Anda di halaman 1dari 7

TEKS JURUACARA MAJLIS

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

QUE TEKS JURUACARA TINDAKAN

Bismillahirrahmanirrahim.
Tuan puan yang dirahmati Allah,
Kita mulakan majlis kita dengan bacaan Ummul Furqan,
Al-Fatihah.

Lembut bicara mengucapkan salam,


Tangan dihulur penuh kemesraan;
Majlis bermula bersulamkan kalam,
Ucapan alu- Ahlan wa sahlan kami ucapkan.
aluan
juruacara 1. Yang Berusaha Puan Fadzilah Binti Maarof, Guru
majlis Besar SK Sungai Udang;
2. Yang Dihormati Puan Roziah Binti Simbob, Guru
Penolong Kanan Pentadbiran;
3. Yang Dihormati Puan Rosnani Binti Ahmad Zakaria,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid;
4. Yang Dihormati Puan Izamidah Binti Ismail, Guru
Penolong Kanan Kokurikulum;
5. Yang Dihormati Tuan Haji Badaruddin Bin Haji
Selamat, Pengerusi PIBG SK Sungai Udang;
6. Barisan saf pendidik SK Sungai Udang yang
dirahmati Allah;
7. Ahli-Ahli Jawatankuasa PIBG; serta
8. Yang dikasihi, putera puteri syurga SK Sungai Udang
yang disayangi sekalian.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat
datang ke Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah
bagi tahun 1438H bersamaan 2017 Masihi.
Ucapan alu- Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana
aluan dengan izin dan limpah kurniaNya dapat kita sama-sama
juruacara berkumpul di dewan ini bagi memeriahkan Majlis Khatam
majlis Al-Quran. Semoga kehadiran kita dalam majlis ini
mengundang rahmat Allah SWT terutamanya ketika kita
di dalam bulan Ramadhan. InshaaAllah.

Angin petang terasa nyaman,


Lembut bertiup seluruh halaman;
Mari dengarkan bacaan Al-Quran,
Menggetarkan jiwa ambil pedoman.

Hadirin yang dihormati,


Sebelum tirai majlis dibuka, marilah sama-sama kita
menghayati alunan bacaan Al-Quran, surat cinta dari
Tuhan. Untuk itu, majlis dengan ini menjemput adik
Adik Harrissa
Harrissa Mysarah Binti Mohd Izham tampil ke pentas.
Mysarah telah
Dipersilakan.
bersedia

Sadaqallahul Adzim. Majlis merakamkan ucapan terima


kasih atas bacaan kalamullah dari Surah Al-Baqarah,
ayat 183-186 sebentar tadi. Ayat yang dibacakan
sebentar tadi terkandung perintah Allah SWT kepada
seluruh umat manusia khususnya umat Islam untuk
berpuasa di bulan Ramadhan. Ayat ini juga merupakan
dalil yang menunjukkan ibadah puasa sebagai salah
satu tunjang ibadah utama dalam agama dan wajib
ditunaikan setiap tahun. Selain itu, ayat ini juga
menerangkan bahawa Al-Quran, mukjizat Rasulullah
SAW telah diturunkan di bulan Ramadhan dan kita perlu
mengikut panduan yang telah Allah berikan. Moga kita
semua peroleh ibrah daripada ayat yang dibacakan itu
tadi. InshaAllah. Untuk pengetahuan hadirin, adik
Harrissa Mysarah ini telah mendapat bimbingan daripada
Ustazah Ufairah dan Ustazah Norazmawati.

Hadirin yang diredhai Allah,


Majlis kita akan diteruskan dengan Majlis Khatam Al-
Ustaz Wan
Quran. Oleh yang demikian, saya akan menyerahkan
Abdul
majlis ini kepada Al-Fadhil Ustaz Wan Abdul Muhaimin
Muhaimin
Bin Wan Awang dan para peserta Khatamul Quran untuk
sudah
meneruskan acara pada hari ini. Diharapkan para hadirin
bersedia
dapat menghayati bacaan ayat-ayat suci Al-Quran ini
dengan
dan tidak membuat bising serta bercakap-cakap kosong
peserta
sepanjang tempoh ayat Al-Quran dibacakan. Dengan ini,
khatam
majlis mempersilakan perarakan masuk peserta Khatam
Al-Quran.

Emas tempawan buatmu puteri,


Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Puan Fadzilah Bersama madah kata aluan.
Binti Maarof
sudah Hadirin sekalian,
bersedia Majlis dengan segala hormatnya menjemput Puan
Fadzilah Binti Maarof, Guru Besar SK Sungai Udang
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu
tadi.

Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,


Musuh datang habis dibasmi;
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, ucapan diberi
Tuan Haji
Badaruddin Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang
Bin Haji Dihormati, Tuan Haji Badarudin Bin Haji Selamat,
Selamat sudah Pengerusi PIBG SK Sungai Udang untuk menyampaikan
bersedia ucapan seterusnya merasmikan Penutupan Program
Ihya Ramadhan pada pagi ini. Dengan segala
hormatnya, majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu


tadi.

Hadirin yang dihormati,

Dalam menghayati pengertian ibadah dan tarbiyah


Ramadhan, kita digalakkan untuk memberi sumbangan
AJK
kepada mereka yang memerlukan. Bagi menyahut
Sumbangan
sunnah Rasulullah ini, Unit Hal Ehwal Murid dan Panitia
dan
Agama Islam telah melancarkan program Jom Sedekah
Cenderamata
yang berlangsung sepanjang bulan Ramadhan ini bagi
sudah
menggalakkan budaya bersedekah dalam kalangan
bersedia
warga SKSU. Hasil kutipan ini akan disumbangkan
kepada anak-anak yatim dan anak-anak miskin di
sekolah ini bagi meringankan sedikit beban keluarga
mereka menjelang Syawal yang bakal tiba.
Terlebih dahulu, majlis menjemput Puan Rosnani Binti
Ahmad Zakaria, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
untuk naik ke pentas bagi menyampaikan cenderamata
kepada para peserta Khatam Al-Quran. Dipersilakan.

a. Peserta Khatam Al-Quran


(Rujuk senarai nama)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan


Rosnani Binti Ahmad Zakaria atas kesudian
menyampaikan cenderamata kepada para peserta.

Bagi meneruskan acara, majlis menjemput Yang


Berusaha Puan Fadzilah Binti Maarof, Guru Besar SKSU
untuk menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anak-
anak yatim SKSU. Dipersilakan.

b. Senarai anak-anak yatim SKSU


(Rujuk senarai nama)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan


Fadzilah Binti Maarof atas kesudian menyampaikan
sumbangan itu tadi.

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Dihormati
Tuan Haji Badarudin Bin Haji Selamat, Pengerusi PIBG
SKSU untuk naik ke pentas bagi menyampaikan
sumbangan Aidilfitri kepada anak-anak miskin.
Dipersilakan.
c. Senarai anak-anak miskin SKSU
(Rujuk senarai nama)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan


Haji Badaruddin Bin Haji Selamat atas kesudian
menyampaikan sumbangan itu tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan sekali lagi Puan


Fadzilah Binti Maarof untuk menyampaikan cenderamata
kepada Tuan Haji Badarudin Bin Haji Selamat pada hari
ini sebagai tanda apresiasi dan terima kasih daripada
pihak sekolah.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan


Fadzilah Binti Maarof atas kesudian menyampaikan
cenderamata sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,


Sebelum kita bersurai pada hari ini, saya mewakili
Panitia Agama Islam ingin mengucapkan terima kasih
kepada semua pihak yang memberikan kerjasama
sepanjang proses sebelum, semasa dan selepas majlis
ini. Jasa kalian hanya Allah mampu membalasnya. Di
Penutup kesempatan ini juga, saya selaku juruacara majlis
memohon kemaafan sekiranya terdapat khilaf sepanjang
proses saya mengacarakan majlis ini dari mula hingga
akhirnya. Moga kita dapat saling bermaafan sempena
Syawal yang bakal tiba nanti. Buanglah yang keruh,
ambillah yang jernih. Moga hidup kita diredhai Allah
selalu.
Hadirin sekalian,
Dengan selesainya acara itu tadi, maka berakhirlah
Bersalaman majlis kita pada pagi ini. Seterusnya, kita akan saling
bersalaman antara guru dengan murid. Diharap semua
murid boleh bergerak secara terkawal dan teratur.

Anda mungkin juga menyukai