menempuhi UPSR dengan penuh
semangat dan berkeyakinan tinggi.

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Guru Besar, Cikgu Lias B.
Haji Daud bagi memulakan upacara pemberian hadiah galakan kepada anak
angkat beliau iaitu kepada adik___________________________. Dipersilakan.
4
Seterusnya dipersilakan Cikgu Wadi Fatimah Binti Suhai untuk menyampaikan
kad motivasi kepada anak angkat beliau iaitu (ikut lampiran)

Dan, seterusnya dipersilakan cikgu_____________ untuk menyampaikan kad


motivasi kepada anak angkat beliau iaitu adik. Dipersilakan.

Selesailah sudah upacara pemberian hadiah galakan kepada murid –murid


angkat. Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas perhatian, kasih sayang
dan komitmen yang diberikan dalam memastikan kejayaan cemerlang murid-
murid angkat UPSR 2016.

UCAPAN ALUAN OLEH GURU BESAR

Tetamu Kehormat dan hadirin sekalian,

Aturcara majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan mengikuti ucapan alu-
aluan daripada Cikgu Lias Bin Haji Daud, Guru Besar SK Datu Pengiran
Mohamad Oya. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(UCAPAN GURU BESAR)

Begitulah tadi telah sama-sama kita ikuti ucapan alu-aluan daripada Guru Besar
SK Datu Pengiran Mohamad. Majlis merakamkan berbanyak-banyak terima
kasih.

UCAPAN PERASMIAN OLEH TETAMU KEHORMAT

Kalau dilipat sebesar kuku


Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh diimbau
Yang dekat digamit

5
Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa.

Hadirin sekalian.
Seterusnya kita akan sama-sama mengikuti ucapan perasmian daripada tetamu
kehormat, Yang Berbahagia ________________________________, Pegawai
Pelajaran Daerah Dalat yang seterusnya akan merasmikan Majlis Jamuan
Cemerlang dan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2016. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

(UCAPAN PERASMIAN OLEH TETAMU KEHORMAT)


Begitulah tadi telah sama-sama kita ikuti ucapan perasmian Majlis Jamuan
Cemerlang dan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2016. Majlis merakamkan
berbanyak-banyak terima kasih.

JAMUAN AIDILFITRI

Cincin disarung hati berdebar

Jarinan lembut wajah terhias

Ramadan disambut penuh sabar

Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata

Tutur peri yang aulia

Maaf-bermaafan sesama kita

Di Aidilfitri yang penuh mulia

Sidang hadirin yang dirahmati sekalian.

Atur cara majlis diteruskan lagi dengan Jamuan Aidilfitri. Para hadirin
dipersilakan menikmati juadah dan hidangan yang telah disediakan. Sebelum
6
itu, dijemput Al-fadzil ustaz Amirul Hamzah untuk membacakan doa makan.
Dipersilakan.

(JAMUAN AIDILFITRI)

Terima kasih diucapkan.

Para hadirin dijemput untuk menikmati hidangan yang telah disediakan.


Dipersilakan.

PERSEMBAHAN

Sidang hadirin yang dirahmati sekalian.

Kelangsungan majlis kita pada pagi ini diteruskan dengan persembahan duet
oleh adik Fakhrun dan adik Nabila dengan lagu SUASANA HARI RAYA dan
SELOKA HARI. Dipersilakan.

(PERSEMBAHAN)

Terima kasih diucapkan.

(kalau ada) Seterusnya majlis diserikan lagi dengan persembahan nyayian


daripada ibu bapa atau guru_____________________________.Terima kasih
di ucapkan.

Terima kasih diucapkan..begitulah tadi beberapa persembahan yang dapat


dihiburkan sempena majlis ramah tamah aidilfiri SKDPM 2016..TERIMA KASIH
SEKALI LAGI.

PENYAMPAIAN HADIAH PRINCE & PRINCESS OF THE DAY UNTUK MURID DAN
KING & QUEEN OF THE DAY UNTUK IBU & BAPA

SETERUSNYA, Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian HADIAH PRINCE &


PRINCESS OF THE DAY UNTUK MURID DAN KING & QUEEN OF THE DAY
UNTUK IBU & BAPA. Oleh itu, majlis mempersilakan Cikgu Lias Bin Haji Daud,
Guru Besar SK Datu Pengiran Mohamad mengiringi En

7
__________________________ Pegawai Pelajaran Daerah Dalat untuk
meyampaikan hadiah. Dipersilakan.

Anak kedidi si anak rusa,


Pergi mencari si rama-rama,
Orang berbudi kita berbahasa,
Ikhlas memberi berkat diterima.

Terima kasih diucapkan kepada En_______________________ ,PPD atas


kesudian menyampaikan hadiah itu tadi.

PENUTUPAN
Hadirin, hadirat sekalian seperti kata orang lama,

Kok berkayuh dah sampai ke muara


Kok berenang dah sampai ke tepian
Kok berlari dah sampai ke garisan
Kok berjalan dah sampai ke penghujung...

Dengan kata-kata ini maka.....


Selesailah sudah Majlis Jamuan Cemerlang dan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri
2016 SK DPM. Saya bagi pihak majlis dan seluruh warga kerja Majlis Jamuan
Cemerlang dan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri SK DPM 2016 ingin mengucapkan
terima kasih di atas kehadiran tetamu kehormat serta tuan-tuan dan puan-
puan ke majlis yang diadakan pada hari ini.

Pada kesempatan ini juga, kami ingin memohon maaf sekiranya terdapat
sebarang kekurangan dalam majlis ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya
daripada Allah S.W.T dan yang lemah itu datangnya daripada kelemahan diri
kami sendiri.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN…..
Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hi
wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

8
9

Anda mungkin juga menyukai