Anda di halaman 1dari 3

KISAH NABI LUTH

Terima kasih pengerusi majlis,


Yang saya hormati,barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,
Guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi.
Assalamualaikum Pembuka Bicara
Berdiri saya ingin bercerita
Umat Nabi Luth telah binasa
Allah membutakan mata mereka.

pantun

Pulau Langkawi Berkembang Pesat


Banyak bangunan dan juga pejabat
Umat Nabi Luth jauh tersesat
Banyaklah sudah pengamal Liwat.
Di dalam Al-Quran, Allah telah mengarahkan kepada kita untuk melihat bangsa-bangsa
yang terdahulu yang telah dimusnahkan oleh Allah sebagai pengajaran kepada kita. Antara
kisah yang saya akan ceritakan pagi ini ialah Kisah Nabi Luth A.S.
Nabi Luth adalah anak saudara Nabi Ibrahim.Nabi Luth diutuskan oleh Allah ke kota
Sadum yang terletak di Jordan. Penduduk di kota Sadum mempunyai sifat yang sangat
keji. Mereka melakukan pelbagai kemungkaran seperti merompak dan membunuh. Satu
tabiat mereka yang paling keji ialah mengamalkan amalan homoseksual ataupun lebih
dikenali sebagai liwat, iaitu lelaki yang suka pada kaum sejenisnya.
Sahabat sekalian,
Islam menerusi lisan baginda Rasulullah S.A.W. telah menerapkan nilai dan cara hidup
pada jalan yang selamat bahkan diakui tidak memudaratkan serta dapat menjaga nasab
keturunan. Anak-anak disuruh agar dipisahkan mereka di tempat tidur antara lelaki dan
perempuan, apabila mereka berumur 10 tahun. In Syaa Allah, dengan mengamalkan segala
suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya hidup kita akan diberkati dan masalah
sosial dizaman ini dapat dibendung.
Engkau insan mulia
Utusan Allah didunia
Menyeru kaum terleka
tertawan nafsu dunia
Sejarah telah tercatat
Umat Nabi Luth jauh tersesat
Tiba-tiba dunia gelap
Rupanya azab yang dahsyat

Nasyid

Nabi Luth terus berdakwah. Baginda menasihati kaumnya supaya meninggalkan perbuatan
yang dimurkai itu dan kembali ke jalan Allah. Baginda mengingatkan mereka mengenai azab
yang bakal diturunkan Allah S.W.T jika mereka terus bergelumang perbuatan keji

tersebut. Kaumnya, tidak mempedulikan semua nasihat dan teguran itu. Sebaliknya,
mereka memberi amaran dan ingin mengusir Nabi Luth dari kota Sadum .
lalu Luth berkata: Sesungguhnya aku mengingkari dan benci perbuatan yang
lakukannya.

kamu

Namun dengan angkuh mereka mencabar Nabi Luth.


Sebagaimana tercatat dalam Al-quran ( surah al-Ankabut ayat 29)

Maksudnya : Datanglah kepada kami azab Allah jika kamu termasuk orang yang benar
Mendengar perkataan mereka, Nabi Luth berdoa,










maksudnya: wahai Tuhanku, tolonglah aku dengan menimpakan azab ke atas kaum yang
melakukan kebinasaan itu. surah Al-ankabut ayat 30
Doa Luth diterima Allah, lalu diutuskan-Nya beberapa malaikat untuk menurunkan azab
ke atas kaumnya.
Sahabat sekalian,
Pada satu hari,Nabi Luth telah dikunjungi oleh dua malaikat.Mereka menyerupai manusia
yang sangat tampan.Sesiapa yang meilhat pasti akan terpikat. Jadi,baginda sangat risau
sekiranya kaumnya itu melakukan sesuatu yang keji kepada kedua tetamunya itu. Baginda
meminta ahli keluarganya merahsiakan kedatangan tetamu tersebut.
Namun, berita kedatangan tetamu
itu diketahui kaumnya kerana isterinya telah
membocorkan rahsia tersebut, lalu mereka menyerbu ke rumah Nabi Luth, semata-mata
untuk melakukan perbuatan terkutuk itu dengan tetamu Nabi Luth.
Mendengar kata-kata kaumnya, Nabi Luth keluar untuk menemui mereka serta
menawarkan anak-anak perempuannya untuk dinikahi.
Kata Nabi Luth Wahai kaumku kamu ambillah anak perempuanku. Mereka lebih suci untuk
dijadikan isteri.Mengapa harus beseronok dengan dengan kaum sejenismu. Janganlah kamu
mencemar namaku pada tetamu-tetamuku ini.
Sambil ketawa terbahak-bahak mereka berkata hahahaTidak wahai Luth! kami tidak
suka kepada anak-anak perempuan engkau.Kami hanya mahu tetamu engkau itu !!!!..ujar
mereka.
Melihat kesedihan Nabi Luth itu,tetamu itu berkata..
Wahai Luth,sesungguhnya kami adalah Utusan Allah yang dihantar untuk membinasakan
kaummu dan menyelamatkan engkau dari bencana

Ketika itu tahulah Nabi Luth bahawa tetamunya itu bukan lelaki biasa , tetapi para
Malaikat yang diutus oleh Allah . Kedatangan mereka semata-mata untuk menghancurkan
kaum Luth. Ketika itu juga malaikat menyuruh Nabi Luth membawa bersama-sama ahli
keluarganya keluar dari negeri berkenaan pada waktu malam.
Kemudian azab yang ditunggu kaum Luth menimpa mereka. Kehancuran mereka pada waktu
Subuh dalam keadaan sungguh dahsyat., sebaik sahaja pintu dibuka dan mereka
melangkah kaki untuk masuk, tiba-tiba gelaplah pandangan mereka . Mereka mengusapusap mata, tetapi sebenarnya mereka sudah menjadi buta.

Firman Allah SWT didalam surah Hud ayat 82









Maksudnya Maka Kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah dan Kami hujani
mereka dengan batu daripada tanah yang keras.

Begitulah azab yang di turunkan oleh Allah kepada kaum Nabi Luth yang mungkar ini.
Mudah-mudahan, kita mengambil iktibar

Hadirin sekalian,
Hari ini, Allah telah menurunkan bala Tsunami sebagai peringatan bahawa bala yang lebih
besar akan berlaku jika kita terus menyokong aktiviti ini.
Dalam hal ini, adalah menjadi tanggungjawab seluruh umat islam untuk menjaga kesucian
agama islam. Ibu bapalah yang memainkan peranan paling penting dalam mencorakkan
kehidupan anak-anak sedari

Tamatlah sudah sirah kehidupan


Kisah Nabi Luth banyak tauladan
Buat umat diakhir zaman.
Semoga hidup kita diberkati Tuhan.
Sekian.Wabillahi Taufik Wal Hidayah wassalamualaikum WBT.

Anda mungkin juga menyukai