Anda di halaman 1dari 3

KISAH NABI YUSUF DENGAN ZULAIKHA

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.


Terima kasih pengacara majlis, barisan panel hakim, guru-guru seterusnya hadirin hadirat yang
dirahamati Allah sekalian.
Negara Mesir lokasi utama,
Nabi Yusuf dengan Zulaikha ini kisahnya.
Nabi Yusuf a.s adalah manusia pilihan Allah. Beliau merupakan anak kesayangan Nabi Yaakub
a.s.
Cantik dan menarik itulah Zulaikha,
Isteri pembesar Mesir, Al-Aziz gelarannya.

Sesungguhnya ada beberapa tanda-tanda kekuasaan Allah pada (kisah) Yusuf dan saudarasaudaranya bagi orang-orang yang bertanya.
(Surah Yusuf : Ayat 7)
Nabi Yusuf a.s mempunyai keturunan yang mulia. Ayah, datuk dan moyangnya juga merupakan
seorang nabi iaitu Yaakub, Ishak dan Ibrahim.
Kes penyamaran sebagai kerabat di raja merupakan sesuatu yang tidak patut berlaku. Jadilah
sepertimana asalnya kita kerana setiap manusia itu sangat mulia di sisi Allah.
Akibatnya hasad dengki dan iri hati, Nabi Yusuf menjadi mangsa konspirasi saudarasaudaranya. Lalu baginda dibuang ke dalam perigi nun jauh dari kampung halamanya.
*Kafilah berhenti mencari air,
Selamatlah baginda dari bencana,
Lalu dijual di Negara Mesir,
Milik Al Aziz, pembesar Negara.

Dan mereka menjualnya (Yusuf) dengan harga rendah, iaitu beberapa dirham sahaja, sebab
mereka tidak tertarik kepadanya.
( Surah Yusuf : Ayat 20)

1 | Page

Menjauhi hasad dengki sangat dituntut di dalam agama.


Disebabkan penyakit ini terjadinya kes-kes pembunuhan seperti keganasan Israil ke atas bumi
Palestin dalam kalangan masyarakat tanpa rasa belas kasihan.
*Membesar Yusuf di dalam istana,
Zulaikha tertarik memandang wajahnya,
Bertambah tampan lalu digoda,
Ditepis oleh Iman dan taqwa.

Dan ketika dia telah cukup dewasa Kami berikan kepadanya kekuasaan dan ilmu.
Demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
( Surah Yusuf : Ayat 22)
Kisah Zulaikha menggoda Nabi Yusuf tersebar di serata negeri. Ini mengundang tanggapan
negatif terhadap dirinya.
Kawan-kawan..
Hiasilah diri dengan sifat mulia agar tidak dipandang hina.
Contohnya:
Program Imam Muda menggalakkan masyarakat mencontohi kemuliaan peribadi dan tingkah
laku ikon-ikonnya.
Disamping memberi kesan kepada masyarakat, ia juga mendidik individu berkenaan menjadi
insan soleh disisi Allah.
Kawan-kawan nak tahu,
Bagi membersihkan namanya, Zulaikha sengaja merancang sebuah jamuan khas untuk isteriisteri para pembesar.
Sedang asyik para tetamu berbual sambil memotong buah, Yusuf keluar lalu diperkenalkan.
Semua mata tertumpu pada ketampanan dan kesucian wajahnya sehingga tanpa sedar
rupanya pisau itu terhiris jari mereka sendiri.
Yusuf merayu serta berdoa,
Bagi menghindari dosa dan noda,
Permintaan itu diterima Yang Maha Esa,
Diri difitnah lalu dipenjara.

. Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan..

2 | Page

(Surah Al Baqarah ayat 191)


Hadirin dan hadirat semua
Sikap suka menfitnah perlu dijauhi oleh setiap muslim kerana ianya boleh memporak
porandakan kehidupan masyarakat.
Tambahan lagi media penyebaran berkembang luas termasuklah melalui SMS, Facebook,
Twitters dan sebagainya.
Rakan- rakan sekalian..
Setelah pelbagai ranjau dan ujian dilalui sepanjang hidupnya, Yusuf diangkat menjadi mulia
kerana jasanya menyelamatkan negeri dari bencana.
Dilantik Yusuf jadi menteri,
Kerana bakat mentafsir mimpi,
Bijak dan pandai tadbir negeri,
Rakyat sejahtera aman harmoni.

Ketika dia (Raja) telah bercakap dengannya (Yusuf), raja berkata, sesunguhnya kamu (mulai)
hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi di kalangan kami dan dipercayai
(Yusuf : Ayat 54)
Bertemu semula Yusuf dan Zulaikha,
Lalu berkahwin hidup bahagia,
Jodoh pertemuan di tangan Allah,
Kesabaran Yusuf perlu dicontohi,
Agar hidup aman diberkati Ilahi.
Sahabat-sahabat yang saya kasihi,
Setiap pemimpin negara perlu mencontohi kepimpinan Nabi Yusuf serta mengamalkan sifat
sabar dalam mentadbir negara. Hasilnya, Negara Malaysia akan terus membangun dan
menuju kearah Negara maju.
Sekian Wabillahi Taufiq Wal Hidayah
Wassalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh..

3 | Page

Anda mungkin juga menyukai