Anda di halaman 1dari 4

Teks Syarahan Tafsir 2022 ( Surah Al-‘Alaq )

Sek. Agama Pintas Puding, Parit Raja, Johor

ِ ‫بِس ِْم هللاِ ٱلرَّحْ َٰم ِن ٱلر‬


‫َّح ِيم‬ | ‫َّج ِيم‬ ِ َ‫َأ ُعو ُذ بِاهللِ ِم َن ٱل َّش ْيط‬
ِ ‫ان ٱلر‬
‫ق ٱِإْل ْن َٰس َن ِم ْن‬
َ َ‫َخل‬ ﴾1﴿ ‫ق‬َ َ‫ك ٱلَّ ِذي َخل‬ َ ِّ‫ٱ ْق َرْأ بِس ِْم َرب‬
ٍ َ‫﴾ َعل‬
2﴿ ‫ق‬

4﴿ ‫م‬ ِ َ‫﴾ ٱلَّ ِذي َعلَّ َم بِ ْٱلقَل‬3﴿ ‫ك ٱَأْل ْك َر ُم‬ َ ُّ‫﴾ٱ ْق َرْأ َو َرب‬
‫ق هللاُ ْٱل َع ِظ ِيم‬ َ ‫ص َد‬ َ | ﴾5﴿ ‫َعلَّ َم ٱِإْل ْن َٰس َن َما لَ ْم يَ ْعلَ ْم‬

(1) Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan


(2) Dia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku
(3) Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah
(4) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan
(5) Dia mengajarkn manusia apa yang tidak diketahuinya

‫السالم عليكم و رحمة هللا و بركاته‬

Yg dihormati tuan pengerusi majlis, pengemudi bahtera pertemuan kita pd hari ini,

Yg amat sy sanjungi, para hakim yg bijaksana dan menjunjung tggi ketulusan dlm
integriti diri,

Setinggi-tinggi kemuliaan dan kemahkotaan diucapkan, kpd barisan tetamu kehormat,


para kepimpinan sekolah, guru-guru dan para asatizah,

Seterusnya tidak dilupakan buat yg amat sy kasihi, ayahnda bonda, teman-teman


seperjuangan serta hadhirin dan hadhirat sekalian.

Apa khabar ibu ayah?! Apa khabar rakan-rakan?! Apa khabar semua?!

1
Teks Syarahan Tafsir 2022 ( Surah Al-‘Alaq )
Sek. Agama Pintas Puding, Parit Raja, Johor

‫ ثُ َّم ْالحمدهلل‬, ‫ثُ َّم ْالحمد هلل‬ , ‫الحمد هلل‬


Pertama sekali, marilah kita merafakkan setinggi-tinggi keinsafan dan rasa
syukur kita pada Allah SWT, atas segala kenikmatan, taufiq dan hidayah
kurniaanNya.

Seterusnya ayuhlah kita sama-sama berselawat, ke atas junjungan teragung


kekasih Allah, Muhammad SAW.

‫آل سيِّ ِدنا محمد‬


ِ ‫ و على‬, ‫اللهُ َّم صلِّ على سيِّ ِدنا محمد‬

Di sini lahirnya pelajar bestari,


Mengatur langkah ke menara gading,
Durratul Ain nama diberi,
Mewakili Sek. Agama Pintas Puding.

Berusaha dan berdoa diangkat darjat,


Restu Mak Ayah kunci kejayaan,
Berdiri di sini membawa hajat,
ingin menghuraikan tafsir ayat Quran.

“Keutamaan manusia dalam menuntut ilmu”

Demikianlah agenda utama, yang sy angkatkan, sebagai tajuk perkongsian sy,


pada hari ini.

Rakan-rakan serta hadhirin hadhirat sekalian,

Berbicara mengenai ilmu, mengingatkan kita kepada firman Allah Taala,


dalam Surah AL-Alaq ayat 1 hingga 5, sebagaimana yg telah saya bacakan pada awal
muqaddimah tadi.

Ayat ini merupakan wahyu pertama, yg diturunkan kpd Baginda Nabi SAW, pada
Malam Tanggal 17 Ramadhan, ketika Baginda sedang bertafakkur sendirian di Gua
Hira.

Rakan-rakan serta hadhirin hadhirat sekalian,

2
Teks Syarahan Tafsir 2022 ( Surah Al-‘Alaq )
Sek. Agama Pintas Puding, Parit Raja, Johor

‫يضةٌ َعلَى ُكلِّ ُمسلِم‬ ِ ُ‫طَلَب‬


َ ‫الع ِلم فَ ِر‬
Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim

Terdapat pelbagai faedah, kepentingan dan keutamaan manusia dalam menuntut ilmu.

Yg pertama, seseorang yang berilmu, bukan sahaja dapat memperbaiki dan


memajukan diri, bahkan mampu memberi manfaat dan faedah, kepada keluarganya,
agama, serta seluruh masyarakat.

Sebagai contoh, kita lihat saja sistem pendidikan di sekolah. Para guru yang berilmu
dan bertauliah, mampu melahirkan modal insan berkualiti, yang menggoncang dunia
demi manfaat bersama.

Sebagaimana yg disabdakan oleh Nabi SAW, mafhumnya :

“sebaik-baik kamu adalah yg paling bermanfaat”

Selain itu, orang yg berilmu juga, akan diangkat martabatnya di sisi Allah
Taala, dan mendapat penghormatan serta kemuliaan, oleh sekalian manusia.

Seorang pemimpin disegani sekalian rakyat,


Guru ditaati murid-muridnya,
Majikan pula dihormati oleh para pekerja,
bahkan Ibu Bapa juga disanjung tinggi oleh anak-anaknya.

Maka benarlah firman Allah Taala, menerusi Surah Al-Mujahadah ayat 11 , yg


bermaksud :

“Allah mengangkat orang yg beriman dan berilmu dgn beberapa darjat”

Seterusnya, ilmudapat mendorong dan membantu manusia, dalam usaha


memakmurkan muka bumi Allah Taala ini. Ilmu juga amat penting dalam memenuhi
tuntutan, keperluan dan corak dalam kehidupan.

Peribahasa ada mengatakan, “ilmu pelita hidup”

Sesungguhnya sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya, pasti memerlukan ilmu.

Mana tidaknya..kerana yang pasti..

3
Teks Syarahan Tafsir 2022 ( Surah Al-‘Alaq )
Sek. Agama Pintas Puding, Parit Raja, Johor

Tanpa ilmu, rambut kusut terus serabai..


Tanpa ilmu, roti canai pun jadi roti kirai..
Tanpa ilmu, bangunan takkan mampu didiri..
Dan tanpa ilmu, saya tak mungkin berdiri di sini..

Rakan-rakan serta hadhirin hadhirat sekalian,

Jesteru, sebagai kesimpulan bicara sy pada hari ini, ilmu bagaikan cahaya,
yang menjadi penyuluh dalam kegelapan, menjadi tunjang kejayaan dan kemakmuran
bersama.

Akhir kalam, sedikit halwa telinga buat teman-teman semua..

Tuntutlah ilmu hai teman,


Usahlah kita siakan,
Membina masa hadapan,
Agama dan bangsa...

‫َو السَّالم عليكم و رحمة هللا و بركاته‬

Anda mungkin juga menyukai