Anda di halaman 1dari 2

Teks Lengkap Syarahan Agama

KARANGAN-Pidato
IMAN DAN TAQWA ASAS JATI DIRI MUSLIM
Bismilahirahmanirahim
Lafaz Bismilah pembuka segala,Putera Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Panglima
memulakan bicara.Sebelum bibir menitip kata membawa wacana Iman dan Taqwa Asas Jati Diri
Muslim izinkan saya mengucapkan apresiasi saya untuk pemimpin dewan yang
budiman,kombinasi panel hakim yang adil lagi bijaksana,guru-guru yang saya hormati,dan
seterusnya hadirin hadirat sekalian. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Hadirin sekalian,
Iman dan Taqwa Asas Jati Diri Muslim adalah satu pegangan untuk membentuk umat Islam
supaya mempunyai satu keperibadian yang unggul.Iman yang bermaksud tasdiq iaitu iktiqad
dengan hati kepada apa yang diketahui daripada Deen Islam yang dibawa oleh Nabi
Muhammad s.a.w serta ikrarnya dengan lidah dan amal.
Warga dewan yang dihormati,
Iman juga boleh didefinisikan sebagai kepercayaan yang tertanam di lubuk hati dengan penuh
keyakinan tanpa syak dan ragu.Imanlah yang mempengaruhi pandangan hidup,perilaku,dan
amalan seseorang. Lidahnya mengucapkan syahadah,hatinya mengakui,dan anggota badannya
membuktikan dalam bentuk tingkah laku.Taqwa pula merupakan satu istilah yang mempunyai
pengertian yang amat luas.Andainya iman itu dijiwai oleh taqwa baharulah sempurna keislaman
seseorang dalam erti kata yang sebenarnya. Justeru, memang sewajarnya iman dan taqwa
menjadi asas jati diri muslim kerana melalui iman dan taqwalah akan terbentuknya keperibadian
unggul seseorang muslim yang dapat mengawal diri daripada azab api neraka dengan
mengerjakan suruhan Allah swt dan meninggalkan larangannya.
Hadirin yang dirahmati Allah,
Jati membawa maksud asli,murni,dan tidak bercampur.Namun jika kita lihat dasawarsa kini
anak-anak remaja kita sudah terhakis nilai jati diri dalam diri mereka.Remaja hari ini rata-rata
amat menyanjungi budaya hedonisme.Mengapakah hal ini terjadi? Pokok pangkalnya fenomena
ini berlaku kerana iman mereka senipis kulit bawang.Lantaran itu,iman dan taqwa amat penting
sebagai asas jati diri seseorang muslim.
Sidang dewan yang dikasihi,
Sebagai orang Islam kita sepatutnya mengamalkan budaya dan etika Islam yang menjadi
cerminan peradaban.Kita sepatutnya sentiasa mempertahankan ciri-ciri dan budaya Islam supaya
dihormati oleh agama lain.Namun akibat,iman dan taqwa yang senipis kulit bawang ini budaya
Islam kini semakin ternoda kerana diresapi kegilaan memuja dan menyanjung Bollywood dan
Hollywood,mabuk akan Shah Rukh Khan, Salman Khan, Kajol,Leanardo De Caprio dan entah
siapa lagi?Jati diri kita semakin terhakis.Tersiat daripada amalan Islam yang sebenar.Kenapa ini
berlaku?Pesoalan ini akan terjawab kerana umat Islam pada hari ini tidak mempunyai asas dan

benteng iman dan taqwa yang kukuh.


Hadirin sekalian,
Di dalam Al Quran, iman itu dibandingkan sbagai tanah yang subur.Di atas tanah yang subur
inilah lahirnya tamadun yang kuat,teguh,kukuh,dan mencapai kebahagiaan.Dengan syarat
tamadun itu dibina di atas keimanan,ketaqwaan dan amal salih. Selain itu,Al Quran juga
membandingkan dunia ini sebagai kebun Allah.ia disediakan untuk manusia agar dapat dijadikan
tempat bercucuk tanam dengan keimanan,ketaqwaan,ibadat,amal salih seperti mana dijelaskan di
dalam ayat Surah Al Nisa,4:124
Sesiapa yang beramal salih,dari lelaki atau perempuan,sedang mereka beriman, maka mereka
itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun..
Sidang dewan yang dihormati,
Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas b Malik terjemahannya..
Perumpamaan iman itu ialah laksana pohon kayu yang tumbuh dengan teguh dan tegap.Iman
adalah akar-akarnya,sembahyang adalah urat-uratnya,zakat adalah ranting-rantingnya,puasa
adalah dahan-dahannya,bersakit-sakit menegakkan agama Allah adalah tumbuhtumbuhannya,budi pekerti luhur sebagai daun-daunnya dan menahan diri daripada segala yang
diharamkan oleh Allah adalah buahnya.
Kesinambungan daripada hadis ini dapatlah disimpulkan bahawa iman dan taqwa itu merupakan
asas jati diri muslim yang kukuh dan unggul.Iman diibaratkan sebagai tanah yang subur,kebun
yang rimbun dan pohon yang rendang.Iman dan taqwa perlu
dipelihara,dipertingkatkan,diperkukuhkan dari semasa ke semasa kerana iman akan berkurangan
dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan musuh utamanya iaitu iblis,syaitan,dan hawa nafsu
manusia sendiri.Justeru,iman dan taqwa yang kukuh perlu untuk membentuk jati diri muslim
yang unggul.
Hadirin yang dimuliakan,
Setiap yang bermula pasti akan berakhir,sebelum lidah berhenti bicara,sebelum kaki mengatur
langkah,ingatlah bahawa iman dan taqwa asas jati diri muslim yang perlu dibajai selalu.Jika
tanpa iman dan taqwa jadilah kita seperti kapal di tengah lautan yang hilang kemudinya dipukul
gelombang entah ke mana haluannya? Sekian,Putera SMK taman panglima mengundur
diri.Wassalam.

Anda mungkin juga menyukai