Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN HASHIM AWANG 13200 KEPALA BATAS

SEBERANG PERAI UTARA

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM 2023


PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

1. Aktiviti / Program / Projek : SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 1444H / 2023M


2. Tarikh : 17 Februari 2023 2022 ( Tahap 1 dan 2)
3. Hari : Jumaat
4. Tempat : Dewan Terbuka SK Hashim Awang
5. Kumpulan sasaran: Semua murid Tahun 1 hingga 6 yang beragama Islam
6. Objektif :

6.1 Menghayati sifat-sifat  ketabahan  dalam diri Nabi Muhammad dan mengaplikasi


dalam kehidupan  seharian serta memberi ikhtibar dan pengajaran daripada
peristiwa Israk dan Mikraj
6.2. Memupukkan perasaan cinta dan sayang serta sentiasa mengingati Rasul (s.a.w)
pada hati semua murid.   
6.3  Memberi pendedahan sirah, mukjizat  dan  perjuangan Nabi Muhammad dalam
memperkembangkan agama Islam.
6.4  Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan
benteng keagamaan

7. Ringkasan Aktiviti / Pelaksanaan


7:40 pagi - Bacaan Yaasin

8:10 pagi - Aluan Pengerusi Majlis


Ceramah disampaiakan oleh Ustaz Muhammad Shafini
9:35 pagi - Bersurai dan Rehat ( Tahap 1 )

9: 40 pagi - Tayangan video Israk Mikraj dan Kuiz Spontan ( Tahap 2 )

10:10 pagi - Rehat Tahap 2

10:30 pagi - Bersurai dan murid masuk ke kelas

8. Penilaian Program:
8.1 Kekuatan / Kelebihan
1. Membina kekuatan dalaman pelajar bagi menghadapi cabaran semasa.
2. Membentuk keperibadian yang baik dan mantap di kalangan pelajar.

3. Melahirkan kecintaan yang mendalam kepada Rasullah SAW dan bersyukur


atas kemudahan dan kenikmatan yang diperolehi.

4. Mendapat kerjasama dari semua guru- guru dan pihak pentadbir.


5. Murid- murid dapat mengetahui sirah dan sejarah berlakunya peristiwa Israk
Mikraj seterusnya dapat menghayati dan mengamalkan nilai- nilai murni yang
baik dalam kehidupan seharian.

8.2 Kelemahan / Kekangan


1. Kesukaran untuk kawalan murid terutamanya waktu slot ceramah berlangsung.

2. Segelintir kecil murid- murid hilang fokus dan tumpuan semasa slot ceramah
berlangsung.
3. Slot ceramah yang lama ini tidak diselangselikan dengan unsur-unsur
Kecindan menyebabkan murid- murid mudah hilang tumpuan.

8.3 Penyelesaian/ Penambahbaikan


1. Guru-guru subjek yang lain perlulah turut sama-sama membantu para ustaz
dan ustazah untuk kawalan murid semasa slot ceramah berlangsung.

2. Slot ceramah yang disampaikan oleh penceramah perlulah diselangselikan


dengan unsur-unsur kecindan supaya murid- murid tidak mudah hilang fokus
dan tumpuan.

3. Memberikan ganjaran dan peneguhan positif untuk menarik minat murid- murid
supaya sentiasa fokus dan memberi tumpuan semasa mendengar ceramah
yang disampaikan.

9. Penutup
Pihak sekolah khususnya Panitia Pendidikan Islam SKHA memanjatkan setinggi-tinggi
kesyukuran ke hadrat Ilahi dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK program
serta guru-guru yang terlibat sama ada secara lansung atau tidak lansung dalam
menjayakan Sambutan Israk Mikraj 1444H / 2023M di peringkat SK Hashim Awang
pada tahun ini.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:


GAMBAR SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ (2023)

……………………………… ……………………………… ……………………………


( ROMIZA BINTI CHE LAH ) ( HASHIMAH BINTI AHMAD ) ( AISHAH BINTI SHARIFF )
AJK Dokumentasi K.P Pendidikan Islam Guru Besar
SK Hashim Awang SK Hashim Awang
Murid- murid fokus mendengar ceramah Israk Mikraj yang disampaikan
oleh Al Fadhil Ust. Mohd. Shafni.

Guru Besar dan PKP di dalam Majlis Ceramah Penyampaian cenderahati kepada
Israk Mikraj penceramah

Anda mungkin juga menyukai