Anda di halaman 1dari 5

TEKS BERCERITA

Tajuk : Nabi Yusuf dan Zulaikha

Nama Pelajar : 01. Muhammad Zawawi Iqbal Bin Hanafi ( Junior BP )


02. Tan You Son ( Junior BP )

Isi Pertama : Rasul yang mulia yang dipilih oleh Allah

Tahukah kawan-kawan siapakah dia Nabi Yusuf A.S? Nabi yusuf A.S adalah anak kepada Nabi Yaakub A.S
dan cucu kepada Nabi Ishak A.S dan cicit kepada Nabi Ibrahim A.S. Nabi Yusuf A.S adalah di antara salah
seorang Rasul yang mulia, yang dipilih oleh Allah di antara para hambaNya sebagaimana firman Allah yang
bermaksud :

“Yusuf itu termasuk hamba-hamba kami yang terpilih”


( Surah Yusuf : Ayat
24 )

Isi Kedua : Hasad Dengki

Tampan perkasa, luhur budinya (Sajak)


Dikasihi ayahanda, dicemburui saudaranya
Akibat hasutan, mereka merencana
Kedalam perigi Yusuf dicampaknya.

Lalu…..
Mereka mengatakan bahawa Yusuf dimakan serigala. Allah berfirman yang bermaksud dan mereka
melumuri baju Yusuf dengan darah palsu (Surah Yusuf
ayat 17)

Sekumpulan pedagang yang lalu mencari air terjumpa Yusuf. Disorok Yusuf bersama dagangan dan
akhirnya sampailah mereka di Kota Mesir……

Dijual Yusuf sebagai hamba (Sajak)


Tertarik pembesar lalu membelinya
Duduklah aman sepanjang masa….

Kawan-kawan sekalian,

Kita lihat ramai peniaga Melayu pada hari ini ‘gulung tikar’ akibat sikap irihati peniaga sebangsa mereka.
Oleh yang demikian jauhilah hasad dengki kerana ia akan mengundang kemusnahan.

Isi ketiga : Ketampanan Nabi Yusuf mengundang kerosakan akhlak

Ketampanan Yusuf memikat hati Zulaikha. Suatu hari, tika suaminya tiada dirumah, Zulaikha menutup semua
pintu rumahnya dan cuba menggoda Nabi Yusuf. Nabi Yusuf menoleh dan cuba melarikan diri ke pintu.

Shreek!! Terkoyak baju belakang baju baginda kerana ditarik oleh Zulaikha…Tiba-tiba

Muncul Sang Suami, (Sajak)


Terkejuk Zulaikha,
Di katanya Yusuf ingin mengodanya,
Terlihat baju Yusuf koyak di belakang,
Tahulah ia angkara siapa,
Pembesar pun berkata…

Yang bermaksud : Wahai Yusuf, lupakanlah hal ini. Dan kau Zulaikha, mintalah ampun bagi dosamu.
(Surah Yusuf, ayat 29)

Kawan-kawan yang budiman,

Kini, terdapat Program Imam Muda dan Ustazah Pilihan yang memaparkan personaliti soleh dan solehah
yang boleh dicontohi. Hiasilah peribadi dengan pekerti mulia.

Isi Keempat : Fitnah

Kawan-kawan,

Lalu dijemputnya isteri pembesar ke sebuah majlis (Sajak)


Diberi epal dan pisau untuk memotong
Lalu perintah Zulaikah “Keluarlah kau dihadapan mereka”
Terpotonglah jari
Ternganga mulut
sambil berkata “ ini bukan manusia tetapi malaikat yang mulia’

Lalu Yusuf memohon kepada Allah swt supaya diberi perlindungan. Seperti dalam Surah Yusuf ayat 33
yang bermaksud

Wahai Tuhanku! Aku lebih suka penjara dari apa yang perempuan-perempuan harapkan
daripadaku

Permohanan Nabi Yusuf dimakbulkan. Yusuf dipenjara agar suasana menjadi tenang dan tiada fitnah.
Kawan-kawan,

Fitnah adalah perkara yang mesti kita jauhi kerana ia boleh menghuru-harakan keadaan. Laman sesawang
seperti Facebook dan Twiter adalah contoh tempat menabur fitnah pada zaman cyber pada hari ini.

Isi kelima : Kebenaran akan terserlah jua

Bertahun-tahun Yusuf dipenjara (Sajak)


Akhirnya dipanggil menghadap Sang Raja
Disiasat semula segala punca
Akhirnya kebenaran terserlah jua

Allah berfirman yang bermaksud Zulaikah berkata : dan sesungguhnya dia dari kalangan orang-orang
yang benar. Lalu Nabi Yusuf dibebaskan semula.

(Surah Yusuf,
ayat 51)

Kawan-kawan,

Kebenaran pasti akan terserlah. Seperti Kisah Henry James dari Amerika Syarikat yang telah pun dibebaskan
kerana terbukti tidak bersalah dari tuduhan membunuh walaupun telah dipenjara selama 30 tahun. Akhirnya..
Isi keenam : Kasih sayang antara ayah dan anak

Surah Yusuf, ayat 54 yang bermaksud:

Raja berkata kepada Yusuf : ”Sesungguhnya engkau pada hari ini, adalah seorang yang berpangkat tinggi,
lagi dipercayai di kalangan kami” Kemudian, Yusuf dapat bertemu semula dengan ayahanda dan saudara-
saudaranya. Baginda telah memaafkan mereka.

Kawan-kawan,

Hari ini kita banyak mendengar anak-anak angkat yang mencari ibu kandung mereka semula walaupun berpisah
berpuluh-puluh tahun. Seperti peribahasa Melayu “Air yang dicincang takkan putus”

Anda mungkin juga menyukai