Anda di halaman 1dari 4

TAJUK : DAKWAH NABI LUTH ALAIHI SSALAM

: SEKOLAH
: NAMA PESERTA

Kalungan Terima Kasih dititipkan buat Pengerusi Acara, Yang dihormati lagi
dimuliakan, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana. Guru-guru, rakan-rakan, serta
hadirin hadirat yang sudi meluangkan masa.
Sampan didayung dengan perlahan,
Terus berdayung hingga kemuara,
Kisah Nabi Luth saya persembahkan,
Buat pedoman kita bersama.

Pantun


Nama penuh Nabi Lut ialah Luth bin Haran bin Tarah.
Baginda merupakan anak saudara kepada Nabi Ibrahim A.S.
Nabi Luth A.S diutuskan Allah kepada penduduk Kota Sodom yang terletak di Negara
Jordan.
Mereka terdiri daripada orang-orang yang derhaka dan kufur.
Mereka selalu merompak, membunuh dan mengunjungi tempat-tempat maksiat
Dan yang paling mengaibkan, mereka terlibat dengan Homoseksual iaitu Gay dan lesbian
sesama jantina.
Firman Allah:


Surah Al-Araf ayat 80
Maksudnya: Dan (Kami juga Telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah)
tatkala dia Berkata kepada mereka: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan fasid yang
belum pernah dikerjakan oleh seorangpun (di dunia ini) sebelummu?"
Ya Kawan kawan..
Peruntukan dibawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah dan Akta 559 yang dikuatkuasakan
untuk menangani Isu LGBT haruslah di puji. Jauhi lah zina dan hubungan sesama jantina.
Kelak diri yang merana.

Puas sudah Nabi Luth berdakwah.


1

Bercerita dari Kisah al-Quran MTQSR 2016 SK


JAYA SETIA 2016

Pada kaumnya yang sangat durhaka


Mereka ditakutkan dengan azab Allah
Namun usahanya sia-sia belaka.

Nasyid

Nabi Luth A.S berusaha dan memohon petunjuk daripada Allah S.W.T.
Namun, mereka sering mencabar Nabi Luth agar mendatangkan azab jika benar Baginda
adalah utusan Allah
Ini dibuktikan di dalam Firman Allah yang berbunyi,



Surah Al-Ankabut ayat 29
Maksudnya Kaumnya hanya menjawab, Datangkanlah azab kepada kami jika kamu
adalah orang orang yang benar.
Apa yang menyedihkan, isteri baginda juga turut durhaka dan berpaling daripada hidayah
Allah SW.T.
Ya kawan- kawan,
Dewasa ini, kita sering mendengar tentang para isteri yang durhaka gara gara terlalu
obsess dengan Face Book, Whatsup dan Twitter.
Jadilah wanita solehah, sesungguhnya, Wanita Solehah itu lebih baik daripada Dunia dan
seisinya.
Ya kawan-kawan,
Kaum Nabi Luth Alaihissalam ini sangat sombong lagi angkuh.
Mereka sengaja melanggar semua larangan Allah dengan memperlekehkan dakwah Nabi
Luth.
Firman Allah S.W.T



Surah Al-Araf ayat 81
Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu bukan kepada
wanita, malah kamu ini adalah kaum yang zalim.
Ya kawan- kawan,
2

Bercerita dari Kisah al-Quran MTQSR 2016 SK


JAYA SETIA 2016

Tuntutan pengiktirafan hak yang di buat oleh golongan LGBT, sungguh mencabar undang
undang Negara. Moga Islam terpelihara.
Bermulalah kehancuran kaum yang durhaka,
Apabila ia lalai pada ajaran Rasulnya,
Allah menguji kaumnya yang hina,
Hadirlah Malaikat berupa pemuda

Pantun

Firman Allah S.W.T



Surah Al-Ankabut ayat 31
Maksudnya Para Malaikat itu berkata "Sesungguhnya Kami akan menghancurkan
penduduk negeri (Sodom) ini; kerana kaumnya adalah orang-orang yang zalim".
Tatkala mendengar datangnya tetamu,
Isteri Nabi Luth terus memberitahu,
Berkumpullah mereka sambil merayu,
Namun Nabi pertahankan tamu.

Syair

Nabi Luth A.S Luth terus memujuk kaumnya agar melupakan niat mereka.
Malah, Nabi Luth menawarkan anak-anak gadis baginda sebagai gantinya.
Namun ia seperti mencurah air kedaun keladi.
Ya Kawan-kawan,
Tetamu haruslah di muliakan. Seperti tetamu dari luar Negara yang di raikan dalam
Persidangan OIC baru baru ini. Muliakan tetamu, berkat hidupmu.
Setelah mereka enggan pulang kerumah masing-masing dan masih merayu-rayu kepada
tamu Nabi Luth, tiba-tiba
Azab yang pedih tidak disangka
Mata yang elok menjadi buta
Kaum durhaka terpinga pinga
Mencari arah berjumpa tiada

Sajak

Allah S.W.T memerintahkan Nabi Luth dan pengikutnya yang beriman keluar dari bumi
Sodom.
Bumi Sodom diterbalikkan
3

Bercerita dari Kisah al-Quran MTQSR 2016 SK


JAYA SETIA 2016

Dan di hujani batu yang keras membakar.


Firman Allah S.W.T :

Surah Al-Hijr ayat 74


Maka Kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah dan Kami hujani mereka
dengan batu dari tanah yang keras.
Bumi Sodom akhirnya bertukar menjadi lautan yang kini disebut sebagai Bahrul Maut
Sekian, Wabillah taufiq walhidayah wassalmualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Bercerita dari Kisah al-Quran MTQSR 2016 SK


JAYA SETIA 2016

Anda mungkin juga menyukai