Anda di halaman 1dari 2

TONGKAT NABI MUSA. ASSALAMUALAIKUM w.t.b.

Terima kasih saya ucapkan kapada tuan pengerusi majlis yang telah memberi peluang kepada saya bercerita dan kepada Guru-guru yang saya sayangi dan kasihi dan juga rakan-rakan yang hadir pada hari ini. Disini saya ingin menyampaikan sebuah cerita berkenaan dengan tongkat nabi musa.kisahnya begini, Nabi musa merupakan seorang rasul yang diutuskan oleh Allah swt untuk menyampaikan utusan dari Allah swt. Yaitu melaksanakan ketaatan kepadanya dan meniggalkan kemungkaran. Suatu hari nabi musa telah menerima wahyu daripada Allah swt supaya beliau berhadapan dengan firaun dan kaum-kaumnya untuk menyampaikan risalah dari Tuhan semester alam.Nabi musa berase gerund untuk berhadapan dengan firaun kerana firaun sentiasa mencarinya untuk dibunuh. Tetapi Allah telah menguatkan semagat nabi musa dengan satu mukjizat iaitu tongkatnya yang boleh bertukar menjadi seekor ular yang besar. Lalu musapun meneruskan perjalanan menuju ke istana firaun. ketika musa sampai di istana firaun melihat musa dengan perasaan marah dan benci. Lalu firaunpun menghina dan mencaci musa.Lalu musa berkata kepadanya : sesungguhnya aku ialah seorang rasul bagi Tuhan semester alam. Aku dating kepada mu untuk membawa risalah daripada Tuhanku . Firaun ketika itu begitu sombong dan angkuh. Lalu musa berkata lagi : Adakah sehingga akun mendatangkan kepada mu dengan satu mukjizat dari Tuhan ku lalu baru kamu mahu beriman kepadanya?firaun menjawab : Jadi tunggu apa lagi tunjukkanlah kepada aku mukjizat Tuhan mu itu. Lalu musapun mencampakkan tongkat yang ada padanya itu ke bumi.Dengan izin Allah tongkat itupun bertukar menjadi seekor ular yang besar didepan firaun dan kaum-kaumnya. Maka pada ketika itu firaunpun kelihatan takut dan terkejut dengan apa yang dilihatnya. Maka musapun memegang ular itu semula lalu bertukar menjadi tongkat semula.

Firaun telah melihat dengan matanya sendiri tetapi masih tidak mahu beriman juga.Bahkan dia mengatakan musa itu ahli sihir bukan seorang rasul.Lalu firaunpun memerintahkan menterinya supaya menghimpunkan semua tukang sihirnya.setelah dikumpulkan tukang sihir firaun itu. Maka firaunpun memerintahkan tukang sihir itu untuk berlawan dengan musa.Lalu tukang sihir itu mencampakkan tali yang berada pada mereka lalu menjadi ular-ular yang kecil.maka nabi musapun mencampakkan juga tongkatnya lalu menjadi ular yang sangat besar dan turus menelan ular-ular tukang sihir yang kecil itu. Firaun menjadi hairan,begitu juga dengan tukang-tukang sihir turut menjadi hairan setelah melihat apa yang berlaku dihadapan mereka, lalu mereka berkata : sesungguhnya musa bukanlah tukang sihir seperti kami, bahkan beliau adalah seorang rasul bagi Tuhannya. Mereka semua terus sujud dan beriman dengan Allah swt iaitu Tuhan bagi musa dan alam seluruhnya.firaun begitu marah apabila mendengar berita tentang tukang-tukang sihir beriman kepada musa. Firaun memerintah sepaya mereka ditangkap dan dipotong tangan dan kaki kemudian di sula.mereka semua mati sebagai syahid dijalan Allah swt.kecuali firaun yang tidak beriman kepada Allah dan rasulnya. Jadi itulah satu kesah yang memberi pengajaran kepada kami untuk panduan hidup didunia dan akhirat.sekian saja cerita saya ini.wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai